Pollo Mendi Restoran Makanan Arab & Italian Memperkenalkan Dato AC Mizal Sebagai Rakan Kongsi | Bila Umi mendapat undangan ke restoran Pollo Mendi semalam, berlegar dalam kepala "eh Pollo tu bahasa Itali dan Mendi tu memang sah bahasa Arab" dok hurm la jugak *sengih panjang*. Bukan nak tunjuk pandai tapi Umi ni suka membaca dan punya kawan dikalangan 2 negara ni. Okay kita letak tepi pasal tu. Alkisah Umi mendapat jemputan ke restoran Arab & Itali Pollo Mendi yang akan memperkenalkan Dato AC Mizal sebagai rakan kongsi yang baru yang dipertanggungjawabkan untuk membangun strategi pemasaran dan pembangunan jenama Pollo Mendi. Berat weh tugasan tu kan.
Pollo Mendi "Authentic Arabian & Italian Cuisine"
Pollo Mendi merupakan pengendali restoran penyediaan makanan Arab dan Itali yang telah beroperasi sejak 2015 yang menampilkan beberapa menu makanan khas dan terbaik di Malayisa. Konsep gabungan unik ini adalah bertujuan untuk memberi variasi pilihan makanan kepada seisi keluarga dalam suasana yang selesa dan ekslusif. Restoran ini telah dirasmikan oleh YB Dr Siti Maiah, ahli parlimen Kota Raja pada masa itu dan turut disaksikan oleh ahli parlimen Ampang YB Zuraida Kamaruddin
Pollo Mendi Restoran Makanan Arab & Italian Memperkenalkan Dato AC Mizal Sebagai Rakan Kongsi |
"Disamping menyajikan makanan "fine cuisine" yang dsedap dan halal, tujuan penubuhan Pollo Mendi ini dalah untuk membantu golongan bumiputera untuk memiliki perniagaan restoran mewah yang mampu milik. Pollo Mendi merupakan hasil kaji selidik yang telah dilakukan keatas restoran-restoran mewah yang kebanyakkannya adalah terlalu mahal untuk dimiliki oleh golongan bumiputera" Mohd Fadzil, pengasas
Apa yang menarik di Pollo Mendi, kesemua makanannya dibekalkan sepenuhnya oleh "Central Kitchen' sendiri yang terletak di Puchong yang mempunyai sijil HALAL dan menggunakan teknologi 'Blast Freeze' dan 'Blast Chill' bagi mengekalkan standard rasa dan kualiti makanan. Bagi rakan kongsi pulak, mereka tak perlu menghabiskan masa ke pasar atau memasak bahan mentah yang banyak.
Selain dari restoran, Pollo Mendi juga mempunyai 'Food Truck' dan akan melancarkan model 'Kiosk' untuk dikembangkan disamping pemasaran beberapa produk sejuk beku melalui rakan usahawan stategik.
Lebih menarik, PU Taha turut memeriahkan majlis sebagai emcee dengan bacaan doa dan memang terbaik la PU Taha! Selain tu, beberapa rakan artis seperti Afdlin Shauki, Eyra Hazali pelakon Mr Grey tu pun kelihatan, tak perasan pulak yang lelain sebab dapat makanan lazat macam nasi Kabsah dan nasi Mendi dengan ayam yang terbaik sedap yang tak terasa frozen pun. Memang recommended sangat dan pasti bila dah makan memang puas hati.
Pollo Mendi Restoran Makanan Arab & Italian Memperkenalkan Dato AC Mizal Sebagai Rakan Kongsi |
Lebih menarik, PU Taha turut memeriahkan majlis sebagai emcee dengan bacaan doa dan memang terbaik la PU Taha! Selain tu, beberapa rakan artis seperti Afdlin Shauki, Eyra Hazali pelakon Mr Grey tu pun kelihatan, tak perasan pulak yang lelain sebab dapat makanan lazat macam nasi Kabsah dan nasi Mendi dengan ayam yang terbaik sedap yang tak terasa frozen pun. Memang recommended sangat dan pasti bila dah makan memang puas hati.
Pollo Mendi Restoran Makanan Arab & Italian Memperkenalkan Dato AC Mizal Sebagai Rakan Kongsi |
Pollo Mendi Restoran Makanan Arab & Italian Memperkenalkan Dato AC Mizal Sebagai Rakan Kongsi |
Pollo Mendi Restoran Makanan Arab & Italian Memperkenalkan Dato AC Mizal Sebagai Rakan Kongsi |
Apa peranan Dato AC Mizal ?
Siapa tak kenal Dato AC Mizal yang dah 27 tahun mencipta nama dengan kumpulan 4U2C dalam industri hiburan tanahair. Dia merupakan rakan kongsi Pollo Mendi yang akan bertanggungjawab untuk membangun strategi pemasaran dan pembangunan jenama Pollo Mendi. Semestinya Dato AC Mizal punya kekuatan untuk membawa Pollo Mendi lebih jauh memandangkan jumlah 'follower' di Instagramnya yang seramai 1.1juta dan hubungan rapatnya dengan nama-nama terkenal di Malaysia.
Sebagai Pengarah Pemasaran di Pollo Mendi tugasan utama Dato AC Mizal ialah untuk memastikan restoran Pollo Mendi mempunyai sekurang-kurangnya 50 cawangan dalam tempoh 5 tahun. Disamping melancarkan semula projek Rakan Usahawan Eeman RTE (Ready To Eat) iaitu makanan berasaskan ayam yang dimasak dalam 5 jenis masakan. Ini lah salah satu inisiatif Pollo Mendi bagi membantu masyarakat diluar yang berminat untuk kencari pendapatan sampingan
Untuk tahu lebih lanjut tentang peluang perniagaan besama Pollo Mendi dan Eeman RTE, hubungi En Fazli di 019-271 8445
Menurut Dato' AC Mizal, faktor utama yang membuatkan beliau bersetuju untuk menjadi rakan kongsi ialah kerana makananya yang sedap dan HALAL. Faktor kedua adalah tujuan utama Pollo Mendi untuk membantu golongan bumiputera bagi memiliki restoran mewah pada harga mampu milik dengan sistem operasi yang tersusun.
Keunikan perniagaan Pollo Mendi ini adalah pemilik perniagaan boleh memilih untuk tidak erlibat dlam urusan harian. Ianya akan ditadbir oleh pengurusan korporat Pollo Mendi sendiri.
Laman Sesawang:
Facebook :
Instagram :
Mengenai Pollo Mendi
Pollo Mendi ditubuhkan pada tahun 2015 oleh En Mohd Fadzil Hashim yang merupakan usahawan yang terkenal dengan jenama pendidikan Brainy Bunch. Pollo Mendi merupakan salah satu anak syarikat kepada Brainy Bunch Sdn Bhd iaitu pemilik rangkaian tadika Brainy Bunch Islamic Montessori yang mempunyai 104 cawangan di Malaysia, 4 di Singapura, 2 di Indonesia dan 1 di Gaza.
2 Comments
Menu dia nampak menarik..
ReplyDeleteTeringin nak cuba menu2 di pollo mendi ni
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!