Pelbagai Kegunaan Pokok Ara Tanah | Daun ni punya banyak nama yang akan pelik la jugak tapi Umi suka sebab kegunaannya yang pelbagai. Ada yang memanggil dengan nama Patikan Kerbau/Susu Nabi/Gatas-Gatas/Gelang Susu/Fei Yang Ts'ao
Pelbagai Kegunaan Pokok Ara Tanah |
Tumbuhan liar yang boleh dijumpai di tepi longkang dan ia adalah rumput perosak yang tumbuh dikawasan pertanian. Bunga dan daunnya tersusun dalam jujukan ranting hingga ke hujung. buahnya berwarna kuning dan 3 biji berwarna merah. Mempunyai bahan kimia yang ada sterol, alkohol tanin dan triterpernoid.
Kegunaan:
- Merawat asma dan bonkitis - daun, akar dan batang direbus dengan air dalam bekas tertutup, 1 cawan rebusan ini dicampurkan dengan 4 cawan air. Didihkan sehingga tinggal 1 caan. Minum bila sejuk. Air ni tahan 2-3 hari
- Merawat batuk yang mengandungi kahak berdarah - jusnya diberi minum kepada pesakit
- Menambah susu ibu bagi ibu yang menyusukan anak - minum air rebusannya
- Penyakit gatal-gatal - getahnya disapu dibahagian terbabit
- Merawat luka- getahnya disapu bahagian luka
- Merawat penyakit angin dan berak berdarah - minum jusnya
- Ia juga merawat kecacingan, sakit mata dan disentri, bertindak sebagai antiradang, anti bakteria dan antikanser dan dikatakan selalu diberikan kepada lembu yang menghadapi retak tulang :-O
Info berkenaan daun ni : http://infoherbalis.com/2015/06/13-khasiat-patikan-kebo-yang-perlu-anda-tahu.html
5 Comments
Ooh laah ada kegunaan rupanya rumpai ni, baru tau. Tq for sharing..😁
ReplyDeletewahhh tak tahu pulak pokok jenis ni banyak khasiat. Ingatkan rumput biasa je
ReplyDeletebyk khasiat pokok ni rupanya
ReplyDeletesenang ke nak cari daun ni? mana tahu boleh minum time nak ada anak lagikann..
ReplyDeletebaru tahu nama pokok ni. kalau tak, tak tahu lansung..huhu
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!