Kepah yang cukup segar saya beli di Pasar Sungai Haji Dorani tempohhari dan bila ditanya, mak cakap buat masak asam tumis lagi sedap. Kalau ikutkan saya akan buat sambal atau buat dengan air asam, mudah kan tapi memandangkan mak dah cakap gitu, tak salah pun kita tukar supaya dia dapat merasa sebaab kat KL bukan mudah nak dapat kepah apalagi kepah yang baru dinaikkan dari laut.
Mudah jer resepi Asam Tumis Kepah ni, dan bahan-bahan pun tak banyak. Jom memasak!
Resepi | Masak Asam Tumis Kepah |
Resepi masakan udang sambal istimewa
Resepi masakan pindang ikan
Bahan-bahan Untuk Dikisar
10 batang cili kering, direbus dan dibuang biji
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
½ inci halia
belacan
Bahan-Bahan Lain
300gm kepah
serai diketuk
1 cawan air asam jawa
½ cawan air (sekiranya perlu)
Cara mencuci Kepah:
Penuhkan air di dalam besen yang berisi kepah dan masukkan garam kasar. Rendam dalam 10-15 minit dan kemudian dibilas.
Cara membuatnya:
- Panaskan minyak didalam periuk dan masukkan serai hingga warna kekuningan dan naik bau
- Masukkan bahan yang telah dikisar, dimasak hingga pecah minyak.
- Masukkan air asam jawa dan direnih hingga jadi sedikit pekat
- Masukkan kepah dan air sebanyak ½ cawan (jika perlu). Pastikan jangan terlalu banyak air sebab kepah pun akan mengeluarkan airnya. Dimasak hingga mengelegak dan tutup api
- Masukkan garam tapi jangan terlalu banyak kerana kepah pun dah sedia masin
Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa!
4 Comments
WOW SEDAP SGT KEPAH SEGAR DIMASAK GITU
ReplyDeleteKalau dikampung saya mungkin namanya kerang putih ya
ReplyDeleteOkay lepasni boleh cuba. memang selama ni biasa masak sambal je hehe
ReplyDeletetak pernah masak macam nie.. menarik..
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!