Taiwan Expo 2018 - Produk Halal Taiwan Kini Di Malaysia | Expo Taiwan kembali lagi! Bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) Expo Taiwan kini berlangsung bermula 25hb Oktober hingga 27 Oktober.
Antara produk yang cukup popular yang terdapat di Expo Taiwan ini adalah teh susu segera 3.15pm dan kopi dalam tin Mr Brown, Vegefarm - produk berasaskan sayuran, Fried Chicken Master serta produk kecantikan. Jadi sesiapa yang suka makan serta mungkin pernah ke Taiwan pasti akan ambil peluang untuk mencuba sebab ianya kini berstatus HALAL!
Taiwan Halal Center juga berhasrat berkerjasama dengan Malaysia bagi memperluaskan pasaran halal secara global dan Halal Pavilion di Expo Taiwan merupakan platform terbaik untuk memperkenalkan produk halal dari Taiwan yang mampu berdaya saing.
Add caption |
Untuk makluman orang ramai boleh ke "Pesta Makanan Halal Taiwan" bersama Mydin telah bermula dari 25 Oktober hingga 4 November 2018 di SAM Groceria NU Sentral. Terdapat lebih 100 jenis makanan Halal yang bermutu dari Taiwan ada di sana antaranya buah-buahan kering, pencuci mulut, snek dan banyak lagi, jadi jangan lepaskan peluang ni tau.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://mys.taiwanexpoasean.com/
Facebook : www.facebook.com/TaiwanExpo.mys
Instagram : www.instagram.com/taiwanexpo2018_malaysia
4 Comments
Seronoknya..bagi yang berada di kawasan sekitar dan berhampiran..boleh pergi ni.
ReplyDeleteAsalam bila nampak MYDIN teringat hari tu ke MYDEN mall di Terengganu..myden brand syarikat terkemuka
ReplyDeleteSedapnya tengok poster milk tea tu. Alhamdulillah, makanan halal semakin menjadi tumpuan usahawan sekarang.
ReplyDeleteKalau dekat, boleh gi nie..
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!