Hari ni hari pertama persekolahan buat anak-anak di Lembah Kelang dan beberapa negeri juga kan. Ada ke mak-mak atau ayah-ayah yang menahan sebak atau mungkin si anak yang menangis sebab berpisah dengan mak atau ayah yang saban hari berkepit dengan mereka? Apa yang pasti ramai juga anak-anak yang tak mengendahkan ibu bapa sebab dah jumpa kawan baru dalam erti kata dah boleh bawa diri dan berdikari. Bagi mak atau ayah tu tak payah la tunggu kat sekolah bagai sampai sesak kawasan sekolah, biarkan anak-anak menuntut ilmu tanpa gangguan dan belajar berdikari melainkan anak kita tu anak istimewa atau punya masalah yang serius.
#cikapplepie bersiap dengan berkobar-kobar nak ke sekolah |
#cikapplepie di usia 7 tahun pada tahun 2013 sungguh berkobar-kobar dan berani sewaktu menjejakkan kaki ke SRK |
Eh dah melalut pulak bercerita pasal masuk sekolah ni kan sebab UF pun dah pernah lalui tapi idak la tunggu sampai berhari-hari kat sekolah sebab kami bekerja dan Alhamdulillah anak-anak dari yang sulung hingga ke #cikapplepie ni sangat berdikari.
Tahun 2019 ni #cikapplepie dah masuk ke SMK Wangsa Maju 2, sekolah yang sama dengan abang-abang dan kakak-kakaknya juga sebelah kami lepaskan mereka melanjutkan pelajaran lebih tinggi. Malah dia sendiri siap bagitau tak nak ke SBP mahupun ke MRSM sebab katanya nanti Umi tak de kawan...hahaha sangat kan. Persiapan sekolah kali ni lebih ringkas sebab dia seorang jer yang di sekolah, siap buat checklist bagai, barangan sekolah semua in black..hadoiii anak ayah nii dan dia siap pesan tiap hari buatkan nasi goreng jadi ayah boleh bagi belanja kurang..uhhh ingat ayah dia bagi kurang ke? idok ler..takut nau anak tu kelaparan.
Jadi hari pertama ni UF buat nasi goreng ala cina tapi nampak western #janganketawa. Kenapa nasi goreng putih gitu? sebab takut perut tak boleh hadam betul dan memandangkan dia akan makan waktu rehat nanti bukan sebagai sarapan.
Nasi Goreng Simple Buat Bekalan Sekolah Puteri Bongsu |
1 mangkuk nasi, biarkan sejuk pada suhu bilik
4 sosej dipotong ikut kesukaan
2 biji telur
1 cili kering, dipotong halus atau cili api diketuk (jika suka nak pedas sikit)
sedikit minyak untuk menumis
Bahan B - ditumbuk kasar
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
Untuk hiasan
Daun bawang dipotong ikut kesukaan
Lada sulah - jika suka
Cara Penyediaan
- Panaskan minyak di dalam kualai dan tumis bahan B hingga kekuningan
- Masukkan sosej dan digoreng hingga masak dalam 5 minit (pastikan api tidak terlalu kuat)
- Masukkan telur yang telah dipukul dan kemudian masukkan nasi, besarkan sikit api dan kacau hingga rata. Letakkan sedikit cuka (kalau suka)
- Tutup api, letak garam, kacau dan boleh diangkat. Taburkan daun bawang dan siap untuk dibawa sebagai bekal
Nota : cili kering atau cili api tu boleh dimasukkan semasa menumis sebelum dimasukkan nasi
hurmm...nasi goreng apa pulak esok? kita tunggu apa lagi permintaan #cikapplepie tu. Nasi goreng ni pun si ayah bawa sebagai bekal jugak. Dua perut dah dijaga walau jauh kan...ahh senangnya hati
6 Comments
Alhamdulillah..duit balanja masuk tabung ya cikapplepie...
ReplyDeleteBukan umi xde kawan... Tapi nanti tak dapat ikut umi pergi event.. Hehe... Tu yang taknak SBP atau MRSM tuh...kihkih.. Kejap je dan sekolah menengah CikApplePie ni..
ReplyDeleteNasi goreng simple pun sedaap kak. Selamat kembali ke sekolah untuk cikapplepie :)
ReplyDeleteterbaek :) semoga cemerlang dalam akademik..
ReplyDeletenasi goreng umy walaupun simple tapi sedap...
ReplyDeletesbb tu klau bwk hari-hari pun tak pe
dekat2 je kita ni. SMK tu belakang umah sy je.. hehehe
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!