Para suri rumah, janda dan ibu tunggal dah boleh menarik nafas lega dengan pembukaan pendaftaran Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) yang boleh dibuat mulai hari ni dengan mengunjungi mana-mana 67 cawangan KWSP seluruh Malaysia.
Buat mereka yang sudah berdaftar di eKasih, mereka boleh menyertai i-Suri dan membuat caruman minima sebanyak RM5 sebulan dalam akaun persaraaan yang melayakkan mereka menerima insentif kerajaan sebanyak RM40 setiap bulan melalui akaun KWSP mereka.
Kerajaan menetapkan tiga syarat utama iaitu berusia 60 tahun ke bawah, warga Malaysia dan berdaftar dengan eKasih.
“I-Suri
memberi manfaat yang sama seperti ahli KWSP lain seperti dividen
tahunan ke atas simpanan persaraan, pengeluaran umur 50, 55 dan 60,
bantuan hilang upaya dan bantuan kematian.
“Ini adalah sebagai tambahan kepada insentif kerajaan sebanyak RM40 setiap bulan,”
Dato' Mohd Naim Daruwish, Timbalan Ketu Pegawai Eksekutif KWSP (Operasi)
Selain telah berdaftar dalam sistem e-Kasih, mereka yang layak berdaftar dalam skim i-Suri harus mempunyai ciri-ciri berikut
- Isteri kepada Ketua Isi Rumah
- Balu
- Bercerai atau bujang
- warganegara Malaysia
- berusia bawah 60 tahun
- mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun
Berdasarkan statistik eKasih, seramai 221,890 suri rumah, balu (98,536)
dan ibu tunggal (28,116) dari golongan miskin tegar layak menerima
insentif kerajaan itu selepas mendaftar untuk i-Suri.
Nak tahu lebih lanjut berkenaan eKasih, hubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MGCC) di 603-8000 8000 atau sebarang penjelasan produk dan perkhidmatan KWSP, hubung Pusat Pengurusan Perhuubaungan di 603-8922 600 atau terus ke laman sesawang www.kwsp.gov.my atau terus ke mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara
sumber : harian metro
6 Comments
tercapai jugak hasrat dswa untuk bela nasib wanita dengan bantuan kecil ni
ReplyDeleteUntung yang mana layak mohon kena cepat ni
ReplyDeleteSalah satu langkah yg sgt baik utk menjamin masa depan kaum wanita.
ReplyDeleteMembantu dari pihak kerajaan sebagai inisiatif, sebagai permulaan :D
ReplyDeleteELOKLH MOHON CPT JGN LPSKN PELUANG
ReplyDeleteKepada yang layak, kenalah memohon..
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!