Novel Sweet Dreams - Acik Lana VS Drama Sweet Dreams

Berpeluh juga nak mendapatkan novel Sweet Dreams tatkala Drama Sweet Dreams sedang ditayangkan dan trending setiap hari mana taknya hero kacak lagi seksi Ben Amir dan si cantik manis Mira Filzah yang cukup chemistry. Tak mahu cerita pasal drama tapi novel yang telah selesai di baca 2 minggu sudah.

Sebelum tu nak bagi tau, setiap drama yang diadaptasi dari novel, tak pernah la nampak boleh sama mungkin sebab kos dan kalau kat drama mana boleh nak loving, loving, caring caring melting habis walau pun pelakon tu single okay.

Novel Sweet Dreams - Acik Lana

Novel : Sweet Dreams
Penulis : Acik Lana
M/S : 683

Putri - Gelaran seperti Ratu Kelam Kabut, Minah Clumsy sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil lagi.  Habis semua tiang dan dinding di alanggar. malah sudah banyak kali dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang.  Bernasib malang atau dia memang punya masalah koordinasi fizikal tak balance?

Namun beberapa siri kejadian malang tiba-tiba berubah dengan kemunculan seorang jejaka misteri yang sering menyelamatkannya.  Tak sempat mencium tanah, tubuh dia sudah disambut.  Tak sempat tergolek, tangannya sudah dipaut.  Pelik, lelaki itu mutant atau superhero? Datanganya sering tanpa isyarat.

"Just tell me, kenapa you selalu muncul bila I susah? Macam mana you tahu semua benda tu akan berlaku?" Putri

Qash Adam - Kesengsaraan hidup di zaman silam membuatkan dia kemurungan dan hidup dalam pengasingan. 'Anugerah' yang dikurniakan membuat seluruh tubuh rasa terbeban.  Dihina, difinah, dicaci kerana punya 'kuasa magis' membuatkan dia menolak sebarang bentuk hubungan dengan manuisa.  Dia tertekan, ini kelbihan atau satu sumpahan? Mimpi yang datang bukan biasa-biasa.  Datangnya dengan segunung tanggungjawab yang terlalu besar.

Namun kemunculan seraut wajah dalam mimpinya meletakkan Qash dalam keadaan keliru.  Siapa gadis itu? Apa hubungkait antara mereka berdua? Dan dari satu pertolongan ke satu pertolongan mula menjelaskan maksud yang tersirat disebalik mimpi.  Pentingkah kehadiran perempuan bernama Putri dalam hidupnya nanti?

"This might sound weird, Putri. But I'm different.  Diri I tak macam orang lain" - Qash Adam

Banayk peristiwa lucu, pertelingkahan dan salah faham berlaku apabila si malang bertema dengan si adiwira.  Rahsia demi rahsia terbongkar.  Namun sebanyak mana pun perbezaan antara Putri dan Qash, ada perasaan halus mengikut hati mereka berdua. Berkahwin kemudian bercinta.

Tapi di pengakhirannya..bagaimana?


*********************
Ringkasan
Cadangan untuk berubat oleh mamanya Puan Laila membuatkan Putri bertekad untuk lebih berhati-hati dengan satu lagi peluang yang dia sendiri minta malahan adiknya Rais dan sahabatnya Farah turut menyokong saranan mamanya.

Bertugas sebagai PA kepada Tn Fadil yang sering memberi peluang kepada Putri namun kedudukan Putri agak tergugat dengan Melissa yang berharap untuk mendapatkan jawatan Putri  setelah bossnya berpindah. Walau pernah terjatuh tertonggeng di depan Muaz, pegawai HR itu secara diam jatuh hati pada Putri tapi Putri pasti tiada siapa yang akan terpikat dek sifat clumsynya. 

Qash bingung tentang siapakah si gadis yang sering hadir di dalam mimpinya dengan penuh tanda tanya dan akhirnya selepas hanya menjadi saksi pada 3 kejadian, Qash menyelamatkan Putri dari terjatuh. Buat pertama kalinya, wajah si gadis ditatap dekat yang akhirnya Qash mampu melengkapkan potret sepenuhnya. Selama ini hanya orang yang punya pertalian darah sahaja akan muncul didalam mimpinya.

"Who are you girl? Kenapa kau muncul dalam lena aku?

Qash Adam hidup bersendirian tanpa kawan sejak sepuluh tahun dan masanya banyak dihabiskan dengan minat melukis dan sejak 4 tahun yang lalu hanya Fieza dan Mr Lee yang kerap ditemui dalam hal penjualan lukisan-lukisannya. Sebagai pembantu peribadi, Fieza turut jatuh hati pada bossnya, Qash tapi sering Qash tidak berperasaan dan permintaan Qash untuk disediakan sebuah kereta membuat Fieza agak terkejut walau berkali pernah Mr Lee membuat tawaran yang sama. Malah selama beberapa tahun hanya Kak Zura dan Lina yang datang menyediakan makan tengahharinya, membersih rumah serta membasuh pakaiannya. Dengan harta dimiliki, dia hidup hanya bersendiri tanpa saudara tanpa hubungan rapat dengan sesiapa hanya kerana dia sudah puas dihina kerana kelebihan yang ada padanya yang seakan suatu sumpahan. Qash tidak pernah menyesal kerana itu jalan hidup yang dipilihnya.

Rangkulan si jejaka membuat dia terkejut marah serta hati berdebar namun rasa bersalah memarahi si jejaka yang menyelamatkannya tapi hasrat ingin berterima kasih tidak kesampaian bila si jejaka  yang berwajah serius berlalu tanpa menoleh dan terus memasuk BMW biru gelapnya malah dia sendiri perlu segera menemui Tn Fadil.

Diselamatkan sewaktu hampir dilanggar kereta dan hampir ditimpa batang pokok masih belum sempat Putri mengenali si penyelamat tapi kejadian malam company dinner yang memalukan dan insiden dia hampir diperkosa oleh pemandu teksi membuka ruang untuk Putri mengenali nama si penyelamat begitu juga sebaliknya tapi layanan Qash tetap dingin.

Baik dari demam akibat terkejut, Putri berjumpa Tn Fadil untuk memastikan kesahihan cerita Farah tentang Melissa yang ingin mendapatkan jawatannya dan dia tanpa ragu bersetuju untuk merealisasikan tugasan bagi mendapatkan pelukis terkenal tapi low profile untuk menjadi model hiasan muka depan majalah syarikatnya tapi tiada siapa mengenali si Q Adam.

Sejak kejadian company dinner, Putri mengelak dari bertemu mahupun makan lunch bersama Muaz kerana dia termakan kata-kata Melissa. Apa yang lebih penting dia perlu mencari Q Adam namun pelbagai cara dia usaha tidak berhasil malah Fieza sendiri tidak memberi kerjasama kerana si pelukis telah menyatakan tidak mahu dikenali apatah menjadi cover majalah sewaktu Fieza mengusulkan perkara yang sama. Dengan berlakon sebagai pelajar kolej Putri akhirnya dapat alamat si pelukis dan tanpa menunggu dia bersiap cantik bagi mencuba nasib kot si pelukis akan cair dan bersetuju bagi menyelamatkan jawatannya.

Dengan berani Putri tiba di hadapan rumah si pelukis malangnya si pelukis tiada dan hanya disambut oleh Kak Zura dan Lina yang kemudian selesai dan balik sementara dia menanti Q Adam berseorangan di dalam kondo..  Dalam menunggu si pelukis, Putri menjengah lukisan dan paling terkejut dengan lukisan mirip wajahnya,  teruja dengan ketelitian lukisan wajahnya berbaju kemeja putih tapi seksi dan Qash yang tiba di rumahnya lagi terkejut melihat Putri. Dek kerana ketakutan hingga Putri jatuh pengsan.

D not judge what you dont understand - Qash
Gosh, I bukan pervert

Dan Putri akur dia harus mengucapkan selamat tinggal pada jawatannya!

You did a great job, Putri I sendiri tak sangka you boleh yakinkan Qah untuk menghiasi cover magazine kita bagi issue bulan depan - Tn Fadil

Syarat Qash antaranya dia mahukan putri manage dan menjadi orang kanan Qash sepanjang shooting walau tidak dipersetujui namun dia kena akur. Terkejut Putri dan lebih terkejut pastinya Fieza dengan keputusan Qash.

Qash sendiri pelik kenapa dia perlu bertindak mendedahkan identiti diri semata-mata tidak mahu Putri kehilangan kerja, apakah pentingnya Putri dalam hidupnya? Tapi kehadiran Putri kini mampu membuat dia mengukir senyuman

"I dah cakap dengan you hari tu,kan? Jangan cuba-cuba nak jadi hero selamatkan I . Lagipun I dah biasalah kena benda-benda mcm ni, so please jgn nak menyibuk sangat! Putri

"siapa tahu Allah hadirkan Putri utk menjadi manusia manusia yg paling rapat dan penting dalam hidup kamu suatu hari nanti" - Atuk

"You tau ke Putri ni dah ada boyfriend, baby? - Melissa

Muaz tersenyum pahit lalu menggeleng kepala dengan pertanyaan Melissa

Putri : You tengah buat apa? I ganggu u you tengah melukis ke?
Qash : No, I am watching you
Putri : Apa maksud you? OMG! You tengah skodeng I ke sekarang ni?
Qash : I'm a jumper, I boleh teleport diri I dalam bilik you kalau I nak
m/s 246
"But she's not your girlfriend, right - Fieza

Fieza pembantu peribadi Qash sememangnya telah lama jatuh hati pada Qash tapi tak pernah Qash ambil peduli walau pelbagai bantuan dan usaha Fieza untuk memenangi hatinya

"You know me well, Fieza. I don't talk to anybody about my personal life" 

"Kamu ni Uyie, kan?

Dua belas tahun hidup tanpa papanya dan kemunculan papanya di suatu petang mengubati rindunya dan dia berusaha mencari rumah sewa untuk papanya yang jelas hidup bergelandangan namun kelibat papanya yang sering datang di pejabat, meminta wang cukup membuatkan Putri tidak selesa malah kalau mamanya tahu pasti Putri akan dimarahi.

"Putri, did he hurt you? Did he touch you?

Qash tampil menyelamatkan Putri dan menyatakan hasrat untuk mengahwini Putri selepas Putri hampir menjadi mangsa perkosaan angkara papa Putri yang berhutang dengan Dino. Majlis pernikahan dibuat secara tertutup secara kecil-kecilan dengan dihadiri oleh Datuk dan Ammar sepupu Qash dan saudara mara Putri.

Mulanya akan janggal untuk Qash hidup bersama Putri memandangkan hampir 10 tahun dia hidup sendirian namun Putri bijak membawa diri malah sikap cuai Putri sering dapat dihindari Qash hingga Putri tertanya bagaimana Qash boleh tahu walau sekecil insiden. Malahan potret dirinya yang dilekatkan kertas A4 di bahagian yang menjolok mata pun telah dia tanggalkan sebab baginya Qash berhak keatas dirinya.

Bulan madu Qash dan Putri terpaksa ditunda bila potret Putri diambil secara tidak sengaja dan  mendapat bidaan tinggi sewaktu pameran di Melaka tapi Qash menegaskan kepada Mr Lee dia tiak menjual potret tersebut dan mahu potret tersebut dikembalikan dengan segera.

Sekali potret Putri hilang dari simpanan dan  tiada tanda pencerobohon oleh sipencuri yang tahu katakunci untuk memasuki kondo dan orang yang Qash syaki pastilah Kamal bapa mertuanya.  Kamal masih dengan tabiat minum arak dan suka menyemakkan rumah membuat Qash tidak senang hati namun kemudian keluar dan hilang tanpa berita selepas kedatangan Pn Laila yang turut terkejut kerana Putri masih mempercayai papanya selepas insiden hampir diperkosa. 
"Putri, tak ada orang lain lagi yang boleh I fikirkan sebagai suspek.  Just look at your father now, dia da hidup senang-lenang dan mewah. Dan I rasa semua tu dia dapat hasil dari jualan potret tu" Qash

Dengan bantuan siasatan Zamri, penyiasat persendirian , Qssh mendapat tahu potret Putra berada di Hongkong dan berhasrat meminta pertolongan Mr Lee tapi kebenaran terbongkar bila Qash terdengar perbualan Mr Lee dan Fieza tentang potret tersebut.  Kemunculan Qash membuat mereka terkejut dan Mr Lee diberi arahan untuk mendapatkan kembali potret tersebut dengan apa cara sekali pun dan menamatkan kontrak sebagai agen jualan lukisannya. Dalam terpaksa Mr Lee terpaksa bersetuju jika tidak dia akan dimasukkan ke penjara.

Demi isteri tercinta Qash mencari bapa mertuanya untuk meminta maaf dan memang rupanya bapa mertuanya telah berubah bila berjumpa kembali bekas kenalan yang telah kembali dari Dubai.  Putri sendiri dapat merasakan kenapa Qash enggan pulak ke kampung kerana dia sendiri merasai keperitan  dicaci dan dihina serta dikatakan mempunyai ilmu hitam oleh saudara maranya sewaktu berada di kampung Qash.

Sejak Putri mengandung, keperhatinan Qash semakin bertambah dan lebih teruja menyediakan kelengkapan sikecil yang bakal lagi dan paling menarik, mama dan papa Putri balik kembali bersatu semula. - the end -

Ulasan
Jalan cerita yang cukup menarik walau memula baca blurb tu ingatkan Qash tu orang zaman akan datang tapi rupanya tidak..  Adalah disarankan jangan menonton Drama Sweet Dreams sebab akan sedikit sebanyak mengganggu gugat jalan cerita dalam novel ni. Memang terbayang watak Qash lakonan Ben Amir yang mirip watak dalam novel tapi Qash dalam drama sangat panas baran walau cukup macho, tegap, segak dan seksi.

'Mimpi yang meyatukan kau dan aku' memang sesuai kerana dengan mimpi mereka berkenalan dan bertemu jodoh. Seorang dengan sifat clumsy dan seorang superhero yang membuat hidup mereka menjadi balance. Qash yang hilang kasih sayang keluarga mendapatnya dengan kehadiran Putri, Puan Laila dan Rais malah hidupnya tidak lagi sepi dan keduany melengkap kehidupan bersama.

Kebaikan Putri memang buat saya geram dengan tidak serik tapi itulah antara sifat mulia Putri lebih-lebih lagi yang dikasihani adalah ayah sendiri dan sifat Qash yang beku malah tidak langsung terpikat dengan Fieza buat saya sendiri kagum. Mujur watk Fieza bukan jenis merenyam sampai buat perkara tak elok atau menjerat Qash bagi mendapatkan Qash. Fuhh

Jujur saya katakan naskah ini tak mampu buat saya move on dengan naskah Acik Lana dalam Aku Bukan Mistress atau Akadku Yang Terakhir (tak sempat nak tulis reveiw lagi) yang saya rasa cukup terkesan fi jiwa dengan watak dalam kedua-dua novel tersebut. Entahlah rasa sedikit longgar jalan penceritaan dalam novel ni tapi masih menarik.  

Post a Comment

3 Comments

  1. dana tak tgk pun drama nih kak, sesuai agaknya kalau baca novelnya... pastu bayangkan jelah hehehhe...

    ReplyDelete
  2. Tulah dah nama pun adaptasi memang tak samalah drama dengan novel Sis hiks!

    ReplyDelete
  3. Drama dia tak layan sgt. nmpk mcm kena beli novel jugak ni hehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!