Aplikasi theAsianParent Portal Keibubapaan Menjawab Persoalan Dengan Ganjaran | Sungguh beruntung para ibu bapa hari ini dengan adanya app theAsianparent yang telah dilancarkan baru-baru ini.
Portal keibubapaan yang direka bagi membimbing ibu bapa Asia ini adalah yang terbesar di Asia Tenggara dengan rangkaian bulanan mencecah lebih daripada 25 juta pengguna. Ianya direka bagi membimbing ibu bapa Asia dan membolehkan pengguna berhubung dengan pelbagai peringkat didalam perjalanan seorang ibu Asia - daripada tahap pembenihan hingga hamil kepada penyusuan anak dan kemuncaknya membesarkan anak-anak yang riang, sihat dan berkeyakinan.
Pastinya bagi mereka yang bakal menjadi ibu dan pertama kali menjadi ibu bapa berdepan dengan persoalan-persoalan mereka sendiri apabila mengandung. Pelbagai persoalan tentang soal pemakanan seperti apakah elok memakan nasi lemak semasa hamil? Berapa berat anak dalam kandung? Mungkin seberat biji longan, jambu atau limau bali? Pastinya para ibu dan bapa akan mendapat jawapan akan persoalan menerusi komuniti yang terdapat di dalam aplikasi theAsianparent ini
"Kami tertumpu kepada usaha memperkasakan ibu bapa Asia dan menyediakan mereka dengan alat-alat untuk membimbing perjalanan mereka sebagai ibu bapa. Menerusi app kami, kami berusaha membawa ciri-ciri komuniti dan ruang selamat bagi ibu bapa yang semakin teguh mengamalkan gaya hidup digital" Serina Sue, Timbalan Pengurus Negara theAsianparent Malaysia
Aplikasi theAsianParent Portal Keibubapaan Menjawab Persoalan Dengan Ganjaran |
Jadi tunggu apa lagi, muat turun aplikasi theAsianparent di Playstore atau App Store dan dapatkan pelbagai ganjaran menarik yang sentiasa dikemaskini
Aplikasi theAsianParent Portal Keibubapaan Menjawab Persoalan Dengan Ganjaran |
Direka khusus bagi memenuhi keperluan ibu bapa Asia, app theAsianparent memaparkan ciri-ciri penjejak kehamilan dan bayi yang memantau perkembangan harian dan juga memberikan maklumat penting seperti jangaan simpton dan peringatan yang ibu-ibu mungkin perlu lakukan. Malah selepas beranak, biu bapa boleh terus menjejak perkembangan anak mereka sehingga ke usia enam tahun.
Dilengkapi dengan panduan komprehensif mengenai makanan dan nutrisi, app theAsianparent juga membantu ibu bapa memilih makanan yang sihat semasa tempoh kehamilan dan menwarkan nasihat mengenai makanan berkhasiat terbaik untuk bayi. Senarai penuh ini turut merangkumi rujukan makanan tempatan seperti nas lemak dan sirap bandung, supaya ibu-ibu di Malaysia sentiasa boleh yakin dengan makanan yang mereka makan.
Sebagai tambahan kepada forum sokongan komuniti dan panduan menyeluruh serta artikel app theAsianparent turut menawarkan pengguna platform untuk bertanya kepada pakar perubatan dan mendapatkan jawapan mengenai soal berkaitan kehamilan dan keibubapaan sambil mempelajari lebih lagi mengenai perubatan, kesihatan dan kesejahteraan. Pengguna digalakkan untuk mengemukakan soalan pada aplikasi dan berinteraksi secara terus dengan pakar perubatan daripada Sunway Medical Centre Velocity dan DoctorOnCall untuk mendapatkan pemahaman lebih baik mengenai penyakit, vaksinasi dan juga alahan yang biasa berlaku kepada kanak-kanak.
Community
Pengguna boleh memilih pelbagai topik bagi bertanya sebarang persoalan yang timbul di dalam senarai antaranya :
Media
Terdapat koleksi dalam bentuk video buat si ibu yang punya persoalan antaranya tentang kehamilan , story telling dan rhyme buat si bayi yang cukup menarik
Ganjaran buat penggunaCommunity
Pengguna boleh memilih pelbagai topik bagi bertanya sebarang persoalan yang timbul di dalam senarai antaranya :
- Just Mums
- Just Dad
- Random Talk
- Recipe Sharing
- Baby
- Toddler
- Bigger Kids
- Breastfeeding
- Preschooler
- Buy & Sell
- Pregnancy
- Trying to conceive
Aplikasi theAsianParent Portal Keibubapaan Menjawab Persoalan Dengan Ganjaran |
Media
Terdapat koleksi dalam bentuk video buat si ibu yang punya persoalan antaranya tentang kehamilan , story telling dan rhyme buat si bayi yang cukup menarik
Aplikasi theAsianParent Portal Keibubapaan Menjawab Persoalan Dengan Ganjaran |
Contest
Jangan lepaskan peluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik hadiah menarik antaranya penginapan di hotel, produk kecantikan dan banyak lagi
Aplikasi theAsianParent Portal Keibubapaan Menjawab Persoalan Dengan Ganjaran |
Pengguna aplikasi yang menjawab soalan di dalam forum komuniti ataupun mengundi di dalam pengundian boleh mengumpul mata dengan berinteraksi di dalam aplikasi theAsianparent dan berpeluang mendapat ganjaran menarik dengan menebus mata menerusi bonus ShopBack, langganan iflix dan kredit e-dompet Boost dan banyak lagi
Laman sesawang : https://my.theasianparent.com/
Facebook : https://www.facebook.com/theAsianparentMY/
Instagram https://www.instagram.com/theAsianparent_my
Aplikasi theAsianParent Portal Keibubapaan Menjawab Persoalan Dengan Ganjaran |
Terima kasih tak terhingga buat penaja yang menaja semasa majlis pelancaran aplikasi theAsianparent antaranya Sunway Medical Velocity, MeBooks Asia, Fitlicious, Waka Waka, Grab dan Photobook.
Mengenai theAsianparent Malaysia
theAsianparent Malaysia merupakan rangkaian penerbitan di bawah Tickled Media Pte Ltd. Bermula pada bulan September 2009,theAsianparent kini menjadi laman web ibu bapa terbesar di Asia Tenggara. Ia adalah komuniti dalam talian percuma yang disasarkan kepada ibu bapa dan ibu bapa di bandar yang tinggal di Asia atau warisan Asia. theAsianparent boleh didapati di 12 negara dan 11 bahasa: Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia, Thai, Filipina, Vietnam, Hindi, Tamil, Cina, Sinhala, dan Jepun.
5 Comments
Thanks for share
ReplyDeletememang selalu singgah website ni jugak. banyak info
ReplyDeleteBest dapat byk gift. Ibu2 seronok dapat guna apps sambil menabung poin
ReplyDeleteBanyak info ana dpt dr apps ni kak. Memang wajib download pada semua para ibu dan bakal2 ibu / isteri.
ReplyDeleteBagus betul apps ni, selain kita dpt info ttg parentings, kita pun boleh dapat gift lg...
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!