Rambang Mata Dengan Makanan Laut Segar Di Sungai Besar | Menjemput Cik Meya bercuti semester tempohhari (26 April 2019) bukan sekadar menjemput tapi ditambah dengan misi membeli makanan laut dan untuk itu bersiap dengan bekas putih untuk mengisi ikan. Alhamdulillah kali ni mak pun turut serta walau awal tu mak macam tak nak sebab tak berapa sihat.
Usai menjemput dan singgah ke gerai menjual kerepek (acara wajib! hehe), perjalanan diteruskan mencari ikan segar! DH berdecit la jugak bila tengok kakak yang meniaga ikan kat tepi jalan menghala balik KL tak meniaga tapi mujur laluan ke arah perkampung nelayan (lupa nama jalan tu) tapi bila ditanya peniaga dia sebut Pasar Sungai Haji Dorani.
Memang rambang mata dan teruja, mana taknya makanan laut segar ni baru naik dari laut. Macam kat Kedah, kampung DH pun selalu juga tengok ikan segar tapi kat sini ada pelbagai jenis ikan dan ketam dan makanan lauk yang bercengkerang. Dek sebab teruja tu lupa nak ambil gambar tapi layan buat live..hehe.
Makanan Laut Segar Di Pasar Sungai Haji Dorani
Apa yang menarik di Sungai Besar, baca SINI
Dan inilah hasilnya tangkapan kami suami isteri yang teruja sampai jari DH kena sepit dek ketam yang masih mengeletis mencari mangsa..hehe
Rambang Mata Dengan Makanan Laut Segar Di Sungai Besar |
Pertama kali tengok siput ni yang agak pelik la juga. Kata peniaga tu namanya siput kijing (bahasa Jawa rasanya) dan kalau dimasak jangan kacau terlalu kuat sebab cengkerang dia rapuh. Ada juga yang memanggilnya remis dan mungkin ada nama lain jugak.
Kepah! giler tak suka !!
ikan sebelah atau dikenali dengan nama ikan sisa nabi yang memang bukan asing lagi sebab kalau balik Kedah, ada je ikan ni. Memang rupa tu agak pelik tapi ikan segar baru naik dari laut kan
Rambang Mata Dengan Makanan Laut Segar Di Sungai Besar |
ikan tengkerong ni memang biasa ada di Pasar Dato Keramat atau kat mana-mana pasaraya tapi DH tetap akan ambil sebab ikan baru haruslah rasanya manis.
Rambang Mata Dengan Makanan Laut Segar Di Sungai Besar |
ikan sembilang laut yang sedap buat gulai dengan timun kuning. Memang kalau ada tak sah tak ambil tapi ambil 2 ekor jer sebab kena fikir storage jugak
Rambang Mata Dengan Makanan Laut Segar Di Sungai Besar |
ikan pelaling dari kumpulan ikan kembung atau mackerel pun sedap kalau buat laksa..ehh tapi kami beli tak sampai sekilo sebab storage jugak
Rambang Mata Dengan Makanan Laut Segar Di Sungai Besar |
udang kertas yang pastinya sedap la dengan harga kalau tak silap RM28 sekilo..giler murah!
Rambang Mata Dengan Makanan Laut Segar Di Sungai Besar |
udang lipan yang masih menguit-guit..hehee tapi tak beli sebab tak sanggup tengok rupanya walau DH dan peniaga tu cakap sedap dan manis..aihhh tak sanggup
Selain dari tu kami pun beli ketam sampai dua jenis, baby crab yang enak digoreng bercili bak kat peniaga dan ketam besar untuk dibuat masak lemak cili api.
Lauk pauk dari makanan laut yang segar ni pun dah selesai habis stok dan masih tak sempat nak up masakan tapi InsyaAllah, esok la kot dan jangan lupa nanti jemput baca resepi simple dari saya lagi ya.
Singgah Makan Di Restoran Faridah Mentarang Bakar
Apa yang dihajati dah dapat jadi lepas tu kami ke misi mengisi perut pulak dan kami berhenti di kedai Faridah Mentarang Bakar
Rambang Mata Dengan Makanan Laut Segar Di Sungai Besar |
mentarang masak lemak cili api yang cukup rasa, manis rasa isinya khas untuk mak yang tak pernah makan mentarang lagi.
lauk pilihan yang cukup simple dengan mentarang, ikan siakap masam manis, kangkung goreng belacan yang so-so jer rasanya..ehh batang kangkung goreng belacan..hehe
Rambang Mata Dengan Makanan Laut Segar Di Sungai Besar |
Pelbagai makanan eksotik ada kat sini, tak perlu risau tapi kalau yang tak mampu nak rasa, tengok jer la orang lain makan heee
16 Comments
i can't really eat seafood so this is not for me. XD
ReplyDeleteallergic perhaps?
Deletepergh..best tu mask..fresh..:)
ReplyDeletememang fresh sungguh...maniss
Deletekita yg tengok pun rambang mata kak..
ReplyDeletekan..tu belum lagi kalau ada kat depan gerai ni..hehe
DeleteBestnya segar-segar semua
ReplyDeletemmg segar Mrs A...teruja membeli tau
Deleteboleh terasa manis seafood tu kak. puas hati makan kalau segar2 ni kan.
ReplyDeletememang puas hati...sangattt
DeleteWAAA...semua suka..tp suami alahan dengan makanan laut...takde geng soruu
ReplyDeletesedap mcm mana pun bila tak de geng tu mmg rugi la jugak kann
Deletenampak segar2 semuanya
ReplyDeletebaru naik dari laut ..tu yang segar tuu
DeleteAssalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
ReplyDeleteJom follow blog https://www.iyaseo.id/
Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
Komen yang baik2 sahaja ye..
Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..
thanks sebab singgah
DeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!