Baru-baru ni UF berkesempatan ke food review bertemana BBQ Night Galore yang diadakan di Hotel Royale Chulan Bukit Bintang. BBQ Buffet Dinner yang diadakan di Level 2 juga menjemput beberapa rakan media namun ada jugak rakan yang tersasar ke hotel yang salah disebabkan ada sedikit kekeliruan..hehe.
Memang sungguh menyelerakan kesemua hidangan yang ditampilkan untuk kami rasai ditambah pulak makan di sebelah kolam mandi dan ruang terbuka membolehkan kita menikmati makan malam dalam suasana malam yang nyaman lebih-lebih lagi kalau makan bersama suami atau keluarga tersayang. Jadi memang wajib datang dan menikmati BBQ Buffet Dinner disini.
BBQ Buffer Dinner @ Royale Chulan Bukit Bintang Setiap Hari Jumaat |
BBQ Buffer Dinner @ Royale Chulan Bukit Bintang Setiap Hari Jumaat |
Seafood On Ice
Prawns, Half Shell Mussels adn Clam
Barbeque Pit Charcoal
Marinated Chicken Wings
Otak-otak
Mised Grilled Baked Pari Fish
Kembong Fish
Marinaed Squid
Fillet of Fish
Black Pepper Beef
Lamb Shoulder
Grilled Prawn Herbs
Buat peminat makanan laut serta daging kambing, ayam bakar, sotong bakar tak harus lepaskan peluang sebab kambingnya cukup lembut begitu daging yang dibakar sempurna dan pastinya sosnya juga memainkan peranan kan. Salad pun cukup menyelerakan dan kita boleh buat rojak sendiri dengan mencampur buah-buahan yang dihidangkan.
BBQ Buffer Dinner @ Royale Chulan Bukit Bintang Setiap Hari Jumaat |
Soup
Mushroom Soup
Bread Rolls Butter
UF memang peminat sup dan sup seafood chowder yang cukup menyelerakan ni memang menepati selera sampai dua kali tau UF tambah.
BBQ Buffer Dinner @ Royale Chulan Bukit Bintang Setiap Hari Jumaat |
Nasi Goreng Mentega
Ayam Goreng Berempah (Malay)
Baked Potatoes (western)
Corn in the Cob (western)
Buttered Mixed Vegetable (western)
BBQ Buffer Dinner @ Royale Chulan Bukit Bintang Setiap Hari Jumaat |
Mangolia BBQ yang cukup unik dengan daging ayam digoreng dengan sayur dan sekali imbas tengok ala-ala tempayaki la juga tapi yang telah dicampur sekali tapi memang sedap.
BBQ Buffer Dinner @ Royale Chulan Bukit Bintang Setiap Hari Jumaat |
Di bahagian Desert atau pemanis mulut terdapat pelbagai agar-agar, Apple Strudle dengan Sos Vanilla, pelbagai pastry, pelbagai kuih Melayu, Coklat Fondue, pelbagai buah-buahan, Bubur Cha cha
Hidangan BBQ Buffet Dinner berharga RM88 bagi seorang dewasa dan RM44 bagi kanak-kanak dan warga emas. Hanya diadakan setiap hari Jumaat bermula jam 7 malam hingga 10 malam dan bertempat di Poolside, Level 3, Hotel Royale Chulan Bukit Bintang dan untuk keterangan lanjut boleh layari www.royalechulan-bukitbintang.com
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!