Adakah Ada Penyelesaian Bila Link Blog Dinafikan di Facebook Dan Instagram ? | Rasa teraniaya bila link blog tak boleh dikongsi di social media sendiri! Sakit hati! Geram yang tak terhingga! Entah la rasa dah fed up yang tak terkata bila dua minggu lepas cuba nak kongsi link posting blog terkini di Facebook mahupun di Instagram malahan direject kerana dikatakan bertentangan Community Standards!
Kat bawah tu dikatakan kalau ianya tidak benar, sila beritahu! dan bagitau tapi hingga kini masih tak boleh kongsi..serius tertekan walau saya bukan rajin pun share link posting terkini di mana-mana group FB mahupun FB atau page sendiri.
Adakah Ada Penyelesaian Bila Link Blog Dinafikan di Facebook Dan Instagram ? |
Adakah Ada Penyelesaian Bila Link Blog Dinafikan di Facebook Dan Instagram ? |
Ok, done report tapi betul kah pihak Facebook akan ambil perhatian? Hanya redha dan tawakkal!
Baru-baru ni sewaktu menghadiri event dengan rakan blogger, memang sesi bercerita perihal blog antara bual bicara, rupanya ada jugak yang mendapat masalah gitu..haru! Dan bila blogger Hanny menyarankan untuk cuba masukkan ke debug, terus terasa harapan hehe.
Tak pasti betul atau tidak link ni https://developers.facebook.com/tools/debug/ tapi rasa betul bila google menunjukkan link yang sama. Tak rugi mencuba kan!
Adakah Ada Penyelesaian Bila Link Blog Dinafikan di Facebook Dan Instagram ? |
Adakah Ada Penyelesaian Bila Link Blog Dinafikan di Facebook Dan Instagram ? |
Memang menyedihkan! Harapan menggebu bertukar menjadi ala gunung berapi alkisahnyaa..
Adakah Ada Penyelesaian Bila Link Blog Dinafikan di Facebook Dan Instagram ? |
Tapi dicuba juga untuk letak link blog dan seakan ada yang positif, mungkin sebab dah bagitau yang link tu. Tarik nafas, hembus dan relax!
19 Comments
Good sharing. Sis pun alami masalah yg Sama huhu
ReplyDeletesy baru nak post entry pun tak dapat juga.. tak tahu kenapa huhu
ReplyDeleteRamai yang hadapi masaalah yang sama, Sis pun dah kena sebelum ni, macam ada orang report aje..tapi Sis buat je aduan kat FB, dah lupa letak ayat apa...then tak sampai seminggu okay dah..termasuk gak kat pages..
ReplyDeletesampai sekarang tak boleh ye kak?
ReplyDeletedulu masa ada networkblogger tu dia auto share kan post blog kita ke FB. Lepas benda tu dah takde saya pun tak share dah link blog ke FB.
ReplyDeleteRamai juga ye yang kena mcm ni. Agak menyusahkan.
ReplyDeleteSaya pun pernah ada masalah tak boleh share link blog di FB. Sampai akaun FB dan Instagram tak boleh digunakan untuk komen dan like post. Lepas sebulan buat report, barulah akaun berfungsi macam biasa. Tapi saya dah malas nak share link blog. Just letak di bio je. Takut masalah berulang.
ReplyDeletePernah juga jadi.. Tapi lama lama lepas tu cam okay balik..
ReplyDeletetak pernah dengar isu ni.. CT jarang post di FB personal just kat page blog. tapi jarang2 sesekali saja. hope dapat selesaikan cepat..
ReplyDeletealhamdulillah so far belum pernah terkena lagi.. bole bookmark entri ni just in case tiba2 kena macam ni.. tq for sharing sis
ReplyDeletebengang kanns.. huhuhu
ReplyDeletesama lah umi. kc pun kena macam ni sekarang. asyik dilabel spam je. sobsobbb.
ReplyDeleteSaya dah banyak kali kene macam ni, fb bot suspect spam. Dah buat report byk kali pon still tak dapat unblock. Tgh pikir jugak skrg nak buat macam mane...
ReplyDeleteProviding high-quality contextual backlinks from high authority sites means your content is more likely to rank high on the search engines.PBN In return, this means more traffic, more revenue and more leads for your brand or business. We manage 200+ reliable PBN domains to help you achieve the unattainable task very easily!
ReplyDeletesaya pun sama..huhu
ReplyDeletedah sebulan blog takleh sharing kat FB. Saya cuba kekdah ni...tq bg info
ReplyDeleteharap dapat membantu tapi untuk saya dalam masa +- 2 minggu kot baru dapat balik untuk letak link tu...memang stress masa tu walau sy bukan la rajin letak link..
Deletepun hadapi benda yang sama
ReplyDeleteBlog sya mnghadapi masalah yg sama...dh send report kt fb tapi belum dpt jwapan..aduh..rasanya tak pernah share di fb pun.bila nk share kena blok pula
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!