Indobowl Cafe Menyajikan Hidangan Ala Street Food Yang Mesti Dikunjungi

Indobowll Cafe Menyajikan Hidangan Ala Street Food Yang Mesti Dikunjungi | Baru-baru ini UF dapat undangan untuk mencuba sajian di tempat makanan yang telah tular dan ramai sahabat yang dah mencuba dengan komen yang memuji masakan yang dihidangkan menepati selera diaorang tu.

Sejak dua menjak ni memang UF suka naik pengangkutan awam selain menjana pendapatan buat kerajaan..ehh, dapat rehat diri dari stress memandu (^o^ ) dan berjalan tu kan sebahagian dari senaman..konon haha..Mudah untuk kesini, cuma perlu naik STAR LRT Laluan Ampang dan turun di stesen Sungai Besi  tapi kena la berjalan kaki dalam 10 minit jer untuk sampai ke kafe ni.

Indobowl Cafe Menyajikan Hidangan Ala Street Food Yang Mesti Dikunjungi


Bila sebut Indobowl dah sah-sah orang akan fikirkan masakan ala-ala seberang, ya memang betul! Apa yang menariknya kafe yang berkonsepkan street food ini menyediakan mee segera Indomie sebagai sajian utamanya. 

Indobowl Cafe Menyajikan Hidangan Ala Street Food Yang Mesti Dikunjungi


Nak tau apa yang UF and the gang makan?

Indobowl Cafe Menyajikan Hidangan Ala Street Food Yang Mesti Dikunjungi


Jumbo Mambo Seafood Soto - RM39.90
Memula sajian ni sampai kat meja, memang terbeliak gak mata sebab sungguh besar sambil dok fikir boleh tak habiskan.  Selain Indomie, dalam sajian ni ada udang besar, sotong, isi ketam, fishball, taugeh, daun bawang dan ayam serta telur yang menjadikan kombinasi yang tersangat sedap. Sajian ni sesuai dimakan untuk 2 hingga 4 orang tapi kalau kuat makan, 2 orang pun boleh selesai hingga ke titisan kuah yang terakhir.



Indobowl Cafe Menyajikan Hidangan Ala Street Food Yang Mesti Dikunjungi
Indomie Salted Egg Chicken - RM11.90
Siapa yang tak suka telur masin pun pasti akan terpikat dengan sajian yang ni.  Sajian yang menampilkan Indomie yang digoreng, beberapa ketul isi ayam goreng dan disalut dengan kuning telur masin, telur dengan sambal belado dan timun seakan makan nasi lemak yang digantikan dengan Indomie.  Memang sedap dan yang pasti ni akan menjadi sajian favorite bila makan kat sini nanti.

Indobowl Cafe Menyajikan Hidangan Ala Street Food Yang Mesti Dikunjungi

Indomie Cheesy Chicken Chop - RM14.90
Ni sajian kesukaan cikapplepie sebab dia makan sesorang jer sajian ni.  Ayam grill yang cukup lembut untuk dikunyah dan diletakkan keju menjadikan hidangan ni tersangat sedap. Jadi kalau bawa anak-anak ke sini, pastikan bagi mereka makan sajian ni yang cukup sesuai dan mengenyangkan.

Indobowl Cafe Menyajikan Hidangan Ala Street Food Yang Mesti Dikunjungi
Satay Ayam Madura - RM8.00
Hidangan satay yang disiram dengan kuah seakan air asam campur kicap ni yang cukup wangi dan menggiurkan.  Memula tu agak tertagak jugak nak cuba tapi bila dah kunyah satu cucuk satay tu terus UF capai sebatang yang lain..sungguh berhantu!


Indobowl Cafe Menyajikan Hidangan Ala Street Food Yang Mesti Dikunjungi

Giant Es Cendol dan Giant Soda Gembira - RM8.90
Buat sesiapa yang kuat minum memang digalakkan order air ni tapi kalau orang-orang yang biasa tu boleh la kongsi untuk 2-3 orang.  UF memang suka air sirap bandung dengan biji selasih jadi dah la air yang dihidangkan memang sedap cukup rasa sementara Es Cendol memang berlemak santan dengan isi cendol yang sedap. 


Menu


 


Indobowl Cafe Menyajikan Hidangan Ala Street Food Yang Mesti Dikunjungi


Selain di Sungai Besi, Indobowl Cafe punya satu lagi cawangan di Subang Jaya (alamat dibawah) dan dengar kata cawangan lain akan dibuka di pusat membeli belah tapi masih tak diberitahu, jadi UF pun nak tunggu kot-kot dia buka berdekatan dengan rumah kan


Talian : 019-542 6869

Laman Sesawang : https://indobowlcafe.com

Facebook : https://www.facebook.com/IndoBowlOfficial

Instagram : https://www.instagram.com/indobowlcafe

Waktu operasi : Isnin hingga Ahad (10 pagi hingga 10 malam)
Lokasi :
Indobowl Sungei Besi
72, Jalan Tasik Utama 7, Lake Fields, Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur

Indobowl SS15
66, Jalan SS 15/4C, SS15, 47500 Subang Jaya



Post a Comment

6 Comments

  1. teringat indomie salted egg tu...jom repeat

    ReplyDelete
  2. Memang sedap makan di IndoBowl ni. LeYa pun dah cuba kedua-dua lokasi. Ternyata sama rasanya. Sbb kadang kan bila tempat lain, ade perbezaan sikit. Tapi di IndoBowl ni, dedua sedap dan menyelerakan..hehe..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya, tapi ayam bersalut cheese tu nakk jugak !

    ReplyDelete
  4. Jom kak repeat sini lagi. Terngiang2 rasa chciken Salted-Egg tu. Sedapnya.

    ReplyDelete
  5. Pergh!! Dia punya potion.. Berbaloi dengan harga..

    ReplyDelete
  6. There are a lot of blogs over the Internet. But I can surely say that your blog is amazing in all. It has all the qualities that a perfect blog should have. Office Buffet food Delivery Manchester

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!