Harap PDRM Tangkap Penjenayah Kucing Yang Kejam Ni

Astagfirullah halazim..

Semalam waktu dok menjengah IG ternampak berita yang cukup buat Umi rasa geram sangat sampai cakap dalam hati nanti DH balik bawak suratkhabar memang tak nak sentuh suratkhabar tu. Geram, marah, sakit hati dan rasa nak cari penjenayah ni.  Aduhh entahlah macam mana boleh tertengok berita tu. Kejadian pulak dilakukan di Gombak kawasan yang dekat dengan perumahan Umi dan betapa tak bertamaddunnya manusia dua orang ni.

Bayangkanlah seekor kucing dimasukkan ke dalam mesin pengering dan kucing betina tu pulak bunting.  Kalau tak bunting sekali pun tergamak seorang manusia eh bukan seorang tapi dua manusia yang kejam dan tak ada hati perut, tak ada peri kemanusiaan buat aniaya pada haiwan.Walau kucing kekadang sangat annoying especially bila lapar waktu kita tengah duduk makan kat restoran.

Ya Allah tak tahu nak cakap apa, pastinya kucing tu pasti menjerit mengiau giau dalam pengering tu.  Seksa sungguh rasanya.  Tak mampu nak cerita lebih sebab bila cerita pasti boleh terbayang apa nasib kucing tu.




Bila Cik Meya balik, Umi nak cerita tapi dia dah tahu dan minta jangan cerita sambil tutup telinga.  Memang Cik Meya tu pencinta kucing macam Mak Jang dia (kakak Umi) yang memang suka kucing siap boleh cium lagi dan kucing Umi yang kat rumah ni siap boleh lepak manja kat Kak Jang bila dia menjengah.  Kucing ni sense dia kuat especially pada orang yang sayang dia.

Harap dapatlah pihak PDRM dapat mendapat kedua-dua lelaki yang tiada hati perut dan kejam ni.  Kalau boleh rasanya nak bagi jer mereka berdua ni merasa apa itu rasanya bila berada dalam pengering gitu.  Pastikan muka mereka tak ditutup kerana kesalahan ni.

Dan bagi tuanpunya dobi tu patut saman kedua manusia tak ada hati perut ni sebab pasti menyebabkan mesin tu berbau dan kotor dengan darah dan pastinya bulu kucing. Biar mereka dua merasa apa akibatnya dengan perbuatan yang kejam tu walau sebenarnya tidak mencukupi.

Apakah mereka ni hukuman yang setimpal buat penganiaya haiwan macam ni? penjara? denda? yang pasti tindakan kejam mereka ni terlalu melampau.

Post a Comment

12 Comments

  1. Allahu kejamnya Mrs. A pun rasa macam nak masukkan pulak manusia dua ekor tu eh manusia ke tu perangai macam takde akal jer...

    ReplyDelete
  2. mmg kejam..smlm tgk kt brita...apa la slh kucing tu...ank amy ms tgk brita psl ni sedih smp nangis sbb die mmg pencinta kucing

    ReplyDelete
  3. Serius kejam sangat buat haiwan macam tu. Tak boleh fikir ke apa entah dia orang ni.

    ReplyDelete
  4. Rasa bercampur baur perasaan ni...tangkap hantar hospital buat pemeriksaan otak...kalau tak waras ok,lepaskan....kalau waras....harap maklum.

    ReplyDelete
  5. Semoga perbuatan kejamnya mendapat balasan.

    ReplyDelete
  6. boleh tak tangkap syaitonnn ni then hukuman sama mcm kucing tu..masuk dlm dryer then on kan

    ReplyDelete
  7. Manusia semakin kejam. Geram je tgk. Macam xde otak je. Hish.

    ReplyDelete
  8. masukkan dorang dlm dryer tu bgi dorang pulak rasa macamana meow tu ghasa..apa la masalah dorang..kucing tu berlegar kat situ je..klu rasa semak sgt dengan kucing tu, angkat letak je kat luar...

    ReplyDelete
  9. masukkan dorang dlm dryer tu bgi dorang pulak rasa macamana meow tu ghasa..apa la masalah dorang..kucing tu berlegar kat situ je..klu rasa semak sgt dengan kucing tu, angkat letak je kat luar...

    ReplyDelete
  10. masukkan dorang dlm dryer tu bgi dorang pulak rasa macamana meow tu ghasa..apa la masalah dorang..kucing tu berlegar kat situ je..klu rasa semak sgt dengan kucing tu, angkat letak je kat luar...

    ReplyDelete
  11. jahat betul :( sha pun bukanlah cat lover ke apa tapi tak pernah terliat nak bunuh

    ReplyDelete
  12. sampai hati kan.. kita ni kalo depa mai ngiau pun x sampai ati nak sush2.. ni sampai cemni sekali. mana hilang kemanusiaan T.T

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!