Jom baca perkongsian saya dengan bihun sup mudah dan ringkas ni, mana tahu ada yang berkenan untuk mencuba.
Resepi : Bihun Sup Ringkas Hasil Belian Dari Segi Fresh MartAdd caption |
Bahan-bahan
500 gm daging
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
½ inci halia
akar daun sup
1 bungkus rempah sup Adabi
Bahan untuk dikisar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Bahan perlu dicelur
1 bungkus Bihun cap Berkat
200gm Tauge
Fish cake (kalau suka)
Bahan hiasan :
daun sup/daun bawang dan bawang goreng
- Resepi Bihun Soto, baca SINI
- Resepi Kuetiaw Sup Chinese Style, baca SINI
Cara membuatnya:
- Daging direbus dengan air secukupnya hingga empuk dan sesiapa ada pressure cooker lagi mudah dan memang confirm daging tu empuk dengan cepat
- Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga kekuningan serta kulit kayu manis, bunga cengkih. Masukkan rempah sup Adabi dan biarkan hingga naik bau dan hingga pecah minyak.
- Masukkan daging yang telah direbus dan air. Renihkan hingga mendidih. Masukkan daun bawang dan daun sup. Tutup api dan masukkan garam secukup rasa.
Dah makan bihun, pasti ada minuman untuk menyegarkan badan yang seharian berpuasa kan dan maka jadilah air laici yang super ringkas tapi cukup sedap.
Bercerita pasal barangan keperluan di dapur, saya nak perkenalkan Segi Fresh Mart yang kita boleh dapatkan pelbagai keperluan dari ikan dan sayuran yang segar dan pelbagai stok makanan dengan harga yang cukup berpatutan. Patutlah ramai yang memilih Segi Fresh Mart untuk berbelanja dan memborong bukan untuk keperluan rumah tapi untuk meniaga jugak.
Paling menarik di Segi Freshmart ni, setiap hari ada promosi jualan murah dengan pelbagai pilihan yang cukup segar dan dengan harga yang berbaloi. Percaya tak yang hasil tangkapan saya di Segi Freshmart ni hanya berharga RM100 sahaja? tak percaya? apa kata pergi serbu ke Segi Freshmart yang berdekatan sekarang jugak! Selamat membeli belah dengan penuh kepuasan!
5 Comments
Looks interesting 😊 thanks for your sharing 😊
ReplyDeletei've always loved bihun sup
ReplyDeletewah kak fuzy,, buka puasa menu bihun sup.. x leh nak bayang kesedapannya tu,, mesti sedap .. bulan puasa memang tak lari kena top up awal2 barang dapo . ..selamat berpuasa kak :)
ReplyDeleteAlah sedapnya menu tu.. Pekat nampaknya kuah sup tu
ReplyDeleteanak nombor 2 je suka bihun...anak lain semua prefer mi kuning...mak dia semua bedal
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!