Baru-baru ini Domino's Pizza menganjurkan parti hari jadi bersempena ulang tahun ke 7 Lazada dengan disertai kanak-kanak dari rumah Perlindungan al Nasuha, tokoh media sosial dan peminat setianya. Paling menarik Lazzie, maskot Lazada turut muncul meluangkan masa bersama para tetamu.
Sambutan yang cukup ceria dengan nyanyian lagu Selamat Hari Jadi untuk Lazada dan semestinya ada kek serta sajian makanan oleh Domino's Pizza. Selain piza, tetamu disajikan juga dengan tawaran terbarunya iaitu Royale Chicken Wings, ayam kuning telur masin dan Blueberry Cheesecake Lava Cake sebagai pencuci mulut.
“Kami amat teruja untuk merayakan ulang tahun ke-7 Lazada bersama dengan semua tetamu kami pada hari ini. Kami percaya kerjasama kami yang utuh ini membawa nilai dan pengalaman yang amat bermakna bagi para pelanggan kami. Oleh itu, kami benar-benar menghargai sokongan dan kerjasama kami dengan Lazada selama ini. Berpegang teguh kepada janji kami ‘It’s All About You’, kami percaya penghargaan bukan sahaja patut diberikan kepada pelanggan kami, tetapi juga kepada rakan-rakan kerjasama kami yang dihargai atas dedikasi mereka yang tidak berbelah bahagi. Kami harap perkongsian dengan Lazada ini dapat diteruskan bagi tahun-tahun akan datang!” - Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino's Pizza Malaysia dan Singapura
“Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Domino’s Pizza kerana menganjurkan parti hari jadi ke-7 Lazada. Dengan transformasi Lazada kepada destinasi gaya hidup setempat, kami ingin menyatukan pelanggan menerusi pengalaman yang lebih menyeronokkan dan boleh dikongsi dengan keluarga dan kawan-kawan, menerusi hiburan, permainan dan sudah tentu piza! Lazada membawakan tawaran eksklusif Domino’s untuk pelanggan kami sambil merayakan parti hari jadi ini, untuk anda!" Andrew Gnananantham, Ketua Pegawai Pemasaran Lazada Malaysia
Tetamu turut berpeluang menyertai permainan dan kuiz yang menyeronokkan dan memenangi baucar daripada Domino's Pizza dan Lazada disamping kanak-kanak dari Rumah Perlindungan al Nasuha turut menerima bag hadiah yang disediakan khas sebagai tanda penghargaan
Sempena
ulang tahun ke-7 Lazada, Domino’s Pizza akan menawarkan peluang kepada
pelanggan di seluruh Malaysia untuk merayakannya menerusi Set Parti Hari Jadi Lazada,
yang meliputi 8 tawaran berharga RM77.70 dan ke atas. Pelanggan boleh jimat RM63.65
apabila mereka membeli set ini yang mengandungi 4 Piza saiz Regular (Biasa), 1 Crazy Chicken Crunchies
(Original/Tomyam), 1 roti Breadstix/Cinnastix,
1 Botol Minuman dan 1 Chocolate Lava Cake
PERCUMA. Untuk setiap Set Parti Hari Jadi Lazada yang dibeli, pelanggan
akan menerima kod baucar daripada Lazada.
Unutk merayakan dan mengukuhkan pakatan antara Lazada dan domino's Pizza, Lazada akan mengagihkan 7,000 kupon diskaun kepada pelanggan setia Domino's bernilai RM84,000, disamping menawarkan 7 jenis Tawaran Kupon Hari Jadi Domino's bagi peminat setia Domino's. Tawaran boleh didapati dari 27 Mac 2019 hingga 27 April 2019
Untuk maklumat lanjut boleh layari http://www.dominos.com.my/ atau https://www.lazada.com.my
Mengenai
Domino’s Pizza
Dengan penghantaran
lebih 1 juta piza sehari di seluruh dunia, Domino’s merupakan syarikat
penghantaran piza paling pantas berkembang dan terkenal di dunia dengan
komitmen untuk mempelopori industri dari segi kualiti produk dan kecemerlangan
operasi. Domino’s Pizza, Inc. mengendalikan rangkaian global 14,000 cawangan miliknya
dan francais di seluruh Amerika Syarikat dan lebih 85 pasaran. Di peringkat
antarabangsa, Domino’s disenaraikan dalam kumpulan lima syarikat teratas dari
segi transaksi dalam talian.
Setakat Suku 2,
2017, Domino’s Pizza Malaysia ialah pasaran Domino’s yang mencapai pertumbuhan
paling pesat di Asia Tenggara dan kelima di Asia Pasifik. Ditubuhkan pada 1997,
Domino’s Malaysia diuruskan oleh pemegang francais utama, Dommal Food Services
Sdn Bhd. Sehingga ini, terdapat 236 cawangan Domino’s Pizza di negara ini.
Di Domino’s Pizza,
kami BERBANGGA dengan komitmen kami untuk memperkaya kehidupan pelanggan kami,
kakitangan kami, rakan niaga kami, pemegang saham kami dan juga masyarakat.
Sebagai salah satu jenama paling digemari di Malaysia, kami akan melakukan
lebih lagi untuk mengukir senyuman di wajah anda dan juga menegakkan budaya
kami untuk ‘menjual lebih piza, mencetus lebih keseronokan’. Selaras dengan
falsafah syarikat kami untuk berusaha secara bijak, Domino’s komited untuk
memberikan pengalaman penghantaran piza yang tiada tandingan kepada pelanggan,
dengan jaminan kepuasan produknya, jaminan penghantaran dalam masa 30 minit dan
jaminan pesanan bawa pulang dalam masa 15 minit.
Melangkah maju
sebagai syarikat e-dagang, Domino’s Pizza telah mencipta banyak pencapaian
pertama dalam platform digital. Domino’s Pizza Malaysia telah menggunakan dunia
digital dengan sebaik mungkin dan ini bermula apabila diiktiraf sebagai
syarikat QSR pertama yang menyediakan platform pesanan dalam talian oleh Buku
Rekod Malaysia dengan pelancaran laman webnya pada 2003. Platform pesanan dalam
talian Domino’s Pizza Malaysia juga diberi penarafan #1 untuk kelajuan
perkhidmatan dalam taliannya dalam industri QSR.
7 Comments
wow lapar la tgk pizza
ReplyDeleteBagusnya ada program macam ni kak. Heee ada offer. Nak makan domino la nanti
ReplyDeleteKerjasama yang ohsem..
ReplyDeleteHappy birthday Lazada !!
ReplyDeletesalam.
ReplyDeleteseronok lah kanak2 tu meraikan bersama2 ye.
Happy 7th birthday Lazada. Dan tahniah buat domino kerana menghargai para pelanggan yang setia.
ReplyDeletenasib baru mkn pizza. hehehe kalau tak terliur
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!