Review Novel My Devil Husband by Fara Hana

Review Novel My Devil Husband by Fara Hana | Demam PBAKL 2019 dah berakhir dan keterujaan untuk mendapatkan naskah novelis Fara Hana berjaya menjadi koleksi tapi tak kesampaian berjumpa dengan penulisnya.  Kalau dulu membaca mesti baca part akhir novel tapi la ni tak dah..nak bagi rasa thrill, teruja, terkesima dulu dan tak nak mengelat dah..hahaa


Ni novel pertama dicari diantara senarai yang dah sedia ada dalam untuk dibeli sebabnya tak sabar nak tahu kesudahan cerita selepas membaca teaser dari penulis di laman FBnya dan terus jatuh cinta dengan gambar watak dalam novel ni dan bila novel dah ada dalam tangan cuma perlu 3 hari jer nak habiskan..hehe

Novel | My Devil Husband - Fara Hana

Novel : My Devil Husband | Penulis : Fara Hana | Bil m/s : 675 


SINOPSIS
Irina Jasmine yang buntu ditinggalkan mama dan papanya terpaksa menerima tawaran yang cukup lumayan daripada seorang ahli perniagaan yagn berjaya.  Tawaran yang membuatkan JAsmine sukar untuk menolak.  Apatah lagi dalam keadaan dia dan adiknya dyang diabaikan oleh kedua ibu bapa mereka.  Mahu atau tidak JAsmine akur dengan kehendak takdir.  Salam pertolongan itu disambut dengan resah
Draco Enrique Valiente pnya agenda tersendiri, etiap wang yang dilaburkan ada balasannya dan hanya satu benda yang dia mahukan daraipada Irina Jasmine iaitu..PEWARIS
"You wanna talk about dignity again Jasmine? Maruah? Apa maruah yang you ada pada saat you jual diri untuk I? Pada saat you jual tubuh you untuk kemewahan dan harta benda? Dan yang paling teruk, you jual anak you untuk you dapatkan semua kemewahan yang eprnah you ada suatu ketika dhulu. Am I right - Draco

Saat Rheya menerima semua Radit, rahsia Ray terbongkar membuatkan parut di hati Rheya berdarah semula " Saya nak pulangkan semua apa yang pernah awak bagi. Awak boleh cari orang lain, saya tak boleh teruskan" - Jasmine

Pintu hati mula diketuk, ada cinta yang menyeludup masuk.  Namun, dek kerana ego dan fitnah manusia mereka terperangkap dalam kesengsaraan yang diciptkan sendiri.  Pada saat bahagia hampir menjelam, dugaan datang bertimpa-timpa.  Mampukan mereka mencipat bahagia? Ataukah bahagia itu hanya donegan semata-mata?

Kisah Bilionnaire yang cukup membuat rasa : http://www.umifuzy.com/2017/07/review-in-love-with-mr-billionaire.html



Ringkasan Cerita

Irina Jasmine dan adiknya Imani Jihan ditinggalkan oleh ibu dan bapanya setelah bapanya menjadi bangkrap dan tanpa rasa belas kasihan meninggal Jasmine dua beradik. Diwaktu Jasmine kehilangan tempat untuk membuat praktikal, muncul Iskandar Zulkarnain menghulurkan bantuan walau Jasmine sebenarnya menyebabkan kemalangan kecil antara mereka berdua. Tu la kata orang tuah orang cantik kan. Siapa yang tak jatuh hati dengan gadis manis dan secantik Jasmine kan. Agak malang nasib Jasmine bila adiknya menjadi trauma dan demi keselamatan dan kesihatan adiknya Jasmine menerima tawaran yang cukup lumayan tapi sangat membebankan serta menjerat konflik jiwa.

Bagi Draco, Jasmine adalah calon terbaik untuk memberikan zuriat dan seterusnya dijadikan pewaris Valiente Corporation dan dengan kekayaan yang dia miliki Jasmine hanya mampu menurut dan bersetuju menjadi isteri di atas kertas. Perjanjian dimeterai dan dipersetujui dalam keterpaksaan termasuk beberapa syarat dari Jasmine tapi bukan untuk bermewah untuk diri sendiri.

Menjadi buah mulut dituduh menggatal dengan empunya syarikat cukup menyesakkan jiwa Jasmine namun perkahwinan tetap diteruskan penuh rahsia dari orang ramai, tanpa kehadiran adik seperti yang Jasmine minta, hanya dihadiri pembantu rumah malah tanpa kehadiran ibu bapa yang terlebih dahulu melarikan diri, meninggalkannya terkapai-kapai.

Kemunculan Seth Uzair cukup merimaskan walau pernah bertemu tanpa diduga sewaktu Jasmine cuba menyuraikan perbalahan diantara teman serumahnya Julia dengan Seth Uzair hingga jejaka tu jatuh hati kepadanya dan semakin kerap hadir tanpa diduga.

Kehadiran Seth Uzair membuat Draco berasa cemburu dan banyak sikap cemburunya ditonjolkan tapi Jasmine seakan tidak mengerti..hehe mungkin sebab bimbang atau terlalu lurus.

Menjadi isteri pada kertas dan tiada hak ke atas suami serta tidak boleh mengambil tahu hal peribadi suami memang menyakitkan dan bila kandungan pertamanya gugur disebabkan tindakan oleh ibu mertua yang sangat dingin terhadapnya ditambah pula dengan sifat playboy Draco. Pelik bagi Jasmine kenapa dia dipilih dan sepatutnya Zahra yang harus dipilih menjadi isteri Draco.

Falling in love is not my thing Jasmine, but I need a baby - Draco

Apabila Jasmine mengandung kali kedua, konflik melanda tatkala melihat bekas tunangan suami enak beradu disamping suami tanpa rasa malu. Betapa luluh rasa hati menyaksikan perlakuan si suami dan tanpa berunding dan tanpa soal siasat, Jasmine melarikan diri untuk mencari ketenangan
Dek sebab marah dan cemburu, Jasmine melarikan diri dengan pertolongan Mak Mah dan pengawal peribadi David tapi amat malang dia dituduh curang dengan si bodyguard. Bukan susah untuk si orang kaya nak mencari si isteri dan pada waktu yang sama Jasmine turut hampir melahirkan anaknya.  Kedegilan serta kemarahan Jasmine mengakibatkan dia kehilangan anaknya. Rayuan tidak langsung memberi belas pada Draco dan mujur kehadiran grandma secara tiba-tiba merubah segalanya dan menukar perancangan yang telah Draco buat.
"memang hati aku sakit dan kerana hati aku sakit, aku akan sakitkan hati kau sampai kau sendiri tak dapat menahan kesakitan itu.  biar kau terseksa sebagaimana kau seksa aku selama ni Jasmine" - Draco

Namun dendam Zahra bekas tunangan Draco dan Iskandar bekas pekerja Draco mengakibatkan Jasmine kehilangan anaknya sekali lagi dan melalui detik mencemaskan bila dia sendiri diculik.

"Jaga... Letizia baik-baik" - Jasmine
"No sayang! No.. no sayang! You kena kuat Jasmine. You tak boleh tinggalkan I Jasmine! Tak boleh! - Draco

Nota komen UF
Geram, suka, teruja sama banyak bila membaca novel ni dan jujur UF menyukai jalan cerita ni tapi bila part over kaya ni dan terlampau ni memang UF kurang suka sebab entahlah sebab terasa agak tidak logik atau mungkin garapan kurang sampai pada UF atau mungkin sebab UF bukan orang kaya kan jadi penceritaan tu agak over tapi tu pendapat UF je dan mungkin tidak pada pembaca lain.  Bahagian yang UF suka watak sinikal Draco yang jatuh hati pada Jasmine, yea la isteri cantik tapi sifat sombongnya tu memang menyakitkan hati tu tak termasuk sifat pervertnya terhadap Jasmine dan betapa bebasnya pergaulan si Draco dengan teman wanita serta bekas tunangannya.  Mungkin sebab kurangnya ajaran agama dan berdarah campuran berlebihan hingga melebihi batas pergaulan.

UF mengharap ada kisah yang lebih ditonjokan untuk watak Bobby, kawan lelaki yanga baik dengan Jasmine dan juga Seth Uzair yang kaya tapi kekayaannya tak setanding Draco.  Watak-watak ni untuk memberi impak pada Draco dan tekanan jiwa. Bagi UF watak bongkak Draco harus ada watak second hero yang sama kaya untuk ada persaingan yang lebih sengit untuk konflik jiwa Jasmine tapi bila difikirkan balik konflik jiwa jadi isteri, mengandung dan sifat suami kacak lagi kaya serta digilai wanita serta bekas tunangan pun dah cukup menyerabutkan jiwa Jasmine.

Rasanya lebih thrill kalau watak Seth Uzair lebih dikerapkan untuk cuba mengambil hati Jasmine dan nak tengok betapa bergolaknya jiwa Draco..hehe

Novel kisah lelaki kaya berdarjat dan bongkak, baca SINI

Overall mungkin penulis nak bagi tekanan pada Jasmine bukan Draco tapi MY DEVIL HUSBAND tu agak sesuai dengan watak suami yang playboy dan menggunakan kekayaan untuk mendapatkan apa yang dia hendak. Berkahwin untuk mendapatkan pewaris yang sah, anak yang sah taraf tapi tidak mahu dibebani dengan mengahwini isteri yang akan menyaratkan beban, penuh drama dan kemungkinan tamatkan harta membuatkan Draco mengambil jalan mudah mengikat kontrak dengan Jasmine tapi soal hati memang tak boleh buat apa-apa kan. Siapa nak tahu perkembangan dan novel seterusnya dari penulis boleh la add di FB Farahana Hana 

Post a Comment

18 Comments

  1. Baca sinopsis dan review akak pun dah bercampur baur rasa ni..kalau betul-betul PC baca novelnya..tak tahu macam mana.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. mmg menarik tapi part over kaya tu yg akak kurang sikit laa

      Delete
  3. Menarik juga jalan ceritanya kak. Kesian dengan kehidupan Jasmine disebabkan nak hidup lebih mewah sanggup terima tawaran tu walaupun dia sedar tawaran tu akan menjerat dirinya. Moga ada sinar bahagia buat Jasmine

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya Jasmine tu x kisah sgt pasal kemewahan tapi dia pentingkan adik dia dan apa yg pernah dia miliki, jd bila dapat offer dia minta la..peluang tu kann hehe

      Delete
  4. huwaaa lama dh x baca novel.. dh x de masa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa Lea..tak per slow2 nnt boleh la cari masa utk membaca balikk

      Delete
  5. rajin jugak ea akak membaca novel.. part yang baca belakang tu... hahaha... kawan2 dulu slalu buat cam tu.. tapi kita suka baca dari depan sebab nak hati penuh gelora dan rasa tak sabar nak baca.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu pun mcm tu gak Zaf..tapi skrg ni x nak dah...dh belajar bersabar gituu..skrg ni anak2 dh besar so masa tu agak banyak la jugak...hehe

      Delete
  6. ehh.... kita baru perasan kita tak follow blog akak lagi.. so, kita follow....

    ReplyDelete
  7. tak ada rezeki nk jumpa.. tp boleh baca novel ni pun dh ok kot. hehe.. harga pun murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheee..kan. Nanti ada rezeki jumpa la kat mana2 pulak kot..hehe

      Delete
  8. lastest novel rasa2nya tahun lepas kot..
    now suka baca yang berat2 sikit. sampai nak kena buat nota. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheee...skrg ni malas nk baca yg berat sgt...nk baca yg relax jer

      Delete
  9. Adoiii... tajuk novel tu mengundang betul hiks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa...jangan baca tajuk Mrs A..hahahaa

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!