Kempen Fresh Breath For Malaysia Jalinan Kerjasama Guardian Malaysia dan Limkokwing University of Creative Technology | Letakkan tangan anda di atas hidung dan
mulut, lepaskan nafas dan hidu. Adakah anda terhidu bau nafas yang busuk?
Anda
tidak bersendirian, kerana kaji selidik terkini yang dijalankan oleh para
pelajar pergigian Malaysia mendapati bahawa seorang daripada dua orang
mengalami masalah nafas berbau. Angka
dari seluruh dunia pula mendedahkan 22 hingga 50 peratus populasi global
mengalami masalah nafas berbau pada tahap sederhana.
Nafas berbau boleh memberi kesan dari segi sosial dan psikologikal ke atas
mereka yang menghadapinya, ini termasuklah kurang keyakinan diri serta berasa
rendah diri dan, masalah ini wajar diambil serius.
Kebanyakan
daripada kita tidak bercakap tentang masalah nafas berbau, sebaliknya memilih
untuk mengasingkan diri daripada orang lain atau menjauhkan diri daripada
mereka yang mempunyai nafas berbau.
Guardian
Malaysia dan Limkokwing University of Creative Technology Jalin Kerjasama Untuk
Kempen Fresh Breath For Malaysia
Program
Pemerkasaan Belia ini sebagai Tanda Pelancaran Rangkaian Pembersih Mulut
Baharu Daripada Guardian
Oleh
sebab itu, Guardian Malaysia yang merupakan, rangkaian peruncitan produk
kesihatan, kecantikan dan penjagaan peribadi di Malaysia dengan lebih 400 kedai
di seluruh negara kini bekerjasama dengan Limkokwing
University of Creative Technology untuk menjalankan kempen kreatif pemerkasaan
belia, “Fresh Breath for Malaysia” sempena memperkenalkan rangkaian pembersih
mulut Guardian yang baru.
Kempen
itu bertujuan memperkasakan para pelajar Limkokwing
untuk menginterpretasikan tema Fresh Breath for Malaysia dengan cara paling
kreatif yang menyerlahkan aura positif kepada masyarakat. Pada masa yang sama
menggalakkan aspek kebersihan oral menerusi ekspresi visual dan multimedia.
Hadiah wang tunai berjumlah RM14,000 akan diberikan kepada sepuluh orang
pelajar melalui dua kategori.
Untuk memulakan kempen ini, lebih
200 orang pelajar Limkokwing University mendengar taklimat tentang Guardian
Malaysia, rangkaian produk pembersih mulut Fresh Mouth 6 Action dan cabaran
penjagaan oral di Malaysia daripada wakil Guardian Malaysia, sekali gus
memberikan mereka pengalaman industri yang berguna.
Mereka perlu menghantar penyertaan
sebelum 13 September 2018. Finalis yang disenarai pendek perlu menyatakan
rasional tentang hasil kerja mereka dalam lebih kurang 500 patah perkataan
sebelum undian dalam talian bermula dan para pemenang akan dipilih.
Guardian Fresh Mouth 6 Actions Mouth
Wash mengurangkan plak pada gigi, menghalang pembentukan kaviti, menguatkan
gigi, menyegarkan nafas, menjadikan gusi lebih sihat, memulihara mineral pada enamel
dan membunuh 99.9% kuman. Terdapat tiga varian iaitu Cool Mint, Peppermint dan
Tea Leaf.
Jika digunakan sebagai sebahagian
daripada rutin penjagaan oral yang lengkap merangkumi memberus gigi dua kali
sehari, flossing dan diet yang bagus, pembersih mulut akan memberi manfaat
tambahan dari segi mengurangkan nafas berbau dan kaviti[4].
Pengurus Kumpulan Produk Kesihatan
& Kecantikan Guardian
Malaysia, Michelle Yeap menyampaikan taklimat kepada pelajar mengenai syarikat,
produk dan tema Fresh Breath for Malaysia.
“Kami menganjurkan kempen ini dengan
kerjasama Limkokwing
dalam usaha memperkasakan golongan belia untuk menyampaikan perspektif mereka
ke atas isu yang berlaku dalam dunia sebenar. Kami harap para pelajar akan
menggunakan platform ini untuk mula berbincang tentang penjagaan oral, terutamanya
masalah berkaitan nafas berbau. Seterusnya menawarkan idea yang kreatif dan
positif tentang bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang memberi kesan kepada
hampir 50% populasi di dunia. Kami yakin mereka mempunyai kebolehan untuk menjayakan
kempen Fresh Breath for Malaysia dan memperkenalkan rangkaian produk pembersih
mulut Guardian Fresh Mouth 6 Actions,” kata seorang alumni Limkokwing, Cik
Yeap.
Naib
Presiden Kanan Pemerkasaan Industri Limkokwing University, Datuk Raja Aznil Raja Hisham
menyatakan bahawa pemilihan universiti dan para pelajarnya memang sesuai untuk
memberikan perspektif berbeza ke atas kempen Fresh Breath for Malaysia.
“Kampus kami di Cyberjaya mempunyai pelajar yang datang dari 160 buah
negara. Persekitaran kampus yang mempunyai pelbagai budaya memberi kelebihan
terhadap pemikiran global dan perlaksanaan hasil kerja yang kreatif. Melalui
kempen yang menarik ini, pelajar kami dapat memahami tingkah laku sebagai
rakyat Malaysia atau rakyat negara masing-masing ataupun boleh melihat dari
segi perspektif budaya dan amalan yang berbeza. Apa yang pelajar kami perolehi
melalui kerjasama kempen dengan Guardian Malaysia adalah pendedahan kepada
industri yang boleh membantu dalam kerjaya mereka pada masa depan,” jelas Datuk
Raja Azil.
Universiti LimKokWing merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang
mempunyai pelbagai budaya, menawarkan pendedahan industri kepada para pelajar
melalui rangkaian hubungan profesional dimana ianya memberikan kelebihan untuk
berjaya diperingkat antarabangsa.
Penyertaan yang disenarai pendek akan dimuat naik ke laman Facebook
Guardian Malaysia dan Limkokwing bagi tujuan undian secara dalam talian pada
lewat September 2018.
Harga dan Kebolehdapatan
Rangkaian Guardian Fresh Mouth 6 Actions Mouth Wash boleh
didapati di semua cawangan Guardian di seluruh negara dan e–stor Guardian di www.guardian.com.my dalam tiga varian iaitu Cool Mint,
Peppermint dan Tea Leaf dengan botol 250ml pada harga RM9.33, 750ml berharga
RM16.88 atau pek 2 botol 750ml pada harga RM24.43.
------
About Guardian Malaysia
From a
200-sqft pharmaceutical retail outlet catering to the expatriate community to
emerging as the leading Pharmacy, Health and Beauty retail chain in Malaysia,
Guardian now operates a chain of over 400 stores, providing unrivalled variety
of Pharmaceutical, Health and Beauty products to more than 2.5 million
Malaysian customers a month, across the country.
Guardian’s
commitment to its customers’ needs is also reflected in a dedicated team of
pharmacists, who impart professional advice and consultation to customers.
Committed to strong corporate governance, which upholds responsible and ethical
dispensing at all times.
Guardian is also an advocate of
corporate philanthropy and believes in giving back to the community. Guardian
celebrates four decades of success by making a pledge to contribute to worthy
causes by getting involved in the efforts that help to provide and promote the
care, development and well-being of the local communities and supporting
programs that are dedicated
towards those in need namely, women and children.
About
Dairy Farm
Dairy Farm is a
leading pan-Asian retailer. At 30th June
2014, the Group and its associates and joint ventures operated over 5,800
outlets and employed over 100,000 people.
It had total annual sales in 2013 exceeding US$12 billion.
The Group
operates under a number of well-known brands across four divisions. The principal brands are:
Food
·
Supermarkets
– Wellcome in Hong Kong, Taiwan and the Philippines, Cold Storage in Singapore
and Malaysia, Giant in Malaysia, Indonesia, Singapore and Brunei, Hero in
Indonesia;
·
Hypermarkets
– Giant in Malaysia, Indonesia, Singapore, Brunei and Vietnam;
·
Convenience
stores – 7-Eleven in Hong Kong, Singapore, Southern China and Macau;
Health and Beauty
·
Mannings
in Greater China and Guardian in the rest of Asia;
Home Furnishings
·
IKEA
in Hong Kong, Taiwan and Indonesia; and
Restaurants
·
Maxim’s
in Hong Kong, mainland China and Vietnam.
Dairy Farm
International Holdings Limited is incorporated in Bermuda and has a standard
listing on the London Stock Exchange as its primary listing, with secondary
listings in Bermuda and Singapore. The
Group’s businesses are managed from Hong Kong by Dairy Farm Management Services
Limited through its regional offices.
Dairy Farm is a member of the Jardine Matheson Group.
About
Limkokwing University of Creative Technology
Limkokwing University of Creative Technology is
a private international university with a presence across Africa, Europe and
Asia. With its main campus in Malaysia,
the university has 14 other campuses in Botswana, Cambodia, China, Indonesia,
Lesotho, Maldives, Sierra Leone, Sri
Lanka, Swaziland and the United Kingdom.
Founded in 1991 by Tan Sri Dato' Sri Paduka Dr Lim Kok Wing, the
Limkokwing network of campuses now support a total enrolment of more than
30,000 students from more than 165 countries, making it the world's most
globalized university.
9 Comments
Betul..ramai je yg ada masalah nafas berbau ni tapi malu nak bercakap secara terbuka topik ni..malu...
ReplyDeleteBetul..ramai je yg ada masalah nafas berbau ni tapi malu nak bercakap secara terbuka topik ni..malu...
ReplyDeleteBetul..ramai je yg ada masalah nafas berbau ni tapi malu nak bercakap secara terbuka topik ni..malu...
ReplyDeleteSatu kempen yang menarik buat para pelakar limkokwing. Memang best baca blog kak fuzy ni.. Penuh dgn tips dan ilmu. Thanks for sharing ye.
ReplyDeleteWow jarang tengok ada kempen macam ni.. Mouth wash tu berpatutan sangat harganya
ReplyDeletekempen bagus utk beri info tentang penjagaan mulut selalin gigi.mmg kena pakai mouth washlepasmenggosok gigi untuk extra care
ReplyDeleteBagus ada kempen mcm ni. Boleh tingkat kan kesedaran kepentingan kebersihan mulut.
ReplyDeleteJarang jarang jumpa kempen macam ni kan. Memang bagus sangat kempen ni.
ReplyDeletebrg guardian mmg murah.sbb tu suka beli brg kat farmasi ni berbanding farmasi lain
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!