Wow..dah 23 tahun berturut-turut Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI®
(MSSCC) rupanya. Sebagai satu inisiatif bersama
MAGGI® dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), MSSCC tahun ini akan mempertingkatkan
mutu pertandingan dengan menerapkan cabaran baharu bertujuan memberi inspirasi kepada pelajar bagi memupuk
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Acara MSSCC tahun 2019 telah dilancarkan di Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama Presint 11 dan dirasmikan oleh Encik Suhaimi Sun bin
Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Dengan tema ‘Anda dan MAGGI®. - Membawa kesan positif
kepada masakan harian’, MSSCC 2019 juga menawarkan satu platform persaingan
untuk chef muda memperlihatkan kemahiran memasak mereka dalam mencipta sajian
masakan rumah. Di samping itu, MSSCC juga menyemai minat memasak dalam kalangan
pelajar di Malaysia. Menerusi pengalaman tahun lalu, MSSCC 2019 akan
memperlihatkan struktur pertandingan serta elemen baru yang akan dipertingkatkan.
Menurut Cik
Kimberly Oh, Pengurus Pemasaran MAGGI®, “Kami teruja kerana dapat memberi
peluang sekali lagi kepada anak-anak muda Malaysia untuk menunjukkan kepakaran
kulinari mereka menerusi MSSCC! Berbeza dengan tahun
sebelumnya di mana pelajar akan mencipta sajian berdasarkan resipi sedia ada,
pertandingan tahun ini menampilkan Cabaran Masakan Kreatif yang
memerlukan pelajar untuk memanfaatkan kreativiti dan kemahiran menyelesaikan
masalah mereka dari permulaan pertandingan. Para pelajar akan diberi
bahan mentah rahsia yang memerlukan mereka menggunakan kreativiti serta kemahiran
untuk mempersembahkan idea hidangan mereka. Terdapat juga penekanan yang lebih
besar iaitu persembahan serta kemahiran berkomunikasi yang para pelajar perlu
mempersembahkan resipi sajian yang telah mereka hasilkan.
“Kami sentiasa
berusaha untuk memupuk kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat menerusi
pemakanan yang sewajarnya. Ini selaras dengan matlamat jenama kami untuk mencipta
detik-detik bahagia untuk individu dan keluarga menerusi makanan yang enak,” tambah
beliau.
Encik Suhaimi Sun
bin Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni, Kementerian
Pendidikan Malaysia. Kami
mengalu-alukan kerjasama daripada pihak lain, terutama sekali sektor swasta
untuk bersama-sama melahirkan generasi rakyat Malaysia yang lebih sihat. Kami gembira kerana dapat meneruskan kerjasama yang
sekian lama terjalin dengan MAGGI® untuk memupuk tabiat makan yang sihat dalam
kalangan pelajar kita.
“Kami yakin bahawa elemen baharu dan
menarik ini menggalakkan pelajar kita untuk memperlihatkan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) dan menyediakan
platform yang kukuh untuk membolehkan mereka mengembangkan keupayaan mereka,” ujar
Encik Zainal.
Bagi Cabaran Memasak Kreatif yang akan
berlangsung di kedua-dua peringkat negeri dan kebangsaan, para peserta diberikan
pelbagai bahan ramuan masakan. Langkah ini bertujuan untuk mencabar kreativiti dan
kemahiran memasak dalam kalangan chef muda ini. Chef-chef muda perlu menentukan
sajian masakan mereka dengan bahan berdasarkan kreativiti mereka.
Pertandingan tahun
ini akan memperkenalkan satu kaedah baharu dalam aspek pengadilan dan pemberian
markah di mana para pelajar akan dinilai berdasarkan kemahiran kulinari dan
kemahiran teknikal seperti penyajian makanan, persembahan makanan, kaedah
masakan serta khasiat nutrisi sajian.Pelajar juga diberi peluang untuk mempersembahkan
konsep disebalik sajian yang akan dihidangkan kepada panel pengadil dan
penonton sekaligus menyemaikan minat memasak melalui persekitaran pembelajaran
yang menyeronokkan. MAGGI® telah
melancarkan program MSSCC pada 1997 dengan matlamat untuk memupuk minat memasak
dalam kalangan anak muda Malaysia dan menggalakkan amalan pemakanan yang sihat
dan tabiat memasak yang baik. Setakat ini, lebih 10,000 sekolah serta 340,000
pelajar telah mengambil bahagian dalam acara ini dan mendapat pengetahuan dan
kemahiran berkenaan makanan, nutrisi dan pemakanan sihat.
Semasa upacara
pelancaran, tetamu jemputan telah menyertai pelbagai aktiviti, termasuk paparan
interaktif Kementerian Kesihatan Malaysia seperti Suku suku Separuh, 5 Warna Sehari dan Piramid Makanan Malaysia. Menerusi
permainan dan aktiviti ini, peserta berpeluang untuk memperlihatkan kemahiran
mereka sambil belajar tentang pentingnya pemakanan yang sihat dan diet yang seimbang.
Wakil-wakil media juga diberi
peluang untuk menguji kreativiti mereka dengan dua cabaran menyelesaikan
masalah yang berlainan, ‘KREATIF Cooking’ dan ‘KREATIF
Untuk maklumat
lanjut tentang MSSCC, sila layari laman web https://www.maggi.com.my/bm/msscc-2019.
Mengenai Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI®
Pertandingan
Memasak Sekolah Menengah MAGGI® diperkenalkan pada tahun 1997 dengan matlamat
untuk memupuk minat memasak dalam kalangan pelajar sekolah menengah sambil
meningkatkan kesedaran terhadap pentingnya makanan yang berkhasiat dan diet
yang seimbang. Projek ini adalah
kerjasama antara MAGGI®, Kementerian Pendidikan, guru Ekonomi Rumah Tangga,
Unit Teknikal dan Vokasional Negeri, dan Unit Kokurikulum Jabatan Pendidikan
Negeri.
Pertandingan
Memasak Sekolah Menengah MAGGI® sejak acara tersebut
dimulakan. Format yang menarik dan mencabar terus menarik penyertaan tahun demi
tahun.
Mengenai Nestlé Malaysia
Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu
pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 189 buah negara di seluruh dunia,
dan seramai 328,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé,
iaitu untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan serta memainkan peranan untuk
membina masa depan yang lebih sihat. Prestasi kami dipacu oleh strategi
Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami.
Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912, Nestlé telah meraih
kepercayaan para pengguna kami menerusi jenama dan produk kami yang bermutu
tinggi. Kami juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat
di mana kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk
Halal kami. Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE
kepada semua. Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat
rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari http://www.facebook.com/NestleMalaysia
4 Comments
bagus program ni...
ReplyDeleteBagus Ni Boleh memupuk anak suka memasak
ReplyDeletegoodjob Maggi... salah satu cara nak asah bakat chef muda utk masa hadapan..
ReplyDeleteBolehlah para pelajar ini menunjukkan bakat terpendam mereka..
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!