Istiadat Pertabalan Agong ke 16 - Dirgahayu Tuanku

Istiadat pertabalan Yang DiPertuan Agong ke 16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berlangsung hari ini 30 Julai 2019 di Istana Negara semestinya menjadi pengalaman manis buat DH dan team FINAS boleh menarik nafas lega dan berehat untuk tugasan yang seterusnya. Memang teruja kalau mendengar dan DH berkongsi aktiviti sepanjang pembabitan dia dan rakan sekerja. Sebenarnya bukan pertama kali untuk DH bertugas dalam upacara ekslusif ni antaranya pertabalah YDP ke 14, 15, cabutan undi pemilihan YDP, pertabalan Sultan Perak, Sultan Kedah pun DH pernah bertugas. Nampak nau DH ni dah makin tua kan...tapi memang rezeki dia menyimpan kenangan dan pengalaman untuk semua acara berprestij tu.  Alhamdulillah

Istiadat Pertabalan Agong ke 16
Seminggu kot, DH dan team FINAS berkampung kat Istana Negara tu tak termasuk mengikuti aktiviti Raja Permaisuri Agong dan pengambaran di Pahang dan Terengganu, jadi memang senyum lebar la walau nampak muka setiap team tu penat.

Istiadat Pertabalan Agong ke 16
Foto kredit to : nadzley_amn
Segak-segak dan kacak semua panglima Melayu semua ni dan pastinya DH la yang paling menawan! hehe siapa lagi nak puji suami sendiri kan!. Menariknya istiadat kali ini para petugas dimestikan memakai baju melayu berwarna hitam lengkap dengan sampin, tanjak dan keris.  Mujurlah kat rumah ada keris pusaka yang DH ambil dari rumah Allahyarham Ayah mertua. Tak tak tanjak yang dipakai mereka ni dinamakan Dendam Tak Sudah..hurmm nampak gaya kena cari kenapa la dinamakan gitu kan.

Ralat jugak DH sebab dia lupa nak sematkan pingat yang dia dapat semasa istiadat pertabalan Agong ke 14 dan YDP ke 15.


Istiadat Pertabalan Agong ke 16
Foto kredit to : nadzley_amn
DH dan antara teammate FINAS yang sempat bergambar bersama Datok Paduka Maharajalela Istana Negara, Azuan Effendy Zairakithnaini di Istana Negara. Sebenarnya tiap-tiap hari DH kongsi gambar dia keluar masuk Istana Negara tu..macam check-in, check out hotel jer..hehee

Kuala Lumpur - Pahang - Terengganu - Pahang - Kuala Lumpur
Istiadat Pertabalan Agong ke 16
Foto kredit to : nadzley_amn
Antara rakaman yang dibuat di sekitar Pekan, Istana Sultan Abu Bakar, Muzium Sultan Abu Bakar, Royal Pahang Polo Club dan banyak lagi. Jenuh nak letak gambar dan cerita kat sini. hehe


Istiadat Pertabalan Agong ke 16
Foto kredit to : nadzley_amn
Istana Mangga Tunggal, Pekan dibina pada tahun 1920 di zaman pemerintahan Sultan Abdullah Al Mu'tassim Billah.  Istana satu tingkat yang diperbuat daripada kayu dan beralaskan tian batu terletak berdekatan dengan Istana Abu Bakar.


Istiadat Pertabalan Agong ke 16
Foto kredit to : nadzley_amn
Nobat yang dimainkan semasa upacara istiadat pertabalan didatangkan khas dari Istana Syarqiyyah, Chendering, Terengganu dan gambar ni saya dah lama dapat tapi tak boleh dikongsi sebelum pertabalan.

Foto kredit to : nadzley_amn
Istiadat Pertabalan Agong ke 16
Foto kredit to : nadzley_amn
Siapa tak kenal Datuk Rizalman Ibrahim kan, pereka fesyen negara juga merupakan tukang jahit Diraja selama 15 tahun telah diberikan kepercayaan untuk mereka busana buat Tuanku Permaisuri Agong dan anak-anak. DH teruja bercerita dan saya pun teruja tengok butik Rizalman ni yang seakan butik yang terletak di luarnegara.

Foto kredit to : nadzley_amn

Kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan DYMM Raja Permaisuri Agong, DAULAT TUANKU


Post a Comment

4 Comments

  1. Bestnya..cantik Istana Mangga Tunggal..sgt klasik..

    ReplyDelete
  2. Wah seronoknya dapat jadi sebahagian dari sejarah negara :) kenangan berharga sangat tu.

    ReplyDelete
  3. Daulat Tuanku...

    Bestnya dapat pengalaman macam ni. LeYa pun ada tanam impian nak rasa pengalaman macam ni. Tapi tak tau lah bila kan

    ReplyDelete
  4. Uniknya nama tanjak tu..kenapa agaknya dinamakan sebegitu ye..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!