Apakah Kita Sedar Hidup Kita Bagai Kertas

Assalammualaikum, salam Jumaat yang barokah | Apakah Kita Sedar Hidup Kita Bagai Kertas




Hidup yang bagai kertas.

Kehidupan kita berkesinambungan  dengan kertas-kertas.
Seiring waktu yang berlalu, dirobek, kemudian dibuang.

Dunia itu semuanya terdiri dari kertas-kertas.

Berapa banyak orang bersedih kerana "kertas-kertas" yg dimilikinya.

Dan berapa banyak orang begitu bahagia dengan "kertas-kertas" yang dimilikinya. Wang, sijil-sijil yang begulung-gulung.

Sedar tak kita ada satu lembaran kertas yang tidak akan dilihat oleh kita sebagai pemiliknya, iaitu:

  • Sijil Kematian Kita
  • Kertas Catatan Amalan kita


Maka persiapkanlah untuk menerima kertas itu, kerana itu adalah "KERTAS" terpenting dan terakhir.

Sahabat Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anhu berkata:
Dua hal yg tidak akan kekal dalam diri seorang mukmin: *masa mudanya dan kekuatannya.

Dan dua hal yang berguna untuk setiap mukmin: akhlak yang mulia dan jiwa yang lapang.


Ada tiga fasa hidup yang nampak unik:

1. Masa remaja: kita punya waktu dan kekuatan tetapi tidak berduit.

2. Masa bekerja: kita punya harta, kekuasaan dan kekuatan, tetapi tidak cukup waktu.

3. Masa tua: kita punya harta dan punya waktu, tetapi tak ada kekuatan, tidak lagi berkuasa.
.

Inilah kehidupan, ketika kita mendapat sebuah nikmat. Maka akan hilang nikmat lainnya kecuali bagi kita yg mahu bersyukur.

Barangkali kita merasa bahawa kehidupan orang lain, selalu lebih baik dari kehidupan kita!

Sementara orang lain pun meyakini, bahwa kehidupan kita lebih baik dari mereka.

Hal itu disebabkan kita melupakan hal yg sangat penting dalam hidup kita, iaitu bersikap Qana'ah (mensyukuri apa yang kita miliki). Mahupun kita didalam kesulitan. 
.
Seandainya ada kedai yang menjual kebahagiaan, kita akan melihat orang-orang akan berebut mendatanginya, kemudian membelinya meskipun sanggup dengan harga yang begitu mahal.

Mereka lupa bahawa kebahagiaan itu ialah dengan menyempurnakan rasa syukur dan sabar menerima takdir kehidupan ini dikala kesusahan maupun didalam waktu senang lenang.
diiringi do'a dalam setiap langkah2 usaha kita.

Beribadah kepadaNya dengan ketundukan dan kepatuhan.

Sedarilah bahwa masih ada satu "kertas" lagi yg akan kita terima
iaitu kertas catatan amal ibadah kita dan catatan dosa-dosa kita.

Semoga dengan tulisan ini, menjadi indikator kepada kita, agar sentiasa bersedia dengan ilmu yang benar dan sahih dalam menghadapi cabaran *KERTAS yang mampu menguasai harga diri seseorang di sana nanti.*

Barakallahu fikum.

#peringatanbuatdiri #muhasabahdiri

#copypaste

Post a Comment

6 Comments

  1. Salam Jumaat Umi Fuzy..😁😁 Semoga perkongsian ini bermanfast kepada semua

    ReplyDelete
  2. Terima kasih untuk perkongsian.

    ReplyDelete
  3. Sedihnya baca kak..semoga mati kita nanti dalam husnul khatimah..aamiin..

    ReplyDelete
  4. allahuakbar T_T moga kita mendapat keberkatan sentiasa..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!