Kempen membeli-belah tahunan utama Shopee tawarkan
penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM9; umumkan Cristiano Ronaldo
sebagai duta jenama terbaru
Dalam tempoh setahun lepas, pihak kerajaan telah melancarkan beberapa inisiatif
untuk mengurangkan kos sara hidup di Malaysia. Satu inisiatif yang dilaksanakan
baru-baru ini ialah penubuhan Jawatankuasa Tindakan Kebangsaan E-dagang oleh Majlis
Tindakan Kos Sara Hidup Negara. Matlamatnya adalah untuk menggalakkan dan
mengukuhkan penggunaan e-dagang lantas mengenepikan peranan orang tengah dalam
usaha mengurangkan kos barangan pengguna.
Untuk mencapai
matlamat ini, pihak kerajaan telah bekerjasama rapat dengan Shopee, platform
e-dagang yang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, dalam usaha mencari cara
untuk mengurangkan kos sara hidup bagi rakyat Malaysia. Salah satu daripada
usaha Shopee untuk berganding bahu dengan para peniaga runcit Malaysia adalah
mengurangkan sekatan terhadap penglibatan umum dalam ekonomi digital. Tambahan
lagi, kos mengendalikan perniagaan di dalam talian jauh lebih rendah. Dengan
ini, Shopee menggalakkan para peniaga runcit untuk berkongsi penjimatan kos
dengan pembeli, lantas menjadikan beli-belah dalam talian lebih termampu bagi
pengguna. Hasilnya, pengguna dapat melihat purata penjimatan sebanyak 20% untuk
barangan keperluan harian apabila mereka membeli-belah di Shopee pada hari
biasa, dengan potensi penjimatan sehingga 90% semasa kempen membeli-belah utama
seperti 9.9 Super Shopping Day.
Akan berlangsung
dari 19 Ogos hingga 9 September 2019, kempen
ini membawakan tawaran dan diskaun hebat meliputi pelbagai kategori daripada
jenama seperti Nutox, HP, L'Oréal,
Vinda, Photobook Malaysia, Enfagrow, Universal Traveller, realme, Mr DIY dan
Nestle. Untuk terus mendorong penggunaan e-dagang dan menggalakkan
rakyat Malaysia memanfaatkan penjimatan ini, Shopee akan menurunkan
perbelanjaan minimum untuk penghantaran
percuma kepada RM9.
Mengalu-alukan
inisiatif itu, Song Hock Koon, Pengarah E-Dagang, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia, berkata, "Salah satu
objektif MDEC adalah untuk menggalakkan penglibtatan rakyat Malaysia dalam
ekosistem digital kerana inisiatif sedemikian akan membantu mempercepatkan
penggunaan e-dagang dalam keadaan yang mampan dan kos efektif. Kami sentiasa
berbesar hati untuk bekerjasama dan menyokong pergerakan industri dan
mempercayai bahawa inisiatif terbaru ini akan memberi inspirasi kepada usaha
keusahawanan digital."
Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee berkata, “Misi Shopee
sememangnya untuk membawa kesan positif kepada masyarakat tempatan dengan cara
yang bermakna dan mampan menerusi inisiatif seperti kempen jualan kami yang
akan membolehkan rakyat Malaysia terus membeli-belah dan mendapatkan barangan
keperluan tanpa perlu mengeringkan kocek. Pada masa yang sama, saya
sukacita untuk mengumumkan kerjasama Shopee dengan duta jenama terbaru kami,
Cristiano Ronaldo. Penyertaan beliau dalam Shopee menandakan mercu jaya penting
bagi kami. Ini menjadikan kami lebih daripada sekadar sebuah platform
membeli-belah kerana kami terus memberi inspirasi kepada pengguna dan
mendekatkan mereka dengan bintang-bintang dan selebriti yang terbesar di dunia.”
Pada hari
pelancaran 9.9 Super Shopping Day di
Grand Hyatt Kuala Lumpur, Shopee mengumumkan duta terbarunya, Cristiano Ronaldo. Sebagai salah
seorang atlet yang paling hebat, beliau adalah inspirasi kepada ramai dan
dedikasinya untuk bola sepak bergema dengan komitmen Shopee terhadap
penggunanya. Beliau akan bekerjasama dengan Shopee di tujuh pasarannya dalam
pelbagai aktiviti untuk melibatkan diri dan memberi inspirasi kepada orang
ramai di rantau ini.
Kempen 9.9 Super Shopping Day menjanjikan
promosi hebat dan hiburan menarik selama tiga minggu dan juga keistimewaan
eksklusif yang dibawakan oleh para pemain industri terkemuka:
●
Jualan Kilat Shocking Sale - 9 kali sehari, nikmati tawaran serendah RM1.
●
Pek Baucar Hebat RM9.90 – Bayar RM9.90 untuk
menikmati baucar daripada Shopee, Agoda, dahmakan, Dal.komm Coffee, ZEN Rooms,
Grab, BBQ Chicken, Victoria Station, Kkday, Recommend.my, Muslim Pro, MBO,
Dunkin Donuts serta Teppanyaki dan dapatkan penjimatan sehingga 17x jumlah wang anda dibelanjakan.
●
“One or Not” - 21 motosikal Yamaha, 1 Honda
City dan banyak lagi hanya untuk RM1. Jika pelanggan tersebut bukan pembeli
terpilih, Shopee menjamin bayaran balik penuh.
●
Pemegang kad Standard Chartered Mastercard –
Potongan RM15 dengan perbelanjaan minimum RM120. Sah dari 19 Ogos hingga 9
September.
●
Shihlin Taiwan – Beli 1 dapat 1 paket percuma Crispy Chicken Cracklings (Ayam Goreng
Rangup)
●
Wonda Coffee – Rangkaian produk baru eksklusif
terlebih dahulu di Shopee, dengan harga pengenalan promosi untuk 300 pelanggan
pertama.
●
Dunkin Donuts – 2,000 pelanggan pertama dapat
menikmati promosi RM0.99 untuk 1 Donut bernilai RM3.50 hanya pada 9 September.
●
Burger King - Dapatkan set Whopper Jr &
Cheeseburger, minuman dan kentang goreng hanya untuk RM9.90.
●
The Alley – Nikmati teh susu boba eksklusif
dari RM9.
●
Häagen-Dazs – Nikmati secedok aiskrim pada
harga RM9.90 dan dua cedok pada RM19.
●
Wakil Penjual Sah Hong Leong Yamaha – Nikmati
diskaun eksklusif sehingga 30% bagi pembelian motosikal Yamaha termasuk Yamaha
NVX, Y15zr dan LC135 pada 9 September.
●
BH Petrol dan Mydin akan memberikan 100 tiket
bernilai RM35,000 untu saksikan Dato' Sri Siti Nurhaliza secara langsung di
Konsert Mini SimplySiti X Shope.
Ketahui lebih
lanjut mengenai duta jenama terbaru Shopee di:
Dapatkan maklumat lanjut tentang 9.9 Super Shopping Day di https://shopee.com.my/m/99
2 Comments
menarik ni. dah beli beberapa barang semalam haha. iklan Ronaldo nyanyi lagu shopee pun menarik. good idea la shopee :D
ReplyDeletehttps://thejagungspirasi.blogspot.com/2019/08/segmen-refresh-my-bloglist.html
saya dah beli dah...alhamdulilah free shipping..hhehe
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!