Ingatan Buat Kita Yang Semakin Mencecah Usia 40an Untuk Terus Kekal Sihat

Pada mereka yang berusia 45 tahun keatas tidak seharusnya fokus memburu makanan tetapi perbanyakkan riadah.  Kenapa? Kerana di usia ini atau ada sesetengah tu di usia yang lebih muda sangat mudah mendapat penyakit akibat pemakanan tak kira lelaki ataupun wanita.

Tak pasti dari mana asalnya catatan ni tapi Umi dapat dari grup Whatsapp keluarga yang Umi rasa sesuai untuk dikongsi dan buat ingatan pada diri sendiri. 

Image result for elderly women
credit pic dari Google

Kepada pembaca yang telah menginjak usia 40 tahun ke atas dan buat diri sendiri supaya lebih  DISIPLIN MENJAGA KESIHATAN

Proses penuaan (aging process) sudah bermula sejak kita berusia 32 tahun dengan mulanya penurunan fungsi organ-organ (seperti Ginjal/Buah Pinggang, Hati, Hypophyse dan sebagainya) dan penurunan hormon-Hormon (seperti Testosteron, Growth Hormon, Coenzym Q10, Melatonin dan Antioxydant).

Pada ssia 45 tahun bermula penurunan Estrogen unttk Wanita & penurunan Hormon Progesteron dan Testosteron untuk Lelaki.

Penuaan adalah suatu 'penyakit' yang tidak dapat dicegah, diubati dan dikembalikan menjadi muda. Penuaan Bukanlah Hukuman, tetapi Akibat 'Perintah dari Gen.'

Beberapa Penyakit yang Muncul Akibat Proses Penuaan adalah;
  • Osteoporosis.
  • Metabolic Syndrome menjadi penyebab Penyakit Cardiovasculer (seperti Strok, Penyakit Jantung dan Hypertensi Renal). 
  • Cancer (seperti Payudara, Colorectal/Usus, Prostat, Ovarian).
  • Alzeimer
  • SD (Sexual Dysfunction).

Apa yang disarankan dan cuba ikuti panduan yang dicatatkan dibawah

1. Bergerak
    - Jalan kaki 3-5 km/hari) dapat mencegah Osteoporosis (Tulang Rapuh) dan Hypertension.

2. Senaman Nafas
Seperti cikung, Yoga dan sebagainya dua kali seminggu. Paru-paru perlu latihan deep/maximal breathing, untuk meningkatkan aliran darah di alveoli, mengeluarkan CO2.

3. Kurangkan Karbohidrat, lebihkan Protein, Buah & Sayur.

4. Jaga Berat Badan
   - Berat ideal lelaki (tinggi badan kurangkan 100), lingkaran perut 90cm
   - Wanita (tinggi badan kurangkan 100). lingkaran perut tak boleh lebih 80cm untuk wanita.
   - BMI tidak melebihi 30 kg/m2.

5. Tekanan darah tidak boleh lebih 140/90.
Periksa tekanan darah (blood pressure) setiap minggu

6. Kadar gula dalam darah sewaktu berpuasa tidak melebihi 110, Trigliserida 150, HDL harus lebih 50. Sewajarnya periksa darah setiap 6 bulan


7. Wanita wajib buat  MAMMOGRAM dan PAP SMEAR setiap tahun bagi mengesan kesan awal kanser servik dan payudara.

8. Rehat yang mencukupi
    - Tidur 6-8jam sebaiknya seawal jam 10 malam
    - Matikan Lampu (Merangsang Growth Hormon).
    - Jangan Makan 3 jam Sebelum Tidur (Mencegah GERT & Sesak).
    - Bantal Rendah (Meningkatkan Oksigen ke Otak).
    - tidur mengiring disebelah kanan (mengurangi beban Jantung).

9. Hindari tekanan/stress
   - Jgn bekerja di Luar Kapasiti/Kemampuan
   - Perbanyak Rasa Syukur, Doa atau Meditasi*
   - Sentiasa *Perbaiki Kualiti Ibadah, Iman, Sosial & Hiburan yg Positif*

Perbanyak masa berbual, sembang santai dan eratkan silaturahim serta berkumpul bersama ahli keluarga, saudara mara dan rakan taulan.

Elakkan marah-marah atau terlalu emosi, hindari hal-hal ygberpotensi membuat sedih/angkara (Hukum/Permusuhan), hadapilah segalanya dengan senyuman dan buat orang Islam banyakkan

Lebih bijaksana dalam penggunaan harta (Berjimat lebih baik tapi jangan Kedekut)

Jangan terlalu berkira dengan orang yang terdekat dan semoga peringatan ini bermanafaat buat semua

Ini pesanan Prof. Dr. Karim, SpPD-KR

Post a Comment

19 Comments

  1. Sebaiknya kena buat senaman jg walau dah berusia..terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...senaman ringan dan keluarkan peluh utk buang toksid dalam badan

      Delete
  2. YA PERLU JAGA KESIHATAN SEBAIKNYA TAK KIRA BERAPA USIA KITA

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Kak PI..tak kira usia..tapi lagi awal kita mula lagi bagus jd tak la rasa malas nak mulakan kan..

      Delete
  3. Terima kasih perkongsian ingatan ini ya kak....risau juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berkongsi utk kebaikan bersama..sharing is loving kan PC hehe

      Delete
  4. Replies
    1. semoga bermanafaat utk semua..terima kasih Sue

      Delete
  5. Amalkan gaya hidup sihat seperti bersenam dan jaga pemakanan seimbang, in shaa Allah, dengan izin Allah diberi kesihatan yang baik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..makanan seimbang dan senaman tu penting utk kesihatan kita

      Delete
  6. Replies
    1. semoga terus diberikan kesihatan yg baik kan

      Delete
  7. Replies
    1. jom kita sama2 bersenam..hehe

      sebenarnya Umi pun culas jugak...tu yg letak tu utk peringatan diri tuu

      Delete
  8. Bagus tips ni, kadang terlepas pandang jugak.. thank you kak fuzy sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 Husniey...sama la dgn akak tu yg letak utk ingatan diri tu hehe

      Delete
  9. Thanks for the reminder sis, huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome..semoga bermanafaat utk kita semua ;D

      Delete
  10. Perkongsian info yang bagus... pepatah mengatakan, “kita adalah apa yang kita makan” 🤗😊

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!