Ucapkan Dengan Bunga ! Tempahan Hanya Di Hujung Jari

Siapa tak suka bunga? sesiapa je kalau terdengar ada orang nak bagi bunga tu pasti hati pun berbunga-bunga walau belum dapat lagi dan bila dah dapat memang senyum sampai ke telinga..betul kan? 

Sekarang ni dengan kepesatan industri e-dagang di peringkat global telah memacu perkhidmatan penghantaran bunga dan membolehkan pengguna mencipta kenangan indah bersama insan tersayang. Bayangkan, betapa mudahnya kita boleh memilih jambangan bunga kegemaran kita buat si dia dan merancang penghantaran semudah di hujung jari sahaja dengan harga serendah RM89 sahaja !



Dengan harga serendah RM89 shaja, tak kisah la pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan tahniah, titipan istimewa sempena sambutan Hari Kekasih dan Hari Ibu, Flower Chimp akan memenuhi keperluan bunga-bungaan buat kita. Melangkah setapak ke hadapan berbanding pesaing mereka, Flower Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak. Dengan rangkaian meluas seperti itu, tidak hairanlah perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Malah, pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk mengejutkan insan tersayang mereka.


Walaupun kami masih baharu dalam perniagaan penghantaran bunga ini, Flower Chimp telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. Dalam tempoh kurang daripada dua tahun, kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan lima (5) kali ganda berbanding tahun lepas,Maximilian Lotz, Pengasas Flower Chimp



Berikutan prestasi memberangsangkan mereka dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG), sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang unik. Syarikat yang sama turut membuat pelaburan dengan syarikat lain seperti iMoney, Happy Fresh dan iPrice


Kami mensasarkan untuk mengembangkan rangkaian kami di Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019,” Maximilian Lotz, Pengasas Flower Chimp


Lotz dan rakan kongsi/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa yang mendalami sendiri perniagaan bunga-bungaan berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima untuk mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina, di samping meningkatkan infrastruktur teknikal untuk memanfaatkan pelanggan kami dengan ciri-ciri pintar termasuklah sistem penjejakan secara langsung bagi setiap pesanan. 


Dalam masa yang sama, kami menjalankan kajian ke atas pasaran semasa secara berterusan dalam mencari idea untuk produk dan promosi baharu untuk pelanggan kami yang kembali untuk mencari sesuatu yang bersesuaian dengan keperluan mereka,”
“Dengan kuasa pemasaran dalam talian dan media sosial, kami mahu mengukuhkan penjenamaan kami dan menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan yang semakin lama semakin bijak mengendalikan perkata berkaitan teknologi. Kami yakin, dalam tempoh dua belas (12) bulan akan datang, dari Suku Keempat (Q4) 2018 hingga ke Suku Keempat (Q4)  2019, Flower Chimp akan berkembang sehingga tiga (3) kali ganda menerusi sumbangan daripada empat pasaran utama iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina” Niklas Frassa, Ketua Pegawai Operasi





Flower Chimp di Malaysia
Instagram: @flowerchimp

Flower Chimp di Indonesia
Instagram: @flowerchimp.id

Flower Chimp di Filipina
Instagram: @flowerchimp.ph

Post a Comment

9 Comments

  1. Replies
    1. gubahan yang menarik dan semakin menyenangkan kita utk buat tempahan kan

      Delete
  2. Replies
    1. jom la try tempah kat sini...senang sungguh tu

      Delete
  3. Wahhh...bestnye dapat bunga... Nak jugak laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tempah ke Leya nk suruh Otomen hadiahkan bungaa..hehe

      Delete
  4. untuk hari ibu ni boleh la bagi ibu ibu kita bunga. tapi mak saya tak suka bunga. dia suka coklat. macam mana tu?

    ReplyDelete
  5. Kenalah bagi tau orang2 tersayang nih...

    ReplyDelete
  6. bestnyaaa kalau ada orang kasi kite munge2 cantik ni =D

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!