Setiap wanita tak kira muda atau telah berusia, sememangnya ingin nampak cantik dan sentiasa mencuba untuk memastikan kulit muka sentiasa cantik dan menawan dan semestinya akan mencuba pelbagai jenis produk mengikut kemampuan diri.
UFORA Skincare Melancarkan 3 Produk Ringkas Untuk Kecantikan Wajah |
Baru-baru ini UFORA Beauty Collagen yang dimiliki oleh pasangan suami isteri, Nik Mohd Hilman dan Supia Saupi mengembangkan lagi perniagaan mereka dengan melancarkan produk terbarunya UFORA Skincare yang menampilkan tiga produk iaitu Facial Foam, Sunscreen dan Night Serum.
Menariknya ketiga-tiga produk ni boleh dipakai bukan hanya untuk kaum hawa saja tapi untuk kaum adam jugak..wah tu dah kira baguskan sebab kita suami isteri boleh kongsi setiap masa dan paling menarik ianya sesuai untuk semua jenis kulit.
- UFORA Facial foam berfungsi sebagai pencuci muka yang mengandungi Alpha Arbutin, ekstrak cranberry, glycerin, Vitamin C, palm oil steanic Acid, water acid, sodium lactate. Pencuci muka ini membersihkan, menyegarkan kulit serta menanggalkan kotoran dan sel kulit mati disamping mencerah dan meratakan tona kulit dan yang paling penting ia memperbaiki seri wajah. Oleskan sedikit dan sapukan ke muka sambil seakan mengurut ke atas serta elakkan dari terkena mata. Pastikan ianya tidak tertinggal dikulit muka dengan mengelap muka dengan tuala lembut.
- UFORA Sunscreen untuk pemakaian di hari siang yang berupaya menutup cela di wajah, mencerah dan meratakan tona kulit dan sebagai perlindungan UVA & UVB yang efektif yang selamat digunakan serta kayadengan Vitamin E. Cara penggunaan yang mudah dengan mengoles pada kulit wajah setiap pagi selepas membersihkan muka bagi mengelakkan muka terkena sinaran matahari secara terus. Boleh digunakan tanpa kita perlu bersolek atau sebelum kita bersolek.
- UFORA Night Serum diformulasi untuk mencerahkan kulit, merawat kulit bermasalah seperti jeragat, jerawat, menghilangkan parut di permukaan wajah serta melembutkan kulit wajah. Acerola cherry yang terdapat didalam serum ni sangat dikenali bagi mengurangkan kesan penuaan. Cara penggunaan yang ringkas setiap malam sebelum tidur untuk melembutkan dan menyegarkan kulit muka sewaktu tidur.
Pastikan produk ini dijauhkan dari kanak-kanak. Sekiranya berlaku kegatalan (irritation), hentikan pengunaan dan dapatkan khidmat nasihat doktor sekiranya perlu.
Kalau nak tengok testimoni lain, boleh jengah ke facebook UFORA Skincare ni.
Set UFORA Skincare ini memang cantik kalau nak jadikan hadiah untuk kawan atau saudara mara sebab kotak produk penjagaan kulit UFORA ni memang cantik serta tampak sangat class. Harganya pun agak berpatutan dan yang paling penting, UFORA Skincare sesuai untuk semua jenis kulit, ringkas dan mudah untuk dibawa ke mana saja sebab sangat compact untuk diletakkan didalam bag tangan kita.
Setiap set UFORA skincare berharga RM139 (Semenanjung Malaysia) / RM149 (Sabah & Sarawak) dan selain terdapat ketiga-tiga produk ni, kita akan dapat 3D Blend Puff di dalam pek promosi ni.
Nak tahu lebih lanjut atau berminat untuk miliki set penjagaan wajah dari UFORA, dapatkan keterangan lanjut di :
Facebook
Instagram
UFORA - For You All
4 Comments
Cantik berseri dengan ufora skincare... Auuwww...
ReplyDeletemmg best skincare ni tau...Leya dah cuba?
DeleteMenarik pula tengok serum tu kak. Boleh awet muda nanti. Sesuai utk semua jenis kulit pula tu.
ReplyDeletebetul Ana..mmg bestt serum tu..
DeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!