5 Tip Penting Mencari Kipas Siling Sesuai Dan Mengikut Bajet | Huihh 5 kipas ek? ye la untuk setiap bilik dan kipas di ruang tamu yang perlu ditukar. Jenuh nak convince DH yang kami patut pasang kipas siling kat setiap bilik untuk penjimatan dan bukan alat penghawa dingin huh tapi kali ni memang Umi dah nekad dan nak pasang kipas siling kat semua bilik supaya lebih banyak ruang dari menggunakan kipas lantai. Cuba bayangkan yang DH ni punya alasan bimbang tangan anak terkena kipas siling sebab anak-anak dia semua tinggi belaka..hahaha. Jadi buat masa ni sesambil tu UF pun buat la survey tentang kipas ni dan nanti bila tabung dah cukup boleh la beli dua atau 3 unit dulu.
Banyak faktor yang patut difikir sebelum membeli kipas ni tapi yang pasti setiap kipas tu pasti ada mengikut kesesuaian dan keluasan bilik. Ahh pening nak fikir tapi kalau rumah bukan besar mana dan rumah sekadar flat kos sederhana pastinya bila cuma sekadar berkeluasan standard yang cuma memerlukan kipas yang biasa dan bukan luarbiasa kan. Syukur dah aa rumah untuk berteduh. Rumah besar besar pun besar pinjaman bank kan. Sumber rujuk
Antara aspek yang paling utama antaranya adalah
Antara aspek yang paling utama antaranya adalah
- Harga - bak kata orang ukur baju di badan sendiri atau tengok poket dulu sebelum membeli hehe
- Tapak kipas- tak boleh yang panjang sebab siling rumah tak tinggi dan takut jadi insiden sebab penduduk dalam rumah ni tinggi-tinggi belaka
- Penggunaan kuasa - sekarang ni banyak barangan elektrik yang dijual dipamerkan kadar penggunaan kuasa untuk penjimatan. Lagi rendah tenaga (watt) yang digunakan, lagi bagus pilihan kipas tu
- pengaliran udara - harus diambil kira penggunaan unit iaitu CFM (cubic feet per minute) dan berdasarkan keluasan ruang kipas yang mana sesuai mengikut keluasan bilik atau ruang kita tu, tapi pastikan kipas yang dipilih menghasilkan jumlah aliran udara yang banyak dengan penggunaan tenaga yang sedikit. Ada yang menyarankan 200CFM/Watt dan keatas.
- senang dicuci - mungkin bilah kipas yang licin kot, ni nak kena tanya salesman untuk syorkan.
Penting juga untuk tahu upah memasang kipas siling ni tau sebab kipas siling bukan boleh kita pasang sendiri dan kena ada yang pakar kalau tidak masalah kipas tak berpusing, kipas berbunyi bising, kipas siling bergoyang dan kipas siling tak terasa angin dan pelbagai masalah lain.
Dalam dok survey tu Umi baca banyak input antaranya rekaan kipas juga mempengaruhi tahap sesebuah kipas. Pastikan memilih kipas dengan bentuk yang biasa dan punya empat bilah. Jangan pilih kipas yang terlalu moden dan unik bentuknya kerana mungkin hanya untuk perhiasan dan bukan untuk keperluan sebenar kita.
Akhirnya ada 4 jenama yang menarik perhatian
KDK Ceiling Fan K14X2
5 Tip Penting Mencari Kipas Siling Sesuai Dan Mengikut Bajet |
Harga : RM248.
frameless blade design, 3 speed control, sleep model and OFF timer, 3-6 hours sleep mode and 1-6 OFF timer, Enchanced with cut-off safty device and blade safety plate
sumber : https://www.senheng.com.my
Panasonic 56in 4 Blade ceiling Fan PSN-FM14C5DG
|
Harga : RM288
Bayu ceiling Fan (56"), 4 blade design, enchanced safety featurs. 3 preset speed selection, 1,3,6 hours off timer, 3,6 hours sleep timer
sumber : https://www.senheng.com.my
Faber FDF Lagenda WH Designer ceiling fan (white) FBR-FBR\F565WH
|
Harga : RM240
4 speeds selection, 85w powerful motor, 5star energy save sirim test, 56" diameter blaces, cooling reverse vntilation (suitale for Air cond Room) strong win guaranteed, 300 rpm & up to 9182 cfm, 5 blades design, silent and quite breeze, 1,3 and 6 hours timer control
sumber : https://www.senheng.com.my
DEKA Kronos F5P 5 blade ceiling fan with remote control
|
Harga : RM186
56" diameter, remote control, 3 yrs door to door warranty by DEKA Malaysia, high power motor, extra 20% air flow
sumber : https://anekahome.com/
Harga yang Umi nyatakan tu dari website yang tertera, kalau ada perubahan, boleh jengah terus kat laman sesawang tu dan sebenarnya Umi dah pun jengah kat kedai elektrik berhampiran juga dan harganya ada pelbagai mengikut jenama dan model. Sekarang ni kena tunggu kumpul duit dulu la kan.
Harap perkongsian ni memberi sedikit sebanyak sebagai perbandingan apa yang perlu bila nak membeli kipas siling. Tapi terpulang pada sesiapa yang nak beli sebab tepuk poket tanya selera, ikut bajet dan berapa yang kita mampu.
Ada sesiapa nak syorkan jenama lain?
7 Comments
dari senarai tu suka yang gambar kedua. nampak kemas.. tak pernah terlibat dalam process pemilihan semua2 ni. tahu2 dah ade kat rumah..
ReplyDeleteyg sedia ada kat rumah ni jenis mcm no 2 juga tapi rasa nak tukar. Memang tak pernah kisah pun dulu sebab dok sibuk dengan kerja tapi sekarang ni tetiba rasa nak survey sebab tak nak guna aircond spt yg en suami inginkan..hehe
DeleteCik Ash bab kipas memang tak taw kalau jenama la selalu abg cik ash yg kerja bab charmen dia beli kipas yang berjenma KDK,panasonic,toshiba
ReplyDeletegood tips kak.. sekarng ni semua kena cari yg jimat tenaga
ReplyDeleteMrs. A suka jenama KDK tu walaupun old fashion tapi servis dia bagus hehehee...
ReplyDeleteDalam byak jenama yang Mrs. A pernah guna KDK bagus.
Ialah guna kipas banyak jimat dari guna air-cond.
Kat rumah pakai kipas bilah 5. Memang sejuk, tak payah pasang aircond pun takpe.
ReplyDeleteTapi lupa plak brand apa. Hihihi.
Selamat memilih. I follow u! ;)
Nice sharing. .sangat berguna untuk yang sedang tercari kipas siling..
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!