Bertandang ke Gua Musang Untuk Majlis Walimaturus

Tahun ni sambutan Aidilfitri memang berbeza sangat, bermula raya pertama kami beraya dengan family abang ipar (BiL) yang balik kampung isterinya kat Rembau, kemudian abah dimasukkan ke HTM di sebelah petang raya.  Rutin pun bertukar 360° dan minggu kedua raya kami menjengah jauh ke Gua Musang untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu DH dan minggu ketiga pulak ke Kedah (jenuh kan) Part Kedah tu nanti kita cerita kemudian kalau ada kesempatan. 

Cerita Aidilfitri 143H kami kat SINI

Bertandang ke Gua Musang Untuk Majlis Walimaturus



Kuala Lumpur - R& R Rawang - RTC Gopeng
Kalau nak travel memang DH ni agak kecoh sikit, kelam kabut nak pastikan anak-anak cepat bangun takut nanti terjoin kesesakan jalan.  Seperti yang dijanjikan Umi memang la bangun awal sebab nak menggoreng bihun sebagai bekalan sementara kakak ipar DH akan bawa nasi putih dengan ayam goreng, sambal belacan, ulaman bagai macam nak pergi picnic hehe.

22 June - Kami bertolak dari rumah lebih kurang jam 7 pagi dan berjanji untuk bersarapan pagi kat kedai mamak dan Ayong ambil tugasan sebagai pemandu Pak Long dia tu.Tetiba program bertukar jadi kami bersarapan dengan bihun je di R&R Rawang. Bila dah ramai dan ada warga veteran ni memang ler kena stop banyak kan, jadi next adalah RTC Gopeng untuk sesi tandas.  Umi pulak ambil peluang cari coffee di Harold's Bread. Not bad la Cappuccino sesuai dengan harga yang agak murah tu.  Cappuccino dah selamat masuk perut baru teringat lupa nak ambil gambar hehe.

Bertandang ke Gua Musang Untuk Majlis Walimaturus
 Simpang Pulai - Cameron Highlands - Lojing - Pos Brooke - Gua Musang
Next stop berdekatan ke Simpang Pulai sebab adik ipar yang duduk Penang akan ikut serta. Selesai diaorang sarapan dengan bihun, kami pun teruskan perjalanan ke Gua Musang melalui Simpang Pulai - Cameron Highlands - Lojing - Pos Brooke dan ke Gua Musang. Teringat dulu  Umi pernah melalui lebuhraya ni kalau tak silap tahun 2005 kot berdua dengan lady boss dan 2 orang client dari Czech Republic. Memang nostalgia sungguh laluan ni.  Mungkin bagi sesetengah orang tak menarik tapi bagi Umi memang seronok sebab terasa damai dan relax melalui jalan ni.

Bertandang ke Gua Musang Untuk Majlis Walimaturus

Next kami stop kat Banjaran untuk sesi tandas sambil melihat pemandangan laluan yang kami lalui..mak aiii.  Laluan yang dibina merentasi gunung dan hutan yang dulunya penempatan Orang Asli. Subhanallah! cantik!  Angin sejuk dan pemandangan yang cantik sangat dan ada homestay buat sesiapa yang nak menginap dan ada jugak kedai makanan dan gerai jualan. Berhampiran homestay ni ada ditanam bunga mawar merah dan bunga matahari yang cantik sangat tapi tak dipetik! Tengok dan ambil gambar jer okay. Terlalu asyik dengan pemandangan sampai lupa nak ambil gambar homestay yang boleh disewa ni. Huh! Kawasan sunyi gini memang enjoyable berkonvoi walau DH kurang minat nak berkonvoi sebab kekadang yang mengikut kita tu terlalu perlahan sampai kita kena tunggu.

Sepanjang jalan ada jugak ternampak Orang Asli dan lebih tak nampak sebab Umi ketiduran..hehe. Bila perut lapar, jenuh la nak mencari tempat untuk bentang tikar tapi dengan rakyat seramai 13 orang ni mana boleh nak main berhenti tepi jalan.  Alhamdulillah mujur dapat jumpa bangsal kepunyaan orang Asli di Bertam, jadi kat situ la kami duduk menumpang, bentang tikar dan keluarkan bekalan mengisi perut yang berkeroncong.  Memang tersandar la jugak kekenyangan.  Rupanya ada kedai makan jugak kat situ dan ada macam homestay rumah papan tapi tak macam homestay dan yang pasti bukan tempat tinggal penduduk.  Too bad tak dapat nak share lokasi sebab memori handphone mengalami gangguan.  Memang relax jer kawasan ni tapi kalau sesiapa guna jalan sini, pastikan minyak mencukupi sebab memang payah nak jumpa rumah orang.

Bertandang ke Gua Musang Untuk Majlis Walimaturus
Pokok besar sebelah bangsal ni memang menarik minat Umi sebab ada buah..eh buah ke bunga tak dapat dipastikan. Serius unik! Ada sesiapa yang tahu tak?

Perut dah kenyang, jadi perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 min jer kot untuk sampai ke Rpt Sg Terah, rumah mak pengantin yang juga maksu Aliah.  Maksu Aliah ni adik satu bapa lain mak dengan mak DH. Tuk Wan DH ni orang Kelantan dan Tok DH orang Kedah.  Gitu la cerita serba sedikitnya. Kalau tak silap lebih kurang jam 1415 kami sampai rumah dan sesampai je mak su Aliah jenuh suruh kami makan tapi mana nak sumbat sebab kekenyangan angat tapi tetap kami dihidangkan minum petang dengan tapai pulut dan kuih akok yang tersangat sedap. Bukan bodek tapi memang sedap sangat. 

Kami tak tunggu lama sebab badan dah melekit peluh sebab cuaca panas jadi kami terus ke homestay. Selesai solat dan berlunjur bagi hilang penat, DH ajak Umi dan adik dia ke pekan Gua Musang nak cari jug besar untuk buat air.  Nanti Umi cerita kat mana lagi yang kami pergi singgah dan apa yang menarik di Gua Musang.  Stay tune ok.

Sebelah malam kami dijemput ke rumah pengantin untuk makan malam sesambil DH dapat lepaskan rindu kat adik arwah mak mertua. Risau jugak kot lauk pauk manis tapi rupanya tidak, sedap sungguh masakan kampung sebab si tukang masak yang juga sepupu DH tu dah jadi warga KL. Eh ada kena mengena ke? haha

Pagi 23 Jun, Umi ajak DH cari nasi kerabu dan nasi dagang original tapi *sobss sebab kat KL lagi sedap nasi kerabunya sampai lupa nak ambil gambar hehe.  Tak mencapai piawaian tapi mungkin kami yang kurang pandai gamaknya. Ku pujuk hati sebab tengahhari nak makan lauk pengantin kan..hehe

Bertandang ke Gua Musang Untuk Majlis Walimaturus

Menariknya kenduri ni ada 2 pasang pengantin, seorang mak saudara dan seorang anak saudara lelaki (anak sulung kakak pengantin perempuan) Kiranya mak su DH ni kenduri pernikahan anak bongsu dan menyambut cucu menantu perempuan.  Agak tradisional sebab ada acara bersilat oleh abang pengantin perempuan dan cukup emosional sebab kalau tak silap bapa pengantin perempuan ni guru silat siap dengan muzik gendang silat, ada badut, ada acara nombor bertuah dengan hadiah untuk ahli keluarga dan kami pun tak terkecuali jugak.  Meriah sungguh

Menurut maksu, dekat sana ada jugak adat seakan Johor ambil tol tapi kat sana rombongan lelaki yang akan bagi duit  kepada pengantin tapi too bad tak dapat nak tunggu dan lihat sebab keluarga pakcik dan mak tam DH dah sampai dari Bachok. Haruslah dia nak jumpa depa kan. 

Sesi berborak dengan keluarga dari Bachok dan KB pun tak berapa lama sebab kami dah check out dari homestay sebelum ke rumah pengantin. Dengar-dengar kata raya Haji tahun ni nak raya kat Kota Bharu..best jugak tapi rasanya tak sanggup nak balik KL dan keras punggung dalam kereta berbelas jam.  Apa-apa pun tunggu DH yang decide.

Bermalam di Homestay GM Villa
Bila perut bertambah kenyang, mata pulak terasa berat jer, badan pulak dah melekit-lekit kami mintak diri untuk ke homestay.  Risau jugak macam mana rupa homestay sebab masa sepupu DH buat booking, tak terfikir nak tanya..hehe.  Perjalanan lebih kurang 7 - 10 minit jugak dari rumah mak menakan DH tu dan bila sampai memang teruja sebab memang cantik kawasan perumahan ni walau masih baru. 

Bertandang ke Gua Musang Untuk Majlis Walimaturus (pic credit Agoda)  
Serius sangat selesa sangat homestay ni dengan keluasan 130m²/1399ft², terdapat 3 bilik tidur dan 3 bilik air dengan ruangan hall dan dining yang luas tapi agak pelik tak de dapur.  Tu kira okay lagi tapi bila tak ada sinki membasuh tu memang kepelikan sungguh. Rumah ni pun dilengkapi dengan WiFi, Astro, peti sejuk, Microwave, cerek elektrik, set sofa dan setiap bilik ada penghawa dingin dan kipas siling. Selain dari tu ada juga botol air mineral dan uncang kopi dan teh untuk penyewa.  Jadi dengan harga RM200/malam tu kira berbaloi la jugak.  Kalau sesiapa nak tempah, cari jer kat Agoda.


Percutian disingkatkan!
Kalau ikutkan perancang kami akan menginap selama 3 hari 2 malam tapi kat Gua Musang ni tak ada tempat untuk dijelajah,  jadi selepas makan kenduri, terus kami bergerak balik ke KL melalui Cameron Highlands.  Jadi kalau dah balik lalu situ, semestinya singgah kat Kea Farm membeli sayuran dan jagung manakala anak dara semua sibuk dengan bunga dan kaktus. Umi kalau jumpa jagung memang tak boleh tidak, tu yang sampai beli 5 paket..haha kiranya boleh buat kenduri sekampung gitu..tu belum masuk bab sayuran macam leek, asparagus memang jenuh penuh peti sejuk macam la kat KL tak de sayuran tu semua..huh.  

Dalam dok nak cepat, dekat jam 6.45 petang jugak la kami baru bergerak dengan Cik Meya pulak nak ikut Mak Teh dia ke Penang.  Since ikut Simpang Pulai lagi dekat dengan Penang, cuma 2 kereta jer  turun ikut bengkang bengkok Cameron Highlands. Melalui jalan yang macam ular kena palu ni pastikan sediakan plastik atau sebaiknya makan ubat tahan mabuk tapi bagi DH jalan macam ni la makanan bagi dia, bak kata Ayong. Hari dah semakin gelap jadi tak dapat la nak ambil gambar air terjun Lata Iskandar tambahan pulak treler punya la banyak so extra hati-hati amat diperlukan.   Memang sejuk sampai tak perlu nak pasang aircond dan tingkap dibuka supaya senang ambil gambar dan video..asyikk sungguh!

Bertandang ke Gua Musang Untuk Majlis Walimaturus
Kata BiL, next trip kita holiday kat Fraser Hill pulak. Kenapa bukan Cameron Highlands? sebab kesibukkan pusat peranginan sini dan dia dan anak dia tu memang tak tahan naik turun Cameron Highlands..hehe

Percutian sehari kami di Fraser's Hill > SINI

Post a Comment

8 Comments

  1. Alhamdulillah...bila berkonvoi ni seronok kak...kadang tu hilang penat bila tengok ragam masing-masing...yang penting selamat pergi dan balik...amin...

    ReplyDelete
  2. pernah lalu jugak laluan yg umy cerita ni..betul..sejuk mata memandang tengok pemandangan dia..tapi tak lalu, lama nya dalam keta..pi ke situ pun sebab sepupu en.suami kawen dengan orang kelantan..so kitaorang dari Ipoh, mmg naik ikut Simpang Pulai-Cameron Highlands-Kelantan...

    ReplyDelete
  3. pernah lalu jugak laluan yg umy cerita ni..betul..sejuk mata memandang tengok pemandangan dia..tapi tak lalu, lama nya dalam keta..pi ke situ pun sebab sepupu en.suami kawen dengan orang kelantan..so kitaorang dari Ipoh, mmg naik ikut Simpang Pulai-Cameron Highlands-Kelantan...

    ReplyDelete
  4. Samaa lah macam abah Nani, tak berapa suka sangat berkonvoi sebab kena tunggu orang lah, drive slow sangat lah. Hahaha! Tahniah untuk pasangan mempelai. Nampak selesaa sangat homestay tu :)

    ReplyDelete
  5. Seronoknya sambil dapat berjalan.... Jom singgah blog ekin juga :)

    https://asyiqinroslee.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Tak pernah lagi lalu situ tapi nampak menarik sgt. PH suka explore tempat camni. Dah lama sebenarnya teringin nak ke lojing/gua musang thru Cameron ni.

    ReplyDelete
  7. Tak pernah lalu jalan tu kak. Tp ana suka lah tgk view mcm tu. Tenang je.

    Murah sgt kak harga homestay tu cum part takde dapur tu rasanya dia xnk penyewa memasak kot. Nak jaga kebersihan homestay katanya. Hehe

    ReplyDelete
  8. wah.. jalan sakan nampak.. hee~

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!