"Travel With Peace of Mind" - Kembara Halal Eropah Mood Travel Dan Juara Travel | Syarikat pelancongan MoodExpert Travel & Tours dan Juara Travel telah memperkenalkan pakej Kembara Halal Eropah di Majlis Hi-Tea bertempat di Restoran D'Saji Titiwangsa baru-baru ini.
Program Kembara Halal Eropah (KHE2019) ini adalah sebahagian inisiatif dari syarikat Mood Trvel untuk memberi peluang kepada agensi-agensi pelancongan yang berdaftar dengan BUMITRA Malaysia mengambil peluang keemasan bagi meluaskan perkhidmatan pelancongan sedia ada dan meningkatkan jualan syarikat. Komisen yang ditawarkan adalah sangat lumayan dan boleh mencecah sehingga RM6,000 dan apa yang menarik agensi pelancongan yang menyertainya akan diberikan sokongan dari segi teknikal dan lain-lain keperluan..sungguh menarik!
Majlis yang dilancarkan oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Musa Yusuf dan turut dihadiri oleh Mohd Ali Bin Ab Malik (Presiden Bumitra), Muhammad Arif Atiq Bin Ahmad Suzaili (Ketua Pengarah Eksekutif Mood Travel), Tuan Ahmad Suzaili Bin Shaari (Ketua Pengarah Kewangan, Mood Travel), Muhammad Faris Nazmi Bin Ahmad Suzaili (Ketua Pengarah Operasi Mood Travel),
Hj Mazlan Bin Mansor (Pengarah Urusan Juara Travel), Muhammad Faiz bin Abd Halim (Pengurus Besar Juara Travel), Hazli (Eksekutif Jualan Ethihad Airways) dan Su Anne (Country Manager Etihad Airways)serta dihadiri oleh wakil agensi pelancongan yang berdaftar dengan BUMITRA Malaysia.
Antara perkhidmatan pelancongan yang dijalankan oleh Mood Travel adalah
- B2B (Business To Business)
- Private
- MICE
Kenapa dan mengapa Mood Travel menjadi pilihan
- Pengangkutan - kenderaan yang selesa dengan ruang tempat duduk yang luas dan selesa, dilengkapi dengan tandas didalam bas, kenderaan yang boleh memuatkan sehingga 55 orang pelancong dan semestinya pemandu Eropah berlesen dan mesra pelanggan.
- Tempat Tinggal - Hotel yang disediakan bertaraf 3 bintang yang selesa untuk beristirehat, luas, strategik, dilengkapi wifi dan pelbagai kemudahan lain demi keselesaan pelanggan
- Makanan Halal - Menjadi tanggungjawab pihak Mood Travel menyediakan makanan halal jadi tak perlu risau sebab antara makanan yang disediakan semestinya masakan Melayu seperti Nasi Lemak, Nasi Kerabu, Nasi Dagang dan bukan mee segera yang akan menjadi juadah walau di negara asing.
- Solat - Sepanjang perjalanan dan penjelajahan ke Eropah, peserta dipastikan dapat mengerjakan solat di awal waktu dan tazkirah akan diberikan pada waktu yang bersesuian
- Pemandu Pelancong - Pemandu Pelancong yang bertugas adalah mereka yang tinggal di United Kingdom lebih 10 tahun dengan pengalaman mengendalikan lebih dari 40 perjalanan ke Eropah, mesra pelanggan dan semestinya fasih berkomunikasi dan berinteraksi dalam Bahasa Melayu.
- Membeli Belah - Masa untuk membeli belah diperuntukan demi kepuasan pelanggan dan semestinya tiada had dengan pilihan yang pasti memberikan kepuasan.
Antara pakej yang diperkenalkan
- Western Europe -pakej 6 negara; England, France, Belgium, Jerman, Netherland dan Switzerland
- Northern Europe - pakej 4 negara; Sweden, Norway, Denmark dan Finland
- Southern Europe - pakej 4 negara; Sepanyol, Itali, Bosnia Herzegovina dan Greece
- Central Europe - pakej 5 negara; Jerman, Republik Czech, Hungary, Slovakia dan Austria
- Eastern Europe - pakej 4 negara; Russsia, Belarus, Romania dan Moldova
- Lain-lain Destinasi - Pakej dalam negara, New Zealand, Australia, Turki, Iran, Afrika Selatan, Vietnam, China, Uzbezkistan, Thailand dan pelbagai negara lain
Kepuasaan Anda, Keutamaan Kami
www.moodtravel.co.uk
03-8922 9376 / 018-380 7828
Lot A-2-7A, Blok A, Ostia Bangi, Seksyen 14, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan
#TravelWithPeaceOfMind
1 Comments
Mudahlahbtravel lepas nie..
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!