Resepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis Bersantan Sedap Berlemak | Setiap kali membuat sambal tempoyak tumis ni, pasti akan dibuat lebih supaya boleh dimakan dengan roti macam letak kaya atau jem..siapa pernah buat macam ni? hehe
Memandangkan musim durian dah hampir ke penghujungnya tapi buah durian yang masih berbaki dijadikan tempoyak. Tapi sebenarnya tempoyak dengan durian mahal mcm IOI, D24 ni sebenarnya kurang sedap dibuat tempoyak sebab rasanya agak manis walau dah jadi tempoyak berbanding dengan durian kampung, rasa tempoyak akan jadi lebih masam dan bila dibuat sambal memang menggiurkan.
Resepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis Bersantan Sedap Berlemak |
Resepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis Bersantan Sedap Berlemak
Bahan-bahan100gm ikan bilis, dibilas dan ditoskan
2 helai daun kunyit, dihiris halus
1 cawan santan
Bahan untuk ditumbuk/dikisar
15 biji cili api, kalau suka pedas boleh letak lebih banyak
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sudu tempoyak
1 inci kunyit hidup
Resepi : Sambal Tempoyak Ikan Bilis Bersantan |
Cara membuatnya:
- Ikan bilis dibersihkan, dibasuh dan ditoskan. Bila sudah kering, goreng ikan bilis dan letakkan di mangkuk
- Tumis bahan yang ditumbuk/dikisar dengan minyak yang sama menggoreng ikan bilis tu tapi pastikan api sederhana dan serai yang diketuk
- Masukkan tempoyak, daun kunyit dan dikacau hngga pecah minyak
- Masukkan santan dan kacau hingga sebati. (Kalau tak nak letak santan pun boleh, terpulang ikut kesukaan)
- Bila nampak sudah pecah minyak, masukkan ikan bilis yang digoreng tadi, kacau seketika dan tutup api. Letak sedikit garam tapi jangan banyak sebab ikan bilis pun ada masin jugak. Siap!
Nota :
- Bagi peminat petai atau terung pipit, boleh la masukkan semasa masukkan tempoyak tu.
- Saya suka bahan-bahan tu ditumbuk kerana rasanya lebih sedap dan bahan-bahan tu akan terlalu halus kalau dikisar.
Selamat mencuba!
250720 / 193
5 Comments
sedap nye resepi kak.. berbalas kunjungan ;)
ReplyDeleteKak Fuzy...ni fav SA ni....sedapnyaaaaa...tapi x leh makan sementara waktu ni...kena pantang lagi 2.5 month...
ReplyDeletesedap ni.. makan dengan nasi panas..:-)
ReplyDeletesedapnya...eh baru je haritu buat menu ni..cari resipi kat google..Lebih kurang sama je cuma saya tak guna santan..
ReplyDeletesedapnya...eh baru je haritu buat menu ni..cari resipi kat google..Lebih kurang sama je cuma saya tak guna santan..
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!