Novel Promise Karya Ateen Khalid | Bak kata pepatah mencintai bukan untuk memiliki dan kalau sayang kita lepaskan supaya sidia lebih bahagia lebih selamat.
Pertama kali membaca karya Ateen Khalid dibeli oleh KY Amanda di BBW Kuantan lepas dan terus tersuka terus jatuh hati. Ateen Khalid pun ada blog dia, boleh jengah kat SINI
Review Novel : Promise - Ateen Khalid |
Ketika berada dalam keadaan terdesak, muncul seorang lelaki secara tiba-tiba lalu menghulurkan bantuan kepada Hanina Luthfia. Tanpa mengetahui nama lelaki itu, hanya senyumannya saja yang menjadi memori.
Takdir menemukan mereka sekali lagi. Malah lebih mengejutkan, lelaki itu sebenarnya mempunyai kembar! Wajah memang memang saling tak tumpah tapi, perangai bagaikan langit dan bumi.
Wafiy Sadiq… pemilik senyuman itu. Lemah lembut dalam berbicara. Hanina... dengan kata-kata dan dengan tindakannya.
"Awak kena yakin dengan apa yang ada pada diri awak. Bila awak yakin, awak akan sedar yang sebenarnya awak sangat berharga..okey? Saya janji saya kan buat awak rasa lebih barharga" - Wafiy Sadiq
Siddiq Wildan, si adik. Pemilik senyuman sinis. Annoying nak mampus! Hobinya suka menyindir orang dan kerap munculkan diri di hadapan Hanina
"Sudah-sudahlah tenung jari tu. Jari tu cukup ada sepuluh, kan Nak tenung sampai jadi sebelas jari ke? Ke..kau nk aku kurangkan jari kau jadi sembilan aje?' - Siddiq Wildan
Fikiran Hanina jadi kucar-kacir disebabkan mereka berdua! Kerana satu kejadian, perasaan Hanina menjadi turun naik. Marah, serba salah, terkilan semuanya bersatu!
Ada janji tercipta. Janji yang dikotakan, bahagia...dan janji yang tidak ditunaikan, sengaara dibuatnya. Namun, masih ada rahsia. Rahsia mereka berdua
Jasa si jejaka yang tidak sempat dikenali membantu memberikan tiket bas untuk pulang ke kampung sangat-sangat dihargai untuk Hanina hadir dihari pengkebumian ayah tercinta hanya senyuman terus lekat di ingatan.
Setelah sekian lama akhirnya bertemu jua Nina dengan sipemilik senyuman walau asalnya dia tersilap gerangan disebabkan rupa yang serupa. Rupanya si pemilik senyuman manis ada pasangan kembar seiras namun sidia pulak punya senyuman sinis. Wafiy Sadiq empunya senyuman manis yang tidak pernah Hanina Lutfia lupakan dan pertemuan kedua setelah sekian lama membawa Hanina ke frasa hidup yang berbeza, dikasihi dan disayangi!
Hidup Nina yang tinggal bersama ibu tiri, kakak tiri dan adik lelaki tiri berubah dengan kehadiran Wafiy yang sangat mengambil berat dan dalam masa yang sama kehadiran Sadiq si adik kembar sangat menyakitkan hati malah kemunculan Sadiq yang sentiasa melebihi Wafiy. Dah la selalu hadir lepastu sering menyakitkan hati namun dalam sakit hati meninggalkan kesan pada Nina. Kalau semua orang termasuk Wafiy memanggilnya Nina tapi Sadiq memanggil Nina dengan nama Lutfhia.
Kemunculan Sadiq yang serik menyakitkan hati dan terkadang menyeksakan dada membuatkan hati Nina libang libur. Malah sekali lagi hati Nina berasa tidak tenang tak kala diberitahu Sadiq akan berkahwin sewaktu dibawa Wafiy untuk mengenali ahli keluarganya. Pelik bila Sadiq pulak muncul memohon maaf kerana tidak memberitahu perihal pertunangannya.
Janji Nina pada diri untuk lebih mengasihi Wafiy sementara Wafiy sendiri bersungguh ingin melepasakan Nina dari belenggu keluarga tiri malah pernikahan Wafiy dan Nina akan dibuat lebih awal sebelum majlis pernikahan Sadiq dan tunangannya.
Kejadian persengketaan antara Sadiq dan tunangannya membuatkan Nina merasa pelik malah Sadiq yang menyedari kehadiran Nina meminta Nina jangan memberitahu sesiapa hingga membuatkan Nina rasa curiga.
Saya sentiasa cinta dan sayangkan awak. Dan rasa sayang ini takkan hilangm sampai bila-bila - Wafiy
Wafiy sungguh melayan Nina bagai Puteri tapi kejadian yang tidak disangka membuatkan Nina terus membenci Wafiy yang selama ini hanya bertopengkan dengan kebaikan, Bagi Nina, Wafiy sangat kejam pada dirinya tapi perbuatan Wafiy memerangkap Sadiq adalah lebih kejam. Sungguh Nina tidak menyangka Wafiy yang lembut selama ni cuma menipu menyayanginya malah dengan kejam menyerahkan Nina kepada Sadiq
Wafiy menghilangkan diri dihari pernikahan Sadiq dan Nina dan bila dia kembali tapi perubahan Wafiy cukup membuatkan si ayah marah dan membuat si ibu merana dan kematian Wafiy akhirnya membongkarkan kisah sebenar.
Review Novel : Promise - Ateen Khalid |
Review Novel : My Devil Husband - Fara Hana, klik SINI
Komen / Pendapat
Secara peribadi memang rasa sebak dan memang mengharapkan Wafiy sebaik mana dia tampilkan dirinya yang menyayangi dan mengambil berat gadis yang dicintainya. Tak pasti macam mana Wafiy boleh jatuh suka pada Nina padahal dia dikatakan lelaki yang suka mempermainkan wanita malahan Hana bekas tunang Sadiq adalah teman wanita/tunang Wafiy. Untuk menutup aib Sadiq bersedia mengambil tempat Wafiy tapi Hana tahu Sadiq tidak menyintainya lalu memutuskan pertunangan.
Memang benarlah ada pepatah mengatakan, mencintai bukan untuk memiliki dan kalau sayang kita lepaskan supaya sidia lebih bahagia lebih selamat. Arghh memang sakit rasanya bila akhirnya kita ketahui kisah sebenar. Boleh sesak di dada dengan perbuatan Wafiy dan sakit di dada Nina dan Sadiq sama bila kita mengetahui apa yang telah Wafiy lakukan. Pengorbanan yang susah untuk diterima sampai kita rasa ahhhh...
Entahlah kenapa boleh jatuh hati dengan kelembutan dan kebaikan Wafiy dan bila membaca novel ni sangat berharap Wafiy meninggal sebab penyakit yang tidak diketahui keluarga dan dia berbuat perangai disebabkan penyakit yang tiada harapan untuk sembuh dan bukan dibunuh dek kerana si abang geram dengan perbuatan Wafiy yang dikatakan mempermainkan adiknya.
Karya Ateen Khalid yang pertama kali dibaca dan terus tersuka untuk dapatkan karya yang lain-lain. Serius saya sedang mengumpul kesemua naskah Ateen Khalid dan buat masa in sudah ada 3 termasuk novel ni yang telah saya baca dan menanti masa untuk saya ulas dan ringkaskan.
1 Comments
comelnya cover dia.. memikat mata..
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!