Cafe Mikro, kepunyaan Nas dan sahabatnya Fahmi yang punya pengalaman dan berkongsi minat dan kalau nak tahu kisah menarik tentang kafe dan anak muda ni, boleh baca di SINI. Memang menarik dan lokasi kafe ni pun di Lorong Kedah, Taman Melawati, kawasan elit suatu ketika dulu dan masih lagi dan birthday boy pun orang Kedah...hehe what a coincidence! Selain KL, Shah Alam pun syurga makanan. List di sukamakanjalan sangat membantu.
Cerita menarik baca di neufutur.com
Sampai kat kafe ni, nampak biasa-biasa jer dan kami duduk di luar sebab lebih santai. Well, datang nak makan lagipun perut dah berkeroncong maklumlah lepas solat Maghrib jer terus ke sini. Jom tengok apa yang kami makan ni.
Makan-Makan Di Cafe Mikro Untuk Sambut Birthday Boy |
Spagetti Cabonara Chicken pilihan cikapplepie dan juga Angah Ammar (AA2) dan DH juga Spagetti Cabonara tapi dengan Daging dengan secangkir Latte. Seperti biasa cikapplepie dengan Iced Chocolate and AA2 dengan Orange Juice.
Cabonara Pasta (Chicken or Beef) berharga RM20 memang agak pekat dengan cheese tak macam sesetengah cabonara tapi kalau yang tak suka banyak cheese akan cepat muak. Sedap! kata cikapplepie tapi yang tak sedap ada yang nampak macam daging goreng tapi bila dimakan rasa pahit..hehe. Apa yang ada dalam setiap carbonara ni? selain spagetti, ayam atau daging, bahan lain adalah basil pesto, roasted nuts, cherry tomato, pucuk manis, parmesan dan deep friend aubergene (terung purple) yang dipotong kecil dan rasa agak pahit la tapi Umi ok jer
Rating : 4/5
Makan-Makan Di Cafe Mikro Untuk Sambut Birthday Boy |
Beef Bowl yang sedap dan simple untuk Ayong Azmer (AA1) yang memang jaga pemakanan serta sebotol air mineral untuknya dah mencukupi. Dengan harga RM22, beef bowl ni mengandungi Beef teriyaki, deep friend cauliflower with citrus sauce, poached eggs, crispy kale, mixed white-glutinious rice. Portion yang cukup sebagai pelapik perut je kalau untuk Umi haha.
Rating : 4.5/5
Makan-Makan Di Cafe Mikro Untuk Sambut Birthday Boy |
Yeaa dah lama tak makan Pesto Pasta kan, jadi Umi pilih Beef Pesto dengan Spagetti, basil pesto, roasted nuts, cherry tomato, pucuk manis, parmesan dan deep fried aubergene yang berharga RM20 sahaja manakala untuk minuman Umi pilih secangkir Lemon Grass Tea..dah makan berminyak kena la minum teh gini kan. Sedap dan lazat, semestinya amat disyorkan tapi kalau sesiapa tak pernah makan, jangan makan takut tak biasa dengan rasanya.
Rating : 4.5/5
This is us, hanya berlima je. Cake? just a slice of lemon cheese cake with pistachio yang sedap. Bila share dekat family whatsapp..haha Cik Meya terliur sebab ni la kek favorite dia. DH terkejut tapi tak la terkejut sangat
Add caption |
Waktu perniagaan : setiap hari 8 pagi hingga tengah malam
FACEBOOK | INSTAGRAM | 016-636 3698
320, Jalan Bandar Melawati, Melawati Square, Pusat Bandar Melawati, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur
11 Comments
wah nampak menarik menu2 dia kak. boleh ku terjah nanti :)
ReplyDeleteyup sedap Ana...terjah jgn tak tau...bukan jauh pun.. D)
DeleteOhh dekat taman melawati, boleh lah try jugak nanti. Nampak sedap!
ReplyDeletehaaa...mmg berjiran dng Nani tu
DeleteWalau tak cukup ahli tetap meriah kan kak.Tak apa nanti cukup semua keluar lagi ulangan.
ReplyDeleteNak cari tempat makan selain menunya sedap..harga berbaloi..bersih..tempat parking pun salah satu perkara penting juga.
Alhamdulillah meriah PC..betul tu mmg berbaloi dengan harga, rasa dan lokasi..hehe
Deletealahai lazatnya.. happy birthday DH
ReplyDeletethank you Mamapp...memang sedapp hingga ke siku hehee
DeleteYummy..suka kalau carbonara ni :)
ReplyDeleteyeahh..kita geng
DeleteMenarik betul menu2nya..happy belated birthday..
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!