Program Nak Ubah Hidup 2019 Cabar Diri Berubah Untuk Kemajuan Hidup | Setiba di Setia City Convention Center pada 30 Ogos lalu memang terasa teruja dan bersemangat melihat kehadiran para peserta keProgram Nak Ubah Hidup anjuran RichWorks International Sdn Bhd.
Tak sangka diantara peserta program 3 hari (30 Ogos hingga 1 September 2019) tersebut disertai lebih 12,000 orang bukan hanya dari Malaysia bahkan dari negara Brunei Darulsalam dan Singapura!
Seperti yang kita semua sedia maklum, objektif penganjuran Program Nak Ubah Hidup adalah bagi membantu usahawan atau bakal usahawan untuk meningkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui perniagaan yang berjaya dan menguntungkan.
Memang terbaik! dan bila saja Dr Azizan tampil penuh karisma dan aura positif yang tinggi dan dapat dilihat betapa bersemangatnya para peserta yang menanti dan menyahut setiap bicara beliau. Macam berada di konsert hiburan bila sorakan bergema diruangan dewan yang cukup besar dan dipenuhi para peserta.
Program Nak Ubah Hidup 2019 Mencabar Diri Untuk Berubah Untuk Kemajuan Hidup |
Program Nak Ubah Hidup 2019 Mencabar Diri Untuk Berubah Untuk Kemajuan Hidup |
Sepanjang 11 tahun penganjuran progam adalah dengan tujuan memberi kefahaman bahawa hanya dengan perniagan dapat membantu mereka meningkatkan tahap pendapatan. Agak malang bagi beberapa usahawan yang menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul dan akibatnya ramai usahawan tidak mampu bertahan sehingga 3 tahun pertama sehingga mengakibatkan ramai yang gulung tikar, mengalami kerugian dan ada yang menanggung beban muflis akibat perniagaan yang tidak berjalan lancar seperti yang mereka ingini.
Bangun Dari Kegagalan Dan Tekad Membantu Orang Lain
Atas sebab itu, RichWorks International bersama pengasasnya Dr Azizan Osman sedar bahawa ramai yang perlu dibantu memandangkan Dr Azizan sendiri pernah melalui liku hidup yang sukar dalam membangunkan perniagaan dan permulaan perniagaannya dengan menjual sabun dan kelapa sering gagal. Pengalaman dan kegagalan Dr Azizan sehingga beliau pernah berhutang beratus ribu malah terpaksa menggadaikan rumah ibunya bagi melunaskan hutang dan pada saat itu beliau berjanji sekiranya beliau berjaya dalam bisnesnya beliau akan membantu lebih ramai anak bangsa untuk menjadi usahawan yang berjaya dengan ilmu dan formula hasil dari pengalaman jatuh bangun dalam perniagaan dan ilmu yang beliau dapat dari mentornya di luar negara.
Ironinya tiada sesiapa datang membantu sewaktu beliau kesusahan namun tekad beliau tidak mahu lebih ramai lebih usahawan terpaksa menanggung kegagalan dan beban hutang seperti yang beliau pernah alami satu masa dulu.
Program Nak Ubah Hidup 2019 Mencabar Diri Untuk Berubah Untuk Kemajuan Hidup |
Syabas kepada Team RichWorks International yang berkempen sejak 4 bulan lalu hingga penyertaan peserta sejumlah mencapai sehingga 12,000 orang berbanding 10,000 seperti kebiasaan. Malah tidak dapat dinafikan kepercayaan yang tinggi yang diberikan kepada RichWorks dan Dr Azizan sendiri sebagai satu sumber utama dalam membantu usahawan tempatan membina bisnes yang berjaya. Ini juga terbukti dengan semakin hari semakin ramai peserta Program RichWorks yang berjaya membina bisnes sehingga mampu membuat jualan mencecah jutaan ringgit setahun dan ada diantaranya mampu membina jenama terkenal antaranya Nurraysa, Bantal Hotel DAG, Eskayvie, Hasnuri, Sabella, Rempah Mak Siti, Noor Arfa Batik, Jamumall, Najib Asaddok dan banyak lagi.
Program Nak Ubah Hidup 2019 Mencabar Diri Untuk Berubah Untuk Kemajuan Hidup |
Cukup menarik dan cukup terkesan bila kesemua peserta Program Nak Ubah Hidup dengan penuh bersemangat bersama-sama mengira detik ambang Kemerdekaan dengan diiringi nyanyian lagu Negaraku, Tanggal 31, Setia dan Warisan serta laungan kemerdekaan yang menggegarkan dewan SCCC, Setia Alam dan keesokkanya, seisi dewan bersama-sama mengaminkan doa awal tahun diiringi sesi bacaan Ratib sebagai tanda kesyukuran dan pengharapan bagi sambutan Awal Muharram iaitu Tahun Baru Hijrah
Program Nak Ubah Hidup 2019 Mencabar Diri Untuk Berubah Untuk Kemajuan Hidup |
Program Nak Ubah Hidup kali ini sememangnya cukup menarik apabila sambutan Merdeka dan Maal Hijrah yang berlangsung sangat bertepatan dengan objektif penganjuran progam di mana ramai peserta yang datang ini hadir dengan matlamat untuk memerdekan diri dari belenggu hutang dan masalah ekonomi dan mahu berhijrah dari keadaan hidup yang ala kadar menjadi 10 kali lebih hebat dan luar biasa dari segi tahap kehidupan dan tahap kewangan.
Program Nak Ubah Hidup 2019 Mencabar Diri Untuk Berubah Untuk Kemajuan Hidup |
Antara selebriti tanahair yang turut hadir ke Program Nak Ubah Hidup adalah Chef Zam, Hanez Suraya, Mawar Rashid, Raf Yaakob, Noraniza Idris, Radiah Ibrahim, Fadzli Zainal, Hafiz Muiz, Fadzlun Abas dan ramai lagi termasuk pihak Utusan Malaysia dan Media yang turut dijemput khas dan itu adalah satu cara untuk mereka mengenal potensi diri dan melihat ruang dan peluang dari sudut lain.
Program Nak Ubah Hidup 2019 Mencabar Diri Untuk Berubah Untuk Kemajuan Hidup |
Tahniah dan Syabas buat RichWorks International dan Dr Azizan khusunya yang telah berjaya menganjurkan program yang disifatkan oleh peserta sebagai program konsert tapi padat dengan ilmu yang pastinya memberikan impak dan kesan yang besar kepada semua peserta yang hadir.
Sebelum habis kehangatan Program Nak Ubah Hidup 2019, dah ramai yaong bilakah tarikh Program seterusnya, jadi jom kita jadi yang pertama mendapat tawaran ekslusif Program Nak Ubah Hidup 2020,
Jom layari www.nakubahhidup2020.com hari ini
Jom layari www.nakubahhidup2020.com hari ini
Baca Juga : Richworks
16 Comments
İnteresting post 😊 thanks for your sharing 😊
ReplyDeleteRamainya yg dtg. Mst best
ReplyDeleteMenariknya ... Untung tau siapa yg dapat pergi join event ni,mesti byk ilmu kena share..
ReplyDeleteBaru perasan yg Jamumall pun join sekali patut macam kenai je masa tengok hari tu kat FB. Ramai sangat yg datang sampai 12K hiruk piruk confirm meriah sangat kat dalam. Next year tak tau lah macam mana lagi kan!
ReplyDeleteAda member yang pergi ni juga kalau tak salah
ReplyDeletesuami pernah pergi sekali program macam ni...
ReplyDeleteKite pernah join kak imkk ni hehe..ok la bole recharge hehe. Aritu walau dekat ngan umah tak berkesempatan nak gi
ReplyDeleteSiapa tidak kena Dr Azizan. Seronok siapa yang join event sebegini dapat mendapat informasi yang baharu. Terbaik~
ReplyDeleteMemang best program macam ni...bagi memastikan semangat sentiasa ada.. saat down kite perlukan sokongan
ReplyDeleteWah.ada kena menari2 jugak tak Dalam program ni?. Mesti tgh bersemangat Kan lepas join program AO ni. Teruskan buat tindakan. InsyaAllah Akan ada result nanti
ReplyDeleteprogram azizan osman ni memang power kan. setiap kali dia buat seminar atau program tentunya akan boom !
ReplyDeleteWow. Penuh sepenuhnya dewan. Dr azizan kan? Mesti org ramai taknak lepas peluang join program beliau baik muda mahupun tua. Masing2 berusaha nk ubah hidup ke arah yg lebih baik...
ReplyDeleteseronok berada dalam kalangan aura2 positif seperti ini. automatik kita jadi positif sekali. best lah program NUH nie. nanti kalau ada lagi nak join. Switch !!
ReplyDeleteFirst time knowing this guy, such inspire talk and sharing by Dr Azizan! Thanks for sharing, definitely a inspire post.
ReplyDeleteHe is one of my favorite speaker... Often checkout his event whenever I got chance!!!
ReplyDeletebagus sekali sekala dapat ke program macam ni. dapat buat kita maju dan kearah lebih baik dalam kehidupan.
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!