eCurve meraikan Ramadhan Penuh Nostalgia Buat Warga Emas Pusat Jagaan AlFikrah

 meraikan Ramadhan Penuh Nostalgia Buat Warga Emas Pusat Jagaan AlFikrah |Bulan Ramadhan Al Mubarak menandakan permulaan bulan yang penuh bermakna di mana semua sanak saudara berkumpul.  Baru-baru ini, bagi meraikan permulaan bulan yang penuh barakah ini, eCurve menjemput sekumpulan warga emas dari Pusat Jagaan Al-Fikrah untuk meraikannya bersama dan menghidupkan kembali nostalgia zaman dahulu melalui kempen bertema Al-Kisah Pesta Ria.
eCurve meraikan Ramadhan Penuh Nostalgia Buat Warga Emas Pusat Jagaan AlFikrah

Centre Atrium dihias seperti sebahagian daripada zaman 60 an yang cukup gemilang dan pastinya para tetamu istimewa Rumah Al Fikrah terkenang kembali memori silam waktu muda mereka.  Semangat Hari Raya dapat dirasai dengan bangunan lama yang dihias indah dan muzik latar belakang yang tidak lapuk dek zaman.  Para warga emas kemudianya dibawa ke pentas utama bagi menyaksikan kemuncak utama acara selepas puas menikmati serta menghayati keindahan hiasan suasana di Centre Atrium.

eCurve meraikan Ramadhan Penuh Nostalgia Buat Warga Emas Pusat Jagaan AlFikrah

Persembahan muzikal bertajuk Irama Pesta Ria dengan penampilan khas Musly Ramlee yang mendendangkan lagu-lagu hits P Ramlee seperti Bunyi Gitar dan Mari-Mari Tuan Dengar Ini Cerita.  Tambah menarik persembahannya diiringi tarian penari latar serta lagu-lagu klasik yang dimainkan sekaligus membawa tetamu ke zaman 60an.  

eCurve meraikan Ramadhan Penuh Nostalgia Buat Warga Emas Pusat Jagaan AlFikrah

"Disamping membuat persediaan untuk musim perayaan, ianya juga penting untuk kit aberkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan. telah menjemput warga emas dari Pusat Jagaan Al Fikrah untuk berbuka puasa bersama kami sebagai sebahagian dari tradisi tahunan kami.  Kami amat gembira melihat merek atersenyum gembira dan kami juga berharap kami telah memberikan mereka kenangan yang bermaksa tahun ini" - Gina Long Ahmad, Penolong Pengurus Besar, Bahagian Sewaan, Pengiklanan & Promosi 
eCurve meraikan Ramadhan Penuh Nostalgia Buat Warga Emas Pusat Jagaan AlFikrah

Sementara menanti waktu berbuka puasa para warga emas serta penjaga mereka turut menerima hadiah awal Hari Raya berupa beg cenderahati dan Duit Raya.  Petang penuh kegembiraan itu diakhiri dengan sesi berbuka puasa di Arab Thai, sebuah restoran baru di e-Curve yang menyajikan hidanang Arab dan Thai.

eCurve meraikan Ramadhan Penuh Nostalgia Buat Warga Emas Pusat Jagaan AlFikrah

eCurve meraikan Ramadhan Penuh Nostalgia Buat Warga Emas Pusat Jagaan AlFikrah

Jom berkunjung ke eCurve 
Sempena kempen Raya 2019, Al-Kisah Pesta Raya yang berlangsung dari 3 Mei hingga 6 Jun akan menampilkan Musly Ramly yang akan membuat persembahan sebanyak dua kali sehari pada 3 petang dan 6 petang pada hujung minggu.

eCurve meraikan Ramadhan Penuh Nostalgia Buat Warga Emas Pusat Jagaan AlFikrah

Hadiah dari e-Curve
Pengunjung berpeluang mendapatkan hadiah Raya istimewa tahun ini dengan hanya berbelanja RM200 dan ke atas dalam maksima dua resit untuk layak menebus Tiffin Lebaran serta Paket Festive Ria.  

Semua penebusan adalah tertakluk kepada terma dan syarat dan sementara stok masih ada.  

Bonus buat pengguna aplikasi Boost 
Hanya perlu berbelanja menggunakan Boost e-wallet serendah RM50 di kedai yang mengambil bahagian dan dapatkan rebat sebanyak RM10 dan masih tertakluk kepada terma dan syarat.

Nak tahu lebih lanjut mengenai kempen Raya e-Curve? Hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan e-Curve di 03-7725 0277 atau layarai lama web www.ecurve.my atau Facebook : www.facebook.com/eCurveMall

Post a Comment

0 Comments