Salam Aidil Fitri! Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan pada sahabat dan pembaca blog ni. Sekian hari entri ni dalam draft, dan hari ni berpeluang untuk publish sebab entah kenapa rasa sarat dan terlalu banyak yang nak dicerita sampai tak terluah.
Aidil Fitri 2019 Pertama Kali Tanpa Abah Menggamit Kenangan Bersama Abah |
Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2019 ni pertama tanpa Abah! Kenangan pagi Aidil Fitri 2018 yang mana abah kehilangan kederat dan detik abah tidak mampu makan dengan sendiri dan dipasangkan tiub di hidung masih di ingatan dan bila hati merelakan Abah pergi tak terasa bebanan di dada. Rindu? Sangat rindu dengan gurauan dan nak berborak dengan abah. Semoga abah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, ditempatkan di Jannah dan semoga boleh bertemu abah nanti.
Kenangan yang tak sempat dinukilkan disini tahun lepas walau hati nak sangat mencatatkan untuk kenangan dan bacaan anak cucu kemudian hari.
Hari Jumaat, 15 Jun 2018 akhir Ramadhan 1439H
Hari Khamis, usai selesai tugasan merendang ayam, menggulai daging dan dan mengetupat palas rutin mingguan giliran menginap di rumah mak pada setiap malam Rabu dan malam Jumaat tak boleh diabaikan walau malam Jumaat tu hari umat Islam menyambut 1 Syawal 1439H! Sejak sebelum Ramadan, Abah tak berapa sihat dan kurang makan, tak lalu makan walau kuih kegemaran disua dan bila makan je dia batuk. Abah masih boleh berjalan, tapi kena diperhati sebab dia kerap jatuh. Seperti biasa lepas berborak dengan mak sampai jam 11 malam, kena tidur sebab esoknya nak balik awal untuk siap apa yang perlu sebelum en suami ke masjid untuk solat Aidil Fitri. Abah? dah jarang duduk berborak sebab nampak tak sihat dan hanya berbaring malah Abah guna lampin pakai buang lebih kurang 2 bulan sebab dia kerap jatuh. Bila tiba waktu subuh, saya bergegas balik ke rumah dan berjanji dengan mak yang saya akan datang pagi esok selepas menyediakan juadah untuk suami dan anak untuk memandikan Abah.
Lebih kurang jam 8.30 pagi, selesai tugasan di rumah, terus cergas ke rumah mak dan pimpin Abah ke bilik air. Selesai Abah mandi, pimpin Abah balik ke bilik yang berjarak dalam kurang 20 langkah jer, tetiba abah tak boleh balancekan diri dan melorot jatuh,..ahhh walau abah dah kurus tapi bila dia tiada kederat kita memang tak boleh nak buat apa...abah melorot sampai melutut..mujur Abang Teh sampai dan bantu memapah abah ke bilik. Abah memang lemah, terlalu lemah!
Selesai tukarkan diapers and pakaikan baju, saya bagi abah makan tapi abah tak berselera. Mujur Kak Lang pun dah ada dan Kak Lang yang membantu untuk menyediakan juadah raya dan saya pulak balik ke rumah untuk bersiap untuk mandi dan pakai baju raya dan pastinya akan datang balik untuk beraya dengan mak dan abah bersama dengan anak-anak.
Rancangan bertukar! En suami balik ke rumah dari Masjid dan bagi cadangan kami beraya di Rembau dengan keluarga abangnya memandangkan dia dah lama tak jumpa abang dia kan yang menetap di Skudai. Ok, no problem, bukan nak tidur pun lagipun adik-beradik saya akan tiba di rumah mak lewat petang dan kami selalunya lepak sampai malam. So its fair kan.
Memang tak sangka jalanraya punya la sesak dan perjalanan ke Rembau yang memakan masa 45 min jadi 3 jam..hehe memang stress tapi dek sebab peluang untuk photoshot raya dengan suasana kampung, bertabah la kan.
Balik dari Rembau hari pun dah agak lewat petang, terus singgah ke rumah abah dan abah semakin lemah dan tak ada selera untuk makan. Bila makan jer dia batuk dan kami adik beradik bersepakat nak hantar abah ke Hospital Angkatan Tentera Tunku Mizan (HATTM) dan mujur Kak Uda bekerja dengan JPAM, jadi dapatlah Ambulance dengan agak cepat la jugak tapi dekat hampir waktu Maghrib.
Aidil Fitri 2019 Pertama Kali Tanpa Abah Menggamit Kenangan Bersama Abah |
HATTM bukan asing sebab memang acap kali Abah masuk tu tak termasuk sebagai pesakit luar memandangkan Abah pesara tentera. Mulanya ingat Abah akan diberikan drip dan akan kembali pulih tapi selepas diperiksa dan sesi temuduga oleh doktor bertugas, Abah akhirnya dimasukkan ke dalam wad kerana jangkitan kuman di paru-paru! Patutlah Abah batuk bila makan walau sikit sebab makanan tak masuk ke perut tapi ke paru-paru.
Dokor Pakar memberitahu, supaya kami bersiap sedia dengan segala kemungkinan dan mereka akan buat yang terbaik untuk Abah dan bermula la episod Abah minum dan makan melalui tiub yang dipasang. Abah dah terlalu berusia dan kalau dia gagal bernafas dengan sendiri, tiada mesin hayat dan Doktor tak akan gunakan alat untuk kejutkan jantung dia. Kami pasrah, kami menyerah dan berita diwar-warkan pada semua adik beradik yang kemudian datang menjengah walau dah tengah malam kerana Doktor sedang berusaha apa yang boleh.
Masih panjang perjalanan Abah masuk, keluar dan masuk balik ke HATTM dan InsyaAllah akan disambung nanti. Mak pulak, pastinya tak rasa tenang dan saya pulak mengambil tugasan dan melaporkan dari hospital memandangkan rumah pulak memang terlalu dekat dengan hospital. Anak-anak dan anak buah? haishh dah jadi macam hotel pulak hospital tu sebab kami boleh masuk sesuka hati.
- to be continued -
8 Comments
Ketiadaan yang takkan terganti kan kak..Allahu.
ReplyDeleteSayu kan beraya tanpa orang tersayang.. 😭
ReplyDeleteSama lh kita..raya per1 tanpa ayah..sob3.. Selamat Hari Raya
ReplyDeletebetul-betul kami rindu tokabah... pergi melawat ke kubur masa bulan puasa tu mmg hati sedih sangat... pertama kali beraya tanpa tokabah kesayangan..semoga roh tokabah ditempatkan dikalangan org2 beriman.. AMINNNNN
ReplyDeletei know the meeling kak.. alfatihah buat yg tiada huhuu
ReplyDeletesaya tahu perasaan tu, ayah saya tiada pada 1 ramadhan 12 tahun yang lalu genap sebulan 1 hari lepas emak pergi walaupun dah 12 tahun tapi masih tak dapat nak dilupakan.
ReplyDeleteMoga ayah kita ditempatkan dikalangan org2 yang beriman dan beraml soleh
Selamat hari raya kak.. Al fatihah buat arwah ayah akak.
ReplyDeletealfatihah, selamat hari raya maaf zahir batin kak ye
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!