Lawatan Sehari KAFA AlAnsar Ke Putrajaya, Nasyrul Quran Lokasi Menarik Mesti Dikunjungi | Nasyrul Quran terletak di Presint 14
Putrajaya merupakan kompleks serta pusat pencetakan AlQuran bersepadu utama di
rantau Asia Tenggara serta pusat pengeluaran al-Quran kedua terbesar di
dunia selepas Pusat Percetakan Al Quran Raja Fahd di
Madinah.
Lawatan Sehari Ke Putrajaya Bersama KAFA AlAnsar - Nasyrul Quran Lokasi Menarik Yang Mesti Dikunjungi |
Nasyrul Quran’ bermaksud penyebaran al-Quran bukan hanya sebagai pusat
percetakan bahkan sebagai pusat penyelidikan, pentafsiran, penterjemahan
dalam pelbagai bahasa, penerbitan dan pengagihan al-Quran.
Lawatan Sehari Ke Putrajaya Bersama KAFA AlAnsar - Nasyrul Quran Lokasi Menarik Yang Mesti Dikunjungi |
Lawatan ke Kompleks Nasyrul Quran mengambil masa dua jam dan setiap pengunjung akan diberikan taklimat dan pengenalan mengenai Nasyrul Quran dan Yayasan Restu
Lawatan Sehari Ke Putrajaya Bersama KAFA AlAnsar - Nasyrul Quran Lokasi Menarik Yang Mesti Dikunjungi |
Galeri Mushaf Antarabangsa - lawatan ke tingkat 2 yang menampilkan pelbagai Mushaf antaranya dari AlQuran Mushaf Iran, AlQuran Mushaf Al Tajwid Darul Ma'rifah, Syria dan banyak lagi.
Versi mushaf yang akan dicetak itu adalah
al-Quran dalam saiz besar dan sederhana; al-Quran dan terjemahan bahasa
Malaysia; al-Quran dan terjemahan bahasa Inggeris; al-Quran dan
terjemahan bahasa Cina; al-Quran dan terjemahan bahasa Khmer; al-Quran
dan terjemahan bahasa Thai serta al-Quran dan terjemahan bahasa Rusia. Kompleks itu juga akan mencetak mushaf al-Quran
terjemahan perkataan demi perkataan dalam bahasa Malaysia; al-Quran
terjemahan perkataan demi perkataan bahasa Inggeris serta al-Quran dan
terjemahan edisi Jawi.
Lawatan Sehari Ke Putrajaya Bersama KAFA AlAnsar - Nasyrul Quran Lokasi Menarik Yang Mesti Dikunjungi |
Naik ke tingkat 3 dan melihat tempat kilang pembuatan AlQuran yang luas dari cermin kaca. Peringatan pun diberikan bagi memastikan sesiapa yang tidak tahan dengan bau dakwat dan mujur anak-anak sekolah dan guru pengiring pun ok tak ada masalah.
Lawatan Sehari Ke Putrajaya Bersama KAFA AlAnsar - Nasyrul Quran Lokasi Menarik Yang Mesti Dikunjungi |
Lawatan Sehari Ke Putrajaya Bersama KAFA AlAnsar - Nasyrul Quran Lokasi Menarik Yang Mesti Dikunjungi |
Lawatan Sehari Ke Putrajaya Bersama KAFA AlAnsar - Nasyrul Quran Lokasi Menarik Yang Mesti Dikunjungi |
Lawatan Sehari Ke Putrajaya Bersama KAFA AlAnsar - Nasyrul Quran Lokasi Menarik Yang Mesti Dikunjungi |
Akhir sekali, dah melawat dan membeli khat, AlQuran yang cukup menarik dan sangat berkualiti tu, boleh la singgah makan kat kafetaria sebelum meneruskan perjalanan balik atau sambung bersiar-siar kat Putrajaya kan.
Kalau nak tengok gambar-gambar di Nasyrul Quran yang sempat Umi rakam boleh jer ke SINI
Untuk sesiapa yang teringin nak buat lawatan secara berkumpulan ke Nasyrul Quran ala rombongan Cik Kiah, boleh email kepada : nasyrulquran_nq@gmail.com atau hubungi/whatsapp kepada Cik Aqilah di talian +6016 7182741. Waktu pejabat adalah dari jam 9 pagi hingga 5 petang (Isnin hingga Jumaat)
Ada 5 slot yang boleh kita pilih tapi pengesahan tu bergantung pada pihak Nasyrul Quran la juga ya dan bagi yang membuat tempahan permohonan perlu dibuat selewat-lewatnya dua minggu sebelum tarikh lawatan.
- Slot 1 : 9.00 pagi - 11.00 pagi
- Slot 2 : 10.00 pagi - 12.00 tengahhari
- Slot 3 : 11.00 pagi - 1.00 petang
- Slot 4 : 2.30 petang - 4.30 petang
- Slot 5 : 3.00 petang - 5.00 petang (Isnin hingga Jumaat sahaja)
Antara syarat untuk membuat permohonan dengan peserta minima 10 orang, kemasukan adalah PERCUMA dan digalakkan berwakaf. Setiap kumpulan ada dibantu oleh jurupandu bagi memberi penerangan di setiap ruangan dan bahagian didalam Kompleks Nasyrul Quran.
Selain lawatan secara percuma, setiap pengunjung diberikan satu slip dimana setiap pengunjung akan mendapat surah Yasin besar dan kecil. Kalau dulu setiap pengunjung akan mendapat senaskah AlQuran (pengalaman kakak UF)
Pengunjung juga boleh berwakaf senaskah AlQuran pada harga RM35 atau tabung wakaf kertas seikhlas hati berwakaf
Ok, nanti disambung kisah lawatan sehari anak-anak KAFA AlAnsar ni ya.
5 Comments
Ya Allah...seronoknya..mengenali..mendekati kalamullah ini..pendedahan sedari alam kanak-kanak..bagaimana terbentuknya naskah-naskah Al Quran.
ReplyDeleteBila anak2 tu pergi? kami pun baru pergi juga last Tuesday :)
ReplyDeleteComprehension and learning of Quran are getting increasingly significant in the present period on the grounds that the Muslims are scarcely making due on the planet nowadays. Those outside the nation can be learning Quran online by means of Skype by employing a guide.
ReplyDeletelearn noorani qaida
What Islam uses to secure ladies is the Hijab. This is amusing on the grounds that the Western media regularly depict the Muslim cover as a suppressive power in a lady's life.
ReplyDeleteonline tajweed course
Jazakom Allah khayra
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!