Bufet Ramadan Tradisional East Meet West Di Aroma D'AnCasa

Bufet Ramadan Tradisional East Meet West Di Aroma D'AnCasa  | Bahang Ramadan semakin membahang kan. Kerinduan untuk menikmati bulan puasa  bakal terubat sebab tak berapa hari lagi InsyaAllah kita akan dapat rasainya walau Ramadan kali ini memang berbeza dan pasti berbeza untuk UF apalagi untuk mak. Maaf teremosi pulak walhal nak cerita pasal sajian berbuka kan.

Baru-baru ni UF sekali lagi berkesempatan merasai sajian berbuka di AnCasa Resort & Spa Kuala Lumpur yang cukup sedap dan berbaloi harganya. Jom jengah apa yang disajikan dan boleh la masukkan dalam senarai lokasi berbuka awak semua.

Harga Bufet 
RM70.00 bagi dewasa
RM40.00 untuk kanak-kanak

Mulai sekarang hingga 30 April, pelanggan boleh membeli baucer berbuka dengan harga R60.00, jadi harga lebih murah kan.

Bufet Ramadan Tradisional East Meet West Di Aroma D'AnCasa 

Warong Kak Ana menampilkan ulam-ulaman Kampung, Kerabu Tauge Kerang dan Jelatah Timun, Begedil Ayam, Sambal Hijau, Sambal Hitam dan Sambal Tempoyak yang harus dicuba.

Bufet Ramadan Tradisional East Meet West Di Aroma D'AnCasa 

Bufet Ramadan Tradisional East Meet West Di Aroma D'AnCasa 

Add caption
Masak Lemak Cili Api Seafood disediakan panas-panas
Sajian utama Ayam Golek Berempah, Gulai Kawah Kambing, Sotong Sumbat Tiga Rasa dan Sambal Goreng Jawa.  The highlight Roasted Lamb yang di perap dengan ramuan rahsia dan dibakar hingga sempurna. Pais Ikan Patin dari Pekan dan Masak Lemak Cili Api Seafood dari Negeri Sembilan yang disediakan oleh Chef dari resepective AnCasa Hotel properties

Bufet Ramadan Tradisional East Meet West Di Aroma D'AnCasa 

Jangan ketinggalan mencuba sajian harian yang disediakan antaranya Gear Box Curry Mee, Rendnag Itik Minang, Sup Ayam Kampung disaji dengan Roti Benggali, PD Grilled Chicken, Opor Daging Pahang dan banyak lagi.

Bufet Ramadan Tradisional East Meet West Di Aroma D'AnCasa 

kuih Badak Kubang, Kuih Pena dan Puding Maharani dari negeri Pahang

Buat peminat kuih dari negeri Pahang, jangan ketinggalan mencuba kuih Badak Kubang, Kuih Pena dan Puding Maharani Pahang yang cukup sedap dan selain tu ada Serawa Durian, Kuih Ketayap, Lempeng Kelapa, Kole Kacang dan pelbagai jenis hidangan termasuk pencuci mulut antarabangsa, ada kurma, buah-buah segar, Teh Tarik dan banyak lagi. Pastikan tidak ketinggalan untuk mencuba "Tandoori Chai" Teh yang disediakan dengan istimewa bersama rempah rahsia yang memberi aroma istimewa dan rasa yang pasti tak mungkin dilupai.

Bagi yang nak bersolat Maghrib, usah risau sebab terdapat surau yang terletak di aras Mezzanine untuk kita mengerjakan solat dengan kelengkapan yang diperlukan.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi 03-2026 6060 ext 7703

Sajian berbuka puasa juga boleh didapati di AnCasa Residences, Port Dickson dan AnCasa Royale di Pekan, Pahang yang turut menyajikan sajian untuk dibuat pilihan dan dapatkan harga early bird dengan pembelian baucer lebih awal sebelum 30 April 2019 ni.


AnCasa Royale, Pekan, Pahang
RM70.00 bagi dewasa
RM40.00 bagi kanak-kanak (5 - 12 tahun)
Early bird - RM58.00

AnCasa Residences, Port Dickson
RM55.00 bagi dewasa
RM30.00 bagi kanak-kanak (5-13 tahun)
Early bird - RM45.00

Sekiranya ada yang berhasrat untuk mengadakan Buka Puasa secara persendirian, pihak AnCasa juga menawarkan rangkaian sajian bermula dari RM90.00 seoranga dengan minima 80 orang untuk setiap tempahan.

#AnCasa #BufetRamadan #Review #SajianBulanRamadan

Post a Comment

4 Comments

  1. perghh..menyelerakan menu2 dia..:)

    ReplyDelete
  2. İnteresting food😊 thanks for your sharing 😊

    ReplyDelete
  3. wah bener-bener gurih dan enak nih masakan tradisionalnya, jadi kangen kampung halaman saya kak :D

    ReplyDelete
  4. Ramai kata sedap makanan kat sini. Presentation pun menarik. Nampak menyelerakan sgt.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!