Dutch Lady Breakfast Challenge : Cabaran 5 Hari Bersarapan Demi Menjaga Kesihatan Badan Serta Tulang Yang Sihat Bersama Susu Dutch Lady PureFarm

Dutch Lady Breakfast Challenge : Cabaran 5 Hari Bersarapan Demi Menjaga Kesihatan Badan Serta Tulang Yang Sihat Bersama Susu Dutch Lady PureFarm. Memang banyak kelebihan minum susu Dutch Lady seperti dikongsi sis ibusyurga | Sarapan pagi atau makan pagi sememangnya diketahui umum adalah sangat penting buat kita semua.  Pelbagai jenis makanan yang boleh kita sediakan sebagai makan pemula hari sebelum kita memulakan tugasan yang lebih berat dengan menjamu selera dengan makanan yang manis, pedas dan ada dengan hidangan yang lebih berat tapi adakah kita tahu samada makanan yang kita hadam itu menepati atau mengandungi keperluan nutrisi kita? Pasti tidak kan!

Dutch Lady Breakfast Challenge : Cabaran 5 Hari Bersarapan Demi Menjaga Kesihatan Badan Serta Tulang Yang Sihat Bersama Susu Dutch Lady PureFarm
 "Minum susu Dutch Lady PureFarm pada waktu pagi membawa banyak perbezaan dalam pengambilan protein kita - hanya dengan minum satu gelas sahaja dapat membantu anda memenuhi lebih daripada 50% keperluan protein yang diperlukan sewaktu sarapan dengan cara yang mudah"  Tan Huey Gee, Pakar Pemakanan, Dutch Lady Malaysia
Sarapan pagi seringkali kita abaikan dek kerana saban hari kita selalu tergesa-gesa samada untuk ke sekolah atau ke pejabat diabaikan walau ianya adalah satu hidangan yang paling penting kerana kita selalu tergesa-gesa untuk keluar bekerja atau ke sekolah.  Ketahuilah bahawa tubuh kita memerlukan banyak khasiat  bilamana hidangan terakhir kita adalah antara 8 hingga 12 jam sebelum tidur. Jadi sarapan yang bernutrisi adalah sangat penting untuk kita kekal cergas untuk permulaan hari yang kuat. Sarapan membantu meningkatkan tahap tenanga yang diperlukan oleh badan kita untuk melakukan aktiviti seharian.

"Sejak tahun 1963, Dutch Lady Malaysia terus berusaha memenuhi misi untuk membina warga negara yang sihat serta membina keluarga yang kuat. Selama 55 tahun, kami menggalakkan warga Malaysia untuk bersarapan  dengan susu bersama keluarga mereka. Nutrien daripada susu membantu membina keluarga yang lebih kuat dan sihat.  Keluarga dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain semasa menjamu sarapan pagi bersama. Yakni, kedua-duanya adalah sama penting bagi kita untuk permulaan hari yang kuat " Ramjeet Kaur Virik, Pengarah Pemasaran Dutch Lady Malaysia
Dutch Lady Breakfast Challenge : Cabaran 5 Hari Bersarapan Demi Menjaga Kesihatan Badan Serta Tulang Yang Sihat Bersama Susu Dutch Lady PureFarm

Dutch Lady Breakfast Challenge : sarapan hari pertama dengan bihun goreng tajaan dan  segelas susu Dutch Lady PureFarm

Dutch Lady Breakfast Challenge : hari kedua dengan sandwich tuna dan segelas susu Dutch Lady PureFarm

Dutch Lady Breakfast Challenge : hari ketiga dengan karipap daging + pisang dan segelas susu Dutch Lady PureFarm

Dutch Lady Breakfast Challenge :  hari keempat dengan nasi goreng + telur mata dan segelas susu Dutch Lady PureFarm

Dutch Lady Breakfast Challenge hari kelima : nasi lemak + buah dan segelas susu Dutch Lady PureFarm

Tak perlu mengambil sarapan yang berlebihan tapi hanya dengan segelas susu sudah mencukupi dan meminum segelas susu Dutch Lady PureFarm sudah memadai membekalkan nutrisi yang diperlukan.  Bukan setiap hari kita mampu mendapatkan semua nutrien yang badan kita perlukan  tetapi kita boleh memenuhi nutrien yang diperlukan dengan meminum segelas susu.  Susu bukan hanya kaya dengan kalsium tetapi membekalkan protein dan segelas susu sewaktu sarapan mampu membantu tubuh kita bersedia menyerap lebih banyak nutrien daripada makanan yang diambil  sepanjang hari kita.
"Tidak seperti lemak badan, protein tidak boleh disimpan oleh badan akita untuk kegunaan masa depan.  ini bermakna kita bergantung kepada makanan harian untuk memenuhi keperluan protein kita.  Oleh itu, sarapan pagi kita haruslah membekalkan sekurang-kurangnya 20% hingga 25% daripada keperluan nutrisi harian kita" Tan Huey Gee, Pakar Pemakanan, Dutch Lady Malaysia

Bagaimana susu membina keluarga kuat?
Protein dalam susu bertindak sebagai blok pembina bagi otot, tulang, rambut dan kuku kita, ia juga memainkan peranan penting dalam pelbagai proses biokimia termasuk pembentukan, pengawalan, pembaikan dan perlindungan badan kita.  Jadi sememangnya protein adalah nutrien penting yang menyelenggara serta memelihara badan kita supaya berfungi dengan lancar untuk melakukan aktiviti seharian.  Protein tidak boleh disimpan oleh badan tidak seperti lemak badan.


Kajian menunjukkan bahawa protein dalam susu mengandungi 9 Asid Amino penting (EAA) serta  lebih mudah dihadam berbanding sumber protein yang lain dan susu adalah sumber yang mudah untuk memperolehi protein yang berkualiti tinggi. 

Jadi dengan meminum segelas susu Dutch Lady PureFarm, tubuh kita akan dibekalkan nutrien-nutrien penting seperti :
  • Protein membantu membina dan memperbaiki tisu supaya badan dapat berfungsi dengan baik
  • Kalsium merupakan kunci tumbesaran dan perkembangan tulang serta gigi yang kuat untuk kanak-kanak disamping membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat untuk gaya hidup yang aktif
  • Vitamin A membolehkan  mata berfungsi dengan baik dan membantu kita kekal fokus samada di sekolah atau di tempat kerja

  • Vitamin B2 menyokong pelepasan tenang daripada karbohidgrat, lemak dan protein

  • Vitamin D membantu penyerapan dan penggunaan kalsium serta fosforus

Jadi, pastikan kita mulakan setiap hari kita  dengan penuh khasiat dari segelas susu Dutch Lady PureFarm sewaktu sarapan!


Mengenai Dutch Lady Milk
Dutch Lady Milk Industries Berhad ditubuhkan pada tahun 1963, merupakan syarikat tenusu terkemuka di Malaysia dimiliki oleh salah satu syarikat koperasi tenusu terbesar di dunia, Royal Friesland Campina NV, syarikat tenusu multinasional Belanda.

Dutch Lady Malaysa merupakan syarikat susu pertama yang disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 1968 dan yang pertama untuk memperkenalkan Susu Tepung Formula untuk kanak-kanak di Malaysia pada tahun 1988.  Dutch Lady Malaysia dianugerahkan sebagai Syarikat Terbaik 2014 oleh The Edge Billion Ringgit Club, mengeluar dan menjual pelbagai produk tenusu yang berkualiti untuk pasaran tempatan dan eksport dengan semua produk mempunyai pengikut yang ramai bagi jenama seperti Dutch Lady dan Friso Gold.

Post a Comment

10 Comments

  1. Tak jemu kalau PC bab susu ni kak..suka sangat.

    ReplyDelete
  2. Ramai blogger buat entri ni..cantik gambar minuman berkhasiat

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaa brreakfast dengan dutchlady, memang suka SANGAT😍

    ReplyDelete
  4. setiap pagi mesti bersarapan dulu. kalau taksempat memang singgah kedai beli air susu kotak dutch lady je.. cepat dan mudah.

    ReplyDelete
  5. Ingat nak join tapi xsempat lagi...huhu

    ReplyDelete
  6. Selalu minum susu sebelum tidur, sekarang minum sebagai sarapan juga.. dutch lady memang best..

    ReplyDelete
  7. Buat nescafe campur susu dutch lady hurmmm sedap

    ReplyDelete
  8. Kami pencinta tegar susu Dutch Lady PureFarm. Sedap dan berkhasiat. :)

    ReplyDelete
  9. susu kegemaran kami sekeluarga..mmg sedap..

    ReplyDelete
  10. Your content is nothing short of brilliant in many ways. I think this is engaging and eye-opening material. Thank you so much for caring about your content and your readers. Office breakfast catering company Manchester

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!