5 Tips Mudah Pemakaian Lampin Pakai Buang Buat Pesakit Bedridden

5 Tips Mudah Pemakaian Lampin Pakai Buang Buat Pesakit Bedridden | Sebenarnya dah lama nak publish entry pasal pemakaian lampin pakai buang buat pesakit yang terlantar tapi terhenti sebab abah dimasukkan kembali ke HTM dan tumpuan hanya pada abah masa tu. 

Tip Pemakaian Lampin Dewasa


Artikel perkongsian 5 tips mudah pemakaian lampin pakai buang buat pesakit bedridden dn di harap dapat membantu anda dalam menjaga ibu bapa mahupun ahli keluarga yang tiada berupaya untuk memakai lampin pakai buang sendiri.


Abah dah terlantar (bedridden) sejak Hari Raya Aidil Fitri dan kami adik beradik yang akan pastikan abah mendapat meal seperti saranan doktor, menukar lampin dan adik akan mengangkat/mendukung abah ke bilik air untuk dimandikan.  Alhamdulillah, tu yang dapat kami lakukan supaya abah tetap segar walau bedridden. Seronok dapat berbakti pada abah walau umi terpaksa bekerja agak keras untuk pastikan lampin pakai buang abah ditukar setiap pagi dan abah minum melalui tiub on time (ada kitanya tak on time jugak, lewat sejam dua tu yang buat rasa bersalah sebab abah pasti lapar)

Ok, nak kongsi macam mana kami pakaikan abah lampin pakai buang supaya tidak membuatkan abah sakit dan tanpa perlu mengangkat abah dengan menggunakan seluruh tenaga dengan payah walau tidak mudah tapi kuranglah sikit bebanan susah tu.

Apa yang diperlukan

  • Lampin pakai buang (diaper) yang bersih
  • sarung tangan pakai buang 
  • plastik sampah 
  • Tisu basah (Wipes)
  • Krim (sekiranya perlu)

5 Tips mudah pemakaian lampin pakai buang buat pesakit bedridden

  • Kalau menggunakan katil yang adjustable tu betulkan kedudukan supaya pesakit dalam keadaan berbaring. 
  • Tolakkan pesakit mengiring ke arah kiri atau kanan dahulu supaya memudahkan kita untuk menukar diaper. 
  • Paling utama, pastikan tangan kita bersih!

Apa yang umi tunjuk ni cuma secara ringkas dan kalau ada sebarang pertanyaan boleh jer tanya

5 Tips Mudah Pemakaian Lampin Pakai Buang Buat Pesakit


1. Pastikan di bahagian pelekat, sebelah kiri digulung secara  terbalik.  Pesakit dalam keadaan mengiring sebelah kiri dan masih memakai diaper yang perlu di tukar.



5 Tips Mudah Pemakaian Lampin Pakai Buang Buat Pesakit


2. Tolakkan diaper kebawah pesakit perlahan-lahan dan pastikan pesakit masih dalam keadaan selesa. Pastikan bahagian pelekat sudah berada di bawah pesakit dan cuma bahagian yang berwarna hijau untuk bahagian punggung pesakit yang kelihatan.


5 Tips Mudah Pemakaian Lampin Pakai Buang Buat Pesakit


3. Buka pelekat lampin pakai buang disebelah kanan, boleh dilap kulit pesakit dengan wipes supaya bersih dari urine dan pastikan tiada sebarang luka di belakang pesakit.  Sapukan krim supaya kulit pesakit terpelihara dari mengelakkan bedsore



Nota :

Sesiapa yang bedridden ni memang mudah mendapat bedsore sebab mereka tak mampu mengalih diri  sendiri dan pemakaian diaper juga antara penyebab kerana tiada pengaliran udara


5 Tips Mudah Pemakaian Lampin Pakai Buang Buat Pesakit


4. Pesakit boleh ditelentangkan dan diaper yang lama boleh dibuka pelekatnya.  Pastikan pelekat di diaper yang lama itu dilipat kemas supaya ia tidak melekat di diaper yang baru. Diaper lama ditolak keluar dan letakkan pesakit dalam posisi berbaring mengadap sebelah kiri untuk melekatkan diaper disebelah kiri pula.


5 Tips Mudah Pemakaian Lampin Pakai Buang Buat Pesakit


5. Selesai. Kedua belah pelekat dilekatkan dan pastikan kedudukan pesakit berada dalam keadaan selesa.  Selimutkan pesakit dengan selimut yang bersih dan biarkan pesakit berehat.



Nota:
Jangan lupa buang lampin yang lama serta sarung tangan kedalam beg plastik dan cuci tangan dengan bersih.

Post a Comment

5 Comments

  1. tq tips ni..tak terfikir pula...

    ReplyDelete
  2. PERKONGSIAN BERMENFAAT ALHAMDULILLAH

    ReplyDelete
  3. nice tips. nenek skrng pakai tapi yang selalu tukar sepupu. yang jenis pakai buang yang macam seluar tu senang. nenek boleh je bangun cuma kadang2 tu tak terkawal.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas makluman ini.

    Cuma bila skrg musim covid19 ini nak kena byk berjimat dengan lampin pakai buang ini. Harap admin ada lagi info mana2 baucher murah beli pampers budak ini ya!

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!