UF tengok drama Korea? memang agak janggal dan pelik pun ada bila UF buat post kat FB pasal K Drama. UF bukan peminat drama Korea tapi terjebak bila KY Amanda balik bercuti seminggu. Bila menonton drama ni terkenang kerjaya sebagai setiausaha dan pembantu peribadi tapi tak de la sampai betulkan talileher, sediakan sapu tangan bagai..hehe. Drama Komedi Romantik yang ringan tapi kalau ada anak kecil tu jangan bagi tonton sebab bab intim tu ada la jugak di beberapa episod akhir
Encik Vice President, Lee Young-Joon dan Cik Setiausaha, Kim Min-So |
Review K Drama : What's Wrong With Secretary
Setelah bekerja selama sembilan tahun, Kim Mi-so akhirnya boleh mengukuhkan kewangan setelah bertungkus lumus membayar hutang bagi membantu ayahnya seorang pemuzik dan pinjaman kewangan bagi kedua kakaknya menyambung belajar. Kiranya dia adik yang berkorban dengan bekerja selepas bersekolah tinggi jadi dia berhasrat berhenti kerja sebagai setiausaha kepada Vice Chairman Lee Yong-Joon.
Si Vice Chairman, Lee Young-Joon ni pulak sejenis yang merasa dia lelaki yang cukup sempurna dan hebat (agak ego dan perasan), kacak, tegap, hebat dan sangat kaya malah dikira genius sebab boleh bertutur beberapa bahasa dan merasakan dia punya aura yang hebat..memang lawak giler watak PSJ ni. Apa yang dituturkan oleh VP ni memang kelakar yang jenis bersahaja.
barisan pelakon What's Wrong With Secretary Kim? |
Dalam minggu-minggu terakhir, Mi-so menyedari beberapa perkara mengenai dirinya dan juga ketuanya yang akan rumit. Ketakutan si VP dengan cable tied (ala kalau beli barang kat Aeon Big dia ikat cable tu) sampai berpeluh-peluh dan ketakutan Mi So dengan labah-labah serta kesan seperti diikat dipergelangan kaki si VP ni membongkar rahsia penculikan sewaktu mereka kecil dulu.
Kemudian muncul di abang VP, Lee Sung-Yeon seorang penulis hebat dikenali dengan nama Morpheus yang kemudian mengatakan dialah budak lelaki yang ditangkap penculik. Memang buat Mi-so celaru bahkan si abang pun jatuh hati pada Mi-so.
Perihal Mi-so ni pulak bila bekerja dengan taat setia ni memang tak de masa nak berdating, mana taknya dok sibuk susun urus si VP dan akhirnya kisah Mi-so berdating sampai ke pengetahuan si VP, memang kelakar part ni. Cemburu si VP ni alahai, memang rasa nak ketuk kepala dia jer dan si Mi-so ni pulak lurus betul. Menaang buat sengih jer part ni.
Bila dah declare bercinta pulak, si VP kena ambil hati kakak-kakak dan bapa Mi-so, Memang kelakar bila anak orang kaya cuba menjadi orang biasa.
Antara part kenangan yang diingati oleh Lee Young-Joon dan Kim Mi-so usai selamat dari penculikan. Haihh kecil-kecil dah pandai nak ajak kahwin haha
pemilihan watak kanak-kanak ni memang mirip pelakon utama. comel ahh |
Seriously suka tengok si VP ni bila dia tersenyum, melting manihhh sungguh dengan aura keangkuhan hebat dia yang tak buat kita benci tapi rasa nak ketuk kepala dia dengan manja hehe. Si abang pulak mak aihh cute sangat dan segak tapi senyuman VP ni manis lagi
Rating : 9.5/10
Tak kurang sesuai buat anak-anak kecil ya sebab drama ni kategori romance comedy walau tak berat macam cerita Hollywood.
10 Comments
Sha tak berjaya tengok drama ini.. tapi encik suami tengok..
ReplyDeletetak berjaya..ehh lain macam jer bunyi tu Sha..tapi cite comedy romantik yang ringan dan memang layan
DeleteI have watched this drama. the drama is very funny and famous in Korea.
ReplyDeletewww.okcheori.com
yeah...its comedy romantic drama...love to see the VP smile
Deletecomel sangat citer ni tapi storyline dah boleh agak. simple2 je tak pening kepala kalo tengok sebab conflict tak sarat. suuuuwit =D
ReplyDeletemmg comel dan drama yang simple..tak sarat sampai pening kepala..hehe
Deletealamhai cutenya diorang..
ReplyDeleteCD dah beli , tapi tak dan lagi nak tengok ... bila lah ada masa ni?
ReplyDeletemesti terkenang kerjaya lama yer kak? hehe.. Saya pun PA tp takde la sampai bercinta bagai.. haha
ReplyDeleteYou have performed a great job on this article. It’s very precise and highly qualitative. You have even managed to make it readable and easy to read. You have some real writing talent. Thank you so much. jalshamoviez
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!