Promosi Bufet Ramadan 2019 di Legar Putra, PWTC

Promosi Bufet Ramadan 2019 di Legar Putra, PWTC | Pejam celik, pejam celik tinggal tak berapa lama lagi bulan Ramadan al Mubarak akan menjelma, dan bulan ini sememangnya dinanti-nantikan oleh semua umat Islam seluruh dunia.

Bila bercerita tentang bulan Ramadan ni, pasti ramai yang tercari-cari lokasi untuk berbuka  nanti untuk syarikat mahupun untuk diri sendiri dan keluarga tersayang kan dan yang pasti sajian tu mestilah sedap dan harga pun kena yang berpatutan dan berbaloi dengan juadah yang disajikan.

Jangan risau, apa kata cuba selera di Restoran Riverside di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang saban tahun menawarkan sajian berbuka yang cukup enak dan pada tahun 2019, lebih 250 jenis juadah makanan sebagai sajian berbuka puasa yang akan disajikan. KL dan Selangor memang banyak tempat best untuk dikunjungi. Tempat makan sedap pun banyak.

Hidangan Panas

Nasi Putih, Nasi Goreng Kampong, Mee Hailam dan pasukan chef PSTC yang diketuai Eksekutif Chef, Suzaini Mohamed Salih akan menghidangkan menu istimewa masakan ala kampung dan juadah akan bertukar setiap minggu.  

Antara menu yang bakal menawan selera tahun ini adalah Ayam Kampung Kerisik dan Betik Muda, Ayam Gulai Minang dan Daun Salam, Kambing Masak Kari Utara, Ikan Pari Asam Pedas Sayur Jeruk, Ikan Patin Tempoyak dengan Timun Tua, ayam Brastagi, Ikan Tenggiri Masak Kari Hijau dengan Terung Telunjuk, siput Sedut Masak Lemak Kuning, Pegaga dan Daun Kaduk serta Daging dan Paru Kari Kawah.













Tarikh Promosi

Promosi buffet Ramadhan ini akan bermula dari 8 Mei 2019 sehingga 3 Jun 2019 bermula dari jam 6 petang hingga jam 10 malam setiap hari.

Harga

Harga bufet Ramadan adalah seperti berikut :
RM88/pax (dewasa)
RM45/pax (kanak-kanak - 7 hingga 12 tahun)
RM75/pax (warga emas - 60 tahun ke atas)


Harga Early Bird

Dah terliur kan..apa kata nak lebih jimat, beli baucar 'Early Bird, dimana pelanggan yang membeli baucar Ramadan sebelum 5 Mei 2019 hanya perlu membayar RM75 setiap satu dan boleh digunakan sehingga akhir buffet Ramadan sehingga 3 June 2019. Menarik kan!



Bufet Ramadan di PWTC sememangnya istimewa sebab terdapat 'Carving Station' yang menyediakan kambing panggang setiap hari dengan sos lada hitam dan sos cendawan pasti membuka selera ramai.  Sate pun tak ketinggalan la juga.


Terdapat 10 jenis kerabu antaranya Kerabu Sotong, Kerabu Mangga, Kerabu Ayam. Kerabu Daging, Kerabu Taugeh, Kerabu Udang, Kerabu Betik Muda, Kerabu Jantung Pisang, Kerabu Paru, Kerabu Nenas, Kerabu Hati, Kerabu Kacang Botol, Kerabu Perut

Sampingan
Acar Rampai, Acar Buah, Pajeri Nenas, Tauhu Sumbat, Sambal Tempeh & Kacang, Pulut Kuning, Lemang, Ketupat, Ubi & Keledek Rebus, Serunding Ayam & Daging, Rendang Ayam, REndang Daging, Ikan Masin, Sambal Tumis Ikan bilis




Nampak tak ada ketupat jawi, lemang, ketupat palas siap dengan serunding dan pastinya ada rendang untuk dimakan bersama.  Memang terliur dah nii


Manisan dan pencuci mulut seperti 8 jenis kuih muih Melayu, 5 jenis kek, 4 jenis pai, aneka jeli, mouse & pudding, 3 jenis bubur manis, aneka biskut Melayu dan pelbagai.  Terdapat warung minuman sejuk dan panas yang menyediakan air tebu, air mata kucing, air sirap, air barli, air batu campur, 3 perisa ais krim, kopi tarik dan teh tarik

Sambal Dan Dressing : Sambal Belaan, Cili Kicap, Budu, Cencaluk, Air Assam, sambal tempoyak, sambal mangga, sambal nenas, sambl bacang, pickle lemon, picle mixed vege, 1000 island, french dan italian dressing

Terdapat 10 jenis ulam-ulam dan salad antaranya Daun ceylon, ulam raja, kacang botol, petai, tomato, timun, daun pegaga, jering, terung pipit, bendi, jantung pisang, pucuk ubi, tenggek burung, daun gajus

Keropok
Keropok udang, keropok ikan, papdum, keropok sayur, keropok malinja, rempeyek

Jeruk : Betik, Mangga, Sengkuang, Kedondong, Cermai, Salak, Kelubi, Jambu Batu

Sedap kan! Jadi tunggu apa lagi, jom beli baucar dan nikmati hidangan berbuka puasa di sana.

Bagi pihak korporat dan persendirian, PWTC menyediakan pakej berbuka persendirian dan korporat dengan harga bermula dari RM98.00 seorang dengan minima 100 orang ke atas. Pakej ini turut menyediakan hidangan bufet, dewan khas untuk berbuka puasa, sistem audio, penyediaan ruang solat khas serta kadar parkir tetap bernilai RM5.00 bermula jam 6 petang

Jangan risau takut tak sempat nak solat Maghrib atau Isyak atau boleh jugak solat Tarawih berjemaah bersama Imam di Surau Ar-Rahman di Aras 3, PWTC dan terdapa segala kelengkapan solat seperti telekung bagi kaum muslimah dan sejadah disediakan khas.


Promosi Bufet Ramadan 2019 Yang Cukup Lazat di Legar Putra, PWTC
#pwtc #putraworldtradecentre #bukapuasa #juadahberbukapuasa #bukadimana #citarasawarisanpwtc #bufetramadan #ramadanmmenu #ramadhanbuffet #ramadanfeast #ramadamubarak #ramadan2019 #makanankampung #allyoucaneat #earlybirdvoucher #iftarideas #malaysiancuisiene #iftar2019 #malaysianfavourites #iftar

Post a Comment

12 Comments

  1. Sedapnya semua tu kak. Paling tak sabar nak cuba dessert dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap Kinah...jom berbuka kat sana

      Delete
  2. Replies
    1. mmg sedap sangat..sampai terbayang2 nii..hehe

      Delete
  3. as usual, i suka bubur lambuknya... kambing golek pun sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bubur lambuk mmg kemestian...kambing golek ahhhhh

      Delete
  4. Juadah yang ditawarkan memang mengancam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal bulan puasa bukan bulan utk diet sebenarnya..hehee

      Delete
  5. sedapnyaa... rata2 hotel dh panggil blogger utk review. tak sabar nk tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat PWTC ni memang tak pernah tak sedap Nina..

      Delete
  6. I was surfing the Internet for information and came across your blog. I am impressed by the information you have on this blog. It shows how well you understand this subject. Ramadan Mubarak Images For Whatsapp

    ReplyDelete
  7. Great knowledge, do anyone mind merely reference back to it promosi pinjaman koperasi 2020

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!