Pengalaman menonton aksi-aksi
mendebarkan pertarungan dunia bawah air dalam filem terlaris 2018 yang sekian
lama dinantikan, filem Aquaman, pasti bertambah manis dengan hidangan pencuci
mulut terkini daripada Domino’s Pizza, Butterscotch
Bread & Butter Pudding (Puding Roti Mentega Butterscotch) baharu. Manisan
terbaharu Domino’s yang lazat dan dibakar dengan sempurna ini dihasilkan dengan
kombinasi roti mentega, sos vanilla, kepingan biskut coklat hancur dan dihiasi
kismis manis.
Pencuci mulut klasik masyarakat British yang terkenal ini menjadi puding kegemaran ramai kerana membawakan rasa manis menyelerakan dengan tekstur yang menambat selera. Pencuci mulut terbaru Domino’s ini telah dihidangkan secara eksklusif kepada tetamu sebelum tayangan filem, untuk memberikan pengalaman menonton filem sambil menikmati manisan yang tiada bandingan. Pelancaran manisan baharu dan tayangan filem telah dihadiri oleh beratus-ratus pelanggan eksklusif Domino’s, peminat piza, rakan niaga dan wakilakil media serta tokoh media sosial berpengaruh, yang menjadi tunggak pertumbuhan Domino’s selama ini, lebih-lebih lagi sepanjang 2018. Pelancaran Butter Pudding baharu di TGV One Utama semasa tayangan filem memperlihatkan janji jenama Domino’s (Segalanya Mengenai Anda). Perjalanan dan kejayaan jenama selama ini dipacu oleh sokongan padu pelanggannya dan Domino’s komited untuk menawarkan perkhidmatan dan produk baharu yang menarik seiring dengan kecenderungan, kemahuan dan keperluan pelanggan, sambil mencipta pengalaman yang menjadi kenangan menerusi pelbagai platform.
Pencuci mulut klasik masyarakat British yang terkenal ini menjadi puding kegemaran ramai kerana membawakan rasa manis menyelerakan dengan tekstur yang menambat selera. Pencuci mulut terbaru Domino’s ini telah dihidangkan secara eksklusif kepada tetamu sebelum tayangan filem, untuk memberikan pengalaman menonton filem sambil menikmati manisan yang tiada bandingan. Pelancaran manisan baharu dan tayangan filem telah dihadiri oleh beratus-ratus pelanggan eksklusif Domino’s, peminat piza, rakan niaga dan wakilakil media serta tokoh media sosial berpengaruh, yang menjadi tunggak pertumbuhan Domino’s selama ini, lebih-lebih lagi sepanjang 2018. Pelancaran Butter Pudding baharu di TGV One Utama semasa tayangan filem memperlihatkan janji jenama Domino’s (Segalanya Mengenai Anda). Perjalanan dan kejayaan jenama selama ini dipacu oleh sokongan padu pelanggannya dan Domino’s komited untuk menawarkan perkhidmatan dan produk baharu yang menarik seiring dengan kecenderungan, kemahuan dan keperluan pelanggan, sambil mencipta pengalaman yang menjadi kenangan menerusi pelbagai platform.
Dalam ucapan alu-aluan semasa pelancaran manisan terbaharu Domino’s, Linda Hassan, Naib Presiden Kanan Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, berkata,
“Kata orang tak kenal maka tak
cinta. Bagi kami, sekali makan pasti nak lagi. Manisan terbaru ini dibuat
dengan penuh kasih sayang daripada kami untuk pelanggan kami. Bahan yang
berkualiti dan kelazatan rasa terus menjadi keutamaan kami dalam usaha
menghasilkan inovasi baharu. Butterscotch
Bread & Butter Pudding baharu memperlihatkan penekanan kami kepada sentuhan
klasik kerana seperti yang kita semua ketahui, gaya klasik tidak pernah ditelan
zaman. Ini dapat kami lihat dalam kecenderungan dan cita rasa pelanggan kami
yang menjadi inspirasi untuk kami mencipta produk baharu.
"Selain mencipta produk baharu, kami telah
membawa pelancaran produk kami ke satu tahap baharu dengan memberikan
pengalaman istimewa dan bakal menjadi kenangan kepada pelanggan eksklusif kami.
Mereka bukan sahaja menjadi kumpulan orang pertama menonton filem yang sekian
lama dinantikan, tetapi juga antara yang pertama untuk menikmati kelazatan Butterscotch Bread & Butter Pudding baharu
sebelum pelancaran rasminya baru baru ini. Ini adalah tanda penghargaan dan
hadiah eksklusif kami atas kasih sayang dan sokongan mereka kepada jenama kami
selama ini. Kami harap semua peminat Domino’s seronok menikmati puding baharu
ini bersama keluarga tersayang dan kawan-kawan, khususnya pada musim perayaan,”
Butterscotch Bread & Butter Pudding baharu dibakar segar dan dihidangkan panas-panas setiap hari di cawangan Domino’s Pizza di Malaysia Barat dan boleh didapati hanya untuk tempoh terhad pada harga pengenalan RM9.90 sahaja.
Sempena musim percutian, pelanggan juga boleh membeli Wild West Combo terkini untuk perjumpaan keluarga dan sanak saudara. Wild West Buddy Combo, yang merangkumi satu Pulled-Meat Pizza saiz biasa (Regular), satu Golden Chicken Tenders, dua Coleslaw kecil dan dua tin minuman ringan, hanya berharga RM41.90. Untuk kumpulan lebih besar, pelanggan boleh pilih Wild West Super Combo yang mengandungi satu Pulled-Meat Pizza saiz biasa (Regular), satu piza saiz biasa pilihan anda, satu Golden Chicken Tenders, empat Coleslaw kecil dan satu Botol Minuman Ringan. Dapatkan tawaran untuk nilai wang ini dengan pelbagai pilihan daripada Domino’s Pizza. Nikmati kelazatan aneka pilihan kek lava Domino’s, Blueberry Cheesecake Lava Cake yang boleh didapati pada harga hanya RM7.10.
Anda boleh
mengunjungi cawangan Domino’s, membuat pesanan dalam talian di http://www.dominos.com.my/ atau menghubungi 1300-888-333 juga untuk mengetahui lebih lanjut tentang Butterscotch Bread & Butter Pudding
baharu
Domino’s Pizza Malaysia serta promosi semasa yang lain.
Mengenai Domino’s Pizza
Dengan
penghantaran lebih 1 juta piza sehari di seluruh dunia, Domino’s merupakan syarikat penghantaran piza paling
pantas berkembang dan terkenal di dunia dengan komitmen untuk mempelopori
industri dari segi kualiti produk dan kecemerlangan operasi. Domino’s Pizza,
Inc. mengendalikan rangkaian global 14,000 cawangan miliknya dan francais di
seluruh Amerika Syarikat dan lebih 85 pasaran. Di peringkat antarabangsa,
Domino’s disenaraikan dalam kumpulan lima syarikat teratas dari segi transaksi
dalam talian.Setakat Suku 2, 2017, Domino’s Pizza Malaysia ialah
pasaran Domino’s yang mencapai pertumbuhan paling pesat di Asia Tenggara dan
kelima di Asia Pasifik. Ditubuhkan pada 1997, Domino’s Malaysia diuruskan oleh
pemegang francais utama, Dommal Food Services Sdn Bhd. Sehingga ini, terdapat
221 cawangan Domino’s Pizza di negara ini.Di
Domino’s Pizza, kami BERBANGGA dengan komitmen kami untuk memperkaya kehidupan
pelanggan kami, kakitangan kami, rakan niaga kami, pemegang saham kami dan juga
masyarakat. Sebagai salah satu jenama paling digemari di Malaysia, kami akan
melakukan lebih lagi untuk mengukir senyuman di wajah anda dan juga menegakkan
budaya kami untuk ‘menjual lebih piza, mencetus lebih keseronokan’. Selaras
dengan falsafah syarikat kami untuk berusaha secara bijak, Domino’s komited
untuk memberikan pengalaman penghantaran piza yang tiada tandingan kepada
pelanggan, dengan jaminan kepuasan produknya, jaminan penghantaran dalam masa
30 minit dan jaminan pesanan bawa pulang dalam masa 15 minit. Melangkah maju sebagai syarikat e-dagang, Domino’s Pizza
telah mencipta banyak pencapaian pertama dalam platform digital. Domino’s Pizza
Malaysia telah menggunakan dunia digital dengan sebaik mungkin dan ini bermula
apabila diiktiraf sebagai syarikat QSR pertama yang menyediakan platform
pesanan dalam talian oleh Buku Rekod Malaysia dengan pelancaran laman webnya
pada 2003. Platform pesanan dalam talian Domino’s Pizza Malaysia juga diberi
penarafan #1 untuk kelajuan perkhidmatan dalam taliannya dalam industri QSR.Domino’s Pizza Malaysia merupakan pemenang Anugerah Gold
Franny 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2016, iaitu Anugerah Pencapaian yang
disanjung tinggi daripada Persatuan Francais Antarabangsa di Perhimpunan
Sedunia Domino’s Pizza. Berbekalkan keyakinan yang ditunjukkan oleh pengguna Malaysia, Domino’s Pizza telah memenangi Anugerah Gangsa dalam
kategori “Restoran & Makanan Segera” di Anugerah Jenama Putra 2014, Perak
pada 2015, Gangsa pada 2016, Perak pada 2017 dan Gangsa pada 2018.
3 Comments
sedapnya... tak pernah cuba lg
ReplyDeleteAquaman memang best layan sangat.
ReplyDeleteBelum pernah cuba lagi pencuci mulut tu tak dak gambar kah?
uusih.. new menu ni bunyi mcm sedap je. kena cuba =D
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!