Novel Silhoutte Oleh Karra Ryna | Pertemuan pertama kali membangkitkan rasa amarah buat Razin Qayyim dan Thalea Aleesya yang sombong tapi pertemuan kedua dan pertolongan Razin keatas Thalea membuatkan hilang rasa marah Thalea malah dia terus jatuh hati kepada Razin walau masing-masing berharap itulah pertemuan pertama dan terakhir sejak pertemuan pertama..
Penulis : Karra Ryna
Mukasurat : 464
Penerbit : Love Novel Publishing
"Eh, aku ada banyak duit. Berapa banyak kau nak aku boleh bagi. Semua benda aku boleh beli, faham?" - Thalea Aleesya
"Kalau macam tu, kau pergi beli otak yang pandai sikit, ganti otak sekarang. Bodoh sangat" - Razin Qayyim
Pertemuan mereka bermula dengan pertengkaran. Thalea yang berlagak membuatkan Razin naik angin. Namun, pertolongan Razin pada malam itu membuatkan Thalea terhutang budi. Dia cuba mendekati Razin untuk membalasa budi lelaki itu, namun ada saja alasan Razin untuk menolak.
Kejadian demi kejadian mencambah rasa dua jiwa, Namun Razin cuba menidakkan. Dia rasa dia tidak layak mengecap bahagia. Tidak mungkin dia melupakan dendam yang masih bersisa
Sesuatu yang telah berlaku terhadap bapa Thalea membuatkan sikap Razin mula berubah, dan dengan sedaya upaya dia cub a melindungi Thalea daripada bahaya. Kali ini dia mesti menang dan membela apa yang telah hilang
"Dengan apa yang jadi..aku yakin, selain aku..kau mampu lindungi Thalea, Jadi..aku nak tanya kau soalan terakhir, kau sudi tak jaga adik aku? Jadi suami dia?" - Hadif Alfian
Tawaran Hadif, abang Thalea membuatkan Razin mempersoalkan kemahuan hatinya. Dia nekad dan pasti, inilah bahagia yang hatinya mahukan.
"Walaupun awak tak pernah tanya, tapi saya nak awak tahu..saya kahwin dengan awak sebab saya cintakan awak dan nak lindungi awak. Bukan simpati.." - Razin Qayyim
Namun, bahagia yang diidam terlalu banyak halangan. Kisah silam sentiasa mengekori kebahagiaan yang mahu dicipta. Ada manusia yang berdendam dan mahu Razin terus lenyap di dunia ini. Setelah apa yang berlaku, adakah Razin akan memberi peluang pada hatinya semula? Adakah Razin akan terus memperjuangkan bahagia yang dia inginkan? Mampukah insan-insan tersayang menerima kisah silamnya, atau membuang jauh dirinya?>
Hidup Razin menjadi kelam kabut bila Thalea yang telah jatuh hati kepada cuba mendekati, ditambah dengan dendam Faris yang menjadi mangsa pukulan Razin sewaktu menyelamatkan Thalea malahan tindakan Faris membalas dendam.
Perkahwinan Razin dan Thalea akhirnya sampai ke pengetahuan Karl, sahabat paling rapat dan sama-sama membesar tapi akhirnya mengkhianati Razin. Dendam dan iri hati Karl terhadap Razin hingga sanggup menyeksa Razin yang dianggapnya pesaing utamanya kerana Razin sememangnya hebat.
Penceraian yang sangat menyeksakan akhirnya terjadi bila Thalea termakan penipuan Karl meminta diceraikan walau Razin terlalu menyayanginya manakala Hadif diseksa dengan teruk hingga tidak sedarkan diri tapi agak pelik bila Pak Long dan Mak Long yang diculik sama tidak dicederakan langsung. Usai lafaz cerai Razin menghilangkan diri membawa lara dan melatih diri kerana dia tahu dia harus berdepan dengan Karl antara hidup atau mati. Kebenaran yang tidak sepenuhnya terbongkar bila Hadif sedar dan Thalea menyesal dan pelbagai usaha dicuba untuk memenangi hati si suami. Sayangnya kepada Thalea tidak pernah surut walau dia cuba menidakkanya.
Kelemahan Razin adalah Thalea dan bila Thalea diculik buat kali kedua, dia tahu dia terpaksa berdepan dengan Karl tanpa sebarang senjata sebagai perisai dan Razin tewas dengan luka teruk hingga tidak sedarkan diri. Ketakutan Khalil adalah sekiranya Karl tidak mati dan ditangkap polis, rahsia Razin akan terbongkar tapi sebaliknya bila Karl menyerah diri dia mengaku atas semua kesalahan dan tidak membabitkan Razin.
Rahsia Karl terbongkar apabila Andy memberitahu nama sebenar Karl kepada Khalil. Memang berat dan menyeksakan buat seorang abang tapi tiada apa yang mampu dilakukannya.
Baca novel INI
Pendapat?
Bila baca teasar penulis ni di Facebook, difikirkan Razin berkemungkinan telah melakukan suatu perbuatan yang kejam terhadap keluarga Thalea sampai semangat nak miliki naskah Karra Ryna ni sangat berkobar-kobar dan memang berbaloi sangat dan mampu membuat Umi menitiskan airmata dan senyum simpul dengan Razin dan Thalea. Sweet sangat bila Razin sebenarnya sudah jatuh hati pada Thalea yang juga menjadi kelemahannya.
Kisah kasih sayang Khalil serta Pak Long Ahnad dan Mak Long Fatimah terhadap Razin sangat menebal walau tidak diketahui asal usul Razin yang mereka temui sewaktu memancing. Malah kesan luka yang teruk di badan Razin dirawat tanpa ditanya penyebabnya.
Kalau dibaca dan dihayati memang ngeri segala jenis penyeksaan yang Karl lakukan kepada mangsa-mangsanya..memang seakan real terutama saat dia membunuh Tuan Qaiser ayah Razin yang sememangnya jahat membuat Razin, Karl dan yang lain-lain seperti hamba, dilatih menjadi pembunuh upahan dan tiada jalan keluar bagi mereka. Penceritaan tentang ketangkasan Razin yang hebat tanpa senjata cukup menarik
Kalau nak tulis ringkasan novel ni nanti tak la thrill sangat kan dan nanti ramai yang tak beli novel ni yang sememangnya worth to have!
Terbaiknya penceritaan dalam novel ni tak meleret-leret macam dalam sesetengah novel sampai kita rasa semput dah bosan. Yang pasti novel ni memang diulang kali baca sebab jalan cerita yang cukup menarik.
Terbaiknya penceritaan dalam novel ni tak meleret-leret macam dalam sesetengah novel sampai kita rasa semput dah bosan. Yang pasti novel ni memang diulang kali baca sebab jalan cerita yang cukup menarik.
Persoalannya tiada yang jelas siapa yang mengupah Karl untuk membunuh bapa Thalea. Agak pelik bila Karl tidak mencederakan Pak Long dan Mak Long dan dia mengaku segala kesalahan tapi memang faham kenapa jadi gitu. Nak tahu, kena la beli novel ni ya.
Lepas ni nak tunggu naskah terkini dn seterusnya dari penulis baru ni.
Lepas ni nak tunggu naskah terkini dn seterusnya dari penulis baru ni.
Rating : 5/5
Nak baca review novel yang lain, baca SINI
11 Comments
wow... best citernya,,, tajuk pun kena dengan citer.
ReplyDeletememang best Sheila...memang rasa berbaloi jd antara org yg awal dapat naskah ni..hehe
DeleteHurmm menarik jugak jalan ceritanya... Boleh masuk lam wishlist ni..
ReplyDeletememang kena Lea..menarik dan jgn tak masuk dalam wishlist tau..hehe
DeleteDah lama akak tinggal dunia membaca novel. Macam menaik ...
ReplyDeleteseronok membaca ni..sampai memang tak ingat dunia lain kalau sy dah mula membaca esp bila cerita tu menarik mcm novel Silhoutte ni..
DeleteSerius best pulak baca review akak ni. Terus rasa nak beli juga.
ReplyDeletememang best Ana..cerita dia tu mmg bukan sekadar kisah cinta tapi tentang persahabatan dan persaudaraan yang cukup menarik dan pengorbanan yg agak memeritkan..
Deletemenariklah jln cerita dia
ReplyDeletememang menarik Mamapp...jom baca
DeletePergh!! Tergoda betul bila baca revirw nie.. buh dalam list dulu..ada rezeki bolehlah beli..
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!