Novel Cemburu Seorang Perempuan - Siti Hazneza Abdul Hamid

Ok kali ni ulasan dan penceritaan saya untuk novel Cemburu Seorang Perempuan ni memang panjang sebab saya banyak isi kandung cerita yang saya kira sangat menarik seperti mana saya sangat tertarik dengan novel ni. Novel yang dibeli di atas talian bulan lepas dan habis dibaca 2 hari jer.

Nak tahu macam mana beli novel di Google Books, baca SINI

Dengar khabar di adaptasi ke drama dan sedang dalam pembikinan dengan teraju utamanya Amylia Rosli sebagai Dhiya dan Amar Baharin sebagai Zikrillah dan Emma Maaembong sebagai Emilia..

So, please enjoy cerita dari novel yang memang payah untuk didapati di pasaran. Kalau boleh nak kongsi novel ni tapi masakan boleh jadi saya copy and paste sebahagian kisah dalam novel.

Novel Cemburu Seorang Perempuan
mukasurat : 346
Penulis : Siti Hazneza Abdul Hamid

Nak baca ulasn/review lain-lain novel, klik SINI
Tidak sulit beristeri dua, Dhiya'... kiranya yang kedua itu ialah dirimu. Kiranya yang kedua itu penuh reda sepertimu... Isteri, di wajahmu ada syurga... yang di dalamnya beralun tenang alirannya dan sesekali aku rindu... namun yang sesekali itu, aku seringnya tidak mampu untuk memenuhinya. Kasih sayang kita ada sempadan yang memisahkan, hingga ruang-ruang intim antara kita... aku lemas sebelum waktunya. Andai syurga buatmu, lalu aku harus menjadi suami yang bagaimana... selayaknya aku di mana? Dan adakah syurga buat suami sepertiku... suami yang sering kali gagal meletakkan keadilan di dalam rumah tangga. Isteri... melamarmu menjadi isteri kedua adakah suatu yang dinamakan kesilapan, bila tatkala kesempurnaanmu menjadikan aku seorang suami yang gagal.... 
Persahabatan yang menjangkau 10 tahun antara Dhiya dan Zikrillah (Zik) berusia 16 tahun bermula sejak bersekolah yang sama di Pulau Pinang. Zik akur dengan kehendak mamanya dengan berpindah ke Kuala Lumpur kerana mamanya Camelia melarangnya bergaul rapat dengan Dhiya tanpa mahu mengenali Dhiya namun perhubungan tetap utuh. Dhiya cukup mengenali papa Zikrillah orang Melayu mengahwini mamanya seorang perempuan Inggeris, seorang guru Bahasa Inggeris yang tegas. Bagi mama Zik, Dhiya tidak setaraf dengannya.
“Tapi Zik tak bercinta dengan Dhiya’. Kami cuma sahabat. Kasih sayang yang lebih daripada keluarga tapi kurang daripada kekasih,”
Bagai isi dan kuku, setiap pergerakan Dhiya harus dikhabarkan kepada Zik tak kira samada Dhiya berada di Bukit Bendera, Bukit Jalil atau menemui mamanya Lea di Kota Kinabalu. Tiada rahsia yang Zik simpan dari Dhiya. Zik mengenali Sufian, abah Dhiya tapi tidak Lea hingga pernah beranggapan yang abah dan mama Dhiya telah berpisah.  Kesibukan Lea menerajui perniagaan perhotelan membuatkan Sufian membesarkan Dhiya denga penuh kasih sayang dan didikan agama namun mereka ke Kota Kinabalu.

Zik jatuh cinta dan mengahwini Emilia (Emi) gadis yang mencuri hatinya dan menjadi kesayangan mamanya. Keakraban Zik dan Dhiya dicurigai dan Emi mencemburui Dhiya malah tidak menyukai bila Zik kerap mengunjungi Dhiya di kedai bunganya.
“Aku pun tak faham apa sebenarnya masalah Emi!” - Zik.
“Cemburu tu tandanya sayang. Tu aja...”   
“Aku tahu tu... tapi kadang-kadang tak logik cemburunya. Balik pejabat lambat pun boleh jadi bahan dia berleter pada aku,” ujar Zikrillah
“Kalau betullah kau ni pakar sangat soal perempuan... kenapa dia tak boleh terima persahabatan kita?” tanya Zikrillah. 
“Sebab aku pun perempuan. Emi rasa aku cuba merampas kau daripada dia. Lainlah kalau aku ni lelaki... dia takkan kisah malah boleh jadi baik dengan aku. Kau pun... dah tahu dia tak suka, jumpa juga aku. Kalau dia tahu, hancur hati dia,” rungut Dhiya’.
“Kau jadi sahabat aku sebelum dia jadi isteri aku. - Zik
Zik teruja dengan kehamilan Emi tapi malangnya kandungan eksotik istimewa Emi terpakas dibuang demi keselamatan dan berakhir sudah kemampuan dia untuk mengandung lagi. Penjelasan Dr Suhana membuka peluang untuk Emi punya anak sendiri dan Emi bertekad dengan misinya.
“Kita boleh ekstrak ovum dari ovari puan dan lakukan persenyawaan luar rahim dengan sperma suami puan. Zigot yang terbentuk kemudiannya kita biarkan berkembang dalam rahim wanita yang sihat...” jelas Doktor Suhana. “Maksud doktor, kita gunakan kaedah ibu tumpang?” teka Emilia.
“Dari segi Islam, haram bagi seorang wanita memasukkan benih ke dalam rahimnya selain benih suaminya yang sah,” jelas Doktor Suhana dengan lebih terperinci.
“Jangan hancurkan hidup Dhiya’, Emi...” rayu Zikrillah. “Zik selalu bangga dengan persahabatan antara Zik dan Dhiya’, kan? Sekarang masanya untuk Emi uji kekuatan dan ketulusan persahabatan kalian. Kalau Dhiya’ setuju, maka dia benar-benar sahabat sejati. 
Pelik bagi Zik bila Dhiya bersetuju malahan Sufian turut menyetujui dengan bersyarat iaitu Lea tidak harus tahu.  Lea, si ibu mertua yang menawan dengan senyuman manis seperti Dhiya dikenali buat pertama kali di hari pernikahan. Mata Dhiya pula mirip Sufian,  mata bening, tenang dan penuh rahsia.  Hasrat Zik ingin mengetahui mengenai keluarga Dhiya tidak dihampakan. Abahnya, Sufian mengahwini mamanya Lea sewaktu belajar di United Kingdom namun tidak direstui kerana ibu Lea menganggap Sufian tidak setaraf dengan keluarganya sama seperti mama Zikrillah. Mereka tidak pernah bercerai tapi berpisah dengan Sufian di Bukit Bendera dan Lea mengusahkan perniagaan hotelnya di Kota Kinabalu. Nenek Dhiya membenarkan mereka bersatu hanya sekiranya dia meninggal dunia.
“Sejak Dhiya’ tahu apa yang dimaksudkan dengan sebuah perkahwinan... seorang saja yang dia minta menjadi temannya setiap hari. Dhiya’ cuma harapkan Zik,” Sufian cuba memberikan jawapan yang terbaik.
Terpempan Zikrillah dan benarlah telahan Emilia. Di malam pernikahan dia melihat Dhiya tanpa tudung dengan rambut panjang, tanpa stoking memperlihatkan diri Dhiya yang selama ini tidak pernah dilihatnya
Aku takut kau tak biasa... aku dah tabur bunga melur atas katil kau. Kau suka tidur atas bunga melur, kan? Aku ingat lagi kau beritahu aku, tidur atas bunga melur menyejukkan badan. Dan bilik ni dah disembur dengan haruman kegemaran kau, mawar.
Zikrillah melupakan semua yang menjadi kegemarannya sejak mengahwini Emilia yang tidak suka haruman mawar, tidak suka warna merah jambu, makan tose dan puri malah berhenti membaca komik semuanya demi Emilia dan kini berasa menggadai Dhiya.
“Aku selalu berdoa pada Allah supaya Dia jadikan kau suami aku. Aku tak pernah terfikir bahawa Allah dah tulis bahawa aku akan dipilih untuk melahirkan zuriat kau dan Emi. Aku bersyukur, Zik. Aku bersyukur...” ucap Dhiya’. Zikrillah terpaku sekejap. “Kau tak pernah pun cakap kau cintakan aku,” tegur Zikrillah. “Hesy... merepek kau ni, Zik. Aku cintakan kau sebagai seorang sahabat. Bila aku mahu kau jadi teman hidup aku... aku tak pernah fikir tentang keperluan biologi aku. Kau faham?” tanya Dhiya’ sambil menuding ke arah Zikrillah yang leka mendengar.
Sehari selepas perkahwinan, Dhiya mengikuti Zikrillah dan tinggal di Bukit Jalil kerana dia perlu menjalani surogasi dan kerana Emilia tidak mahu ada ruang bagi Dhiya dan Zikrillah menyemai kasih. Pertemuan pertama kali Dhiya cukup membuat mama Zikrillah terkejut dan menuduh Dhiya ingin merampas Zikrillah dari Emilia.
“Zik tak patut mama hukum dalam hal ni. Zik berkahwin satu lagi sebab Emi inginkan zuriat dari benihnya dan benih Zik. Zik kahwin dengan Dhiya’ sebab Emi yang pilih Dhiya’. Emi pilih Dhiya’ sebab Emi tahu Dhiya’ tak cintakan Zik kecuali sebagai seorang sahabat. Dhiya’ terima ikatan ni semata-mata untuk membantu Emi dan Zik mendapat zuriat. Mama tak perlu risau.... Dhiya’ takkan rampas Zik daripada mama.”  - Dhiya 
Bila Dhiya disahkan mengandung, Emilia menetapkan Dhiya harus melahirkan anak di Bukit Jalil.  Dhiya akur. Zik menemani Dhiya sewaktu bertarung kepayahan melahirkan anaknya dengan harapan kehadiran mamanya supaya dapat melihat pengorbanan Dhiya. Berhasrat menamakan si bayi Anas tidak kesampaian.. 
“Eizlan untuk Eizlan Yusof. Emi minat sangat kat dia,” jawab Zikrillah dengan rasa bersalah yang berganda. Dhiya’ mengangguk. “Tak mengapalah... di sini kita panggil dia Anas seperti yang kau mahu,” cadang Zikrillah. Dia tidak mahu mengecewakan Dhiya’. “Jangan, Zik. Kecil hati Emi nanti. Kalau kau pun, letak nama lain, orang panggil nama lain, tentu kau marah. Dah Emi letak nama Eizlan, kita panggil Eizlanlah,” suara Dhiya’ tenang. Tiada gusar, tiada kecewa dan cemburu.
Hasrat Emilia untuk mengambil bayi dan diberikan susu botol ditentang Zikrillah yang inginkan bayinya disusui sehingga genap 2 tahun dan dengan syarat seminggu sekali si bayi akan menemui Dhiya. Kejutan buat Dhiya bila mana ibu mertuanya hadir melawatnya di hospital sebelum berangkat ke London malahan dia turut singgah menemui kedua ibu bapa Dhiya di Bukit Jalil.  Kini dia sedar Dhiya memang anak yang baik dan berpegang pada agama hingga dia sendiri meminta Zikrillah memberi anak dari kandungan Dhiya sendiri.

Najib anak angkat Sufian dan Lea, lelaki Muslim berbangsa Nigeria pernah melamar Dhiya tapi ditolak malahan Dhiya menganggap dia sebagai adik walau berusia lebih tua dari Dhiya sendiri
“Dah jumpa bidadari mimpi tu?” tanya Najib.
“Isteri tetap isteri dan tetap ada haknya dalam perkahwinan. Saya faham Zik melihat Dhiya’ sebagai seorang sahabat yang membantu Zik, tapi cubalah sesekali Zik pandang Dhiya’ sebagai seorang isteri. - Najib
Dhia tenang dengan karenah Emilia malahan akur untuk mengandung selepas Eizlan berusia 2 tahun, Zikrillah membantah tapi alasannya Eizlan perlu adik beradik.

Mengandung anak kedua, Dhiya memilih nama Rakel sekiranya perempuan dan Benjamin sekiranya lelaki tapi Emilia memilih Esmeralda.
Terbongkar rahsia bila Lea mengetahui Emilia adalah isteri pertama Zikrillah.
“Esmeralda... siapa?” tanya Dhiya’. “Watak kartun Disney dalam The Hunchback of Notre Dame. Emi suka Esmeralda yang baik hati dan tetap pendirian,” ulas Zikrillah.
Dhiya pendengar setia yang sanggup mendengar apa yang berlaku bila Zikrillah bercerita malahan hal pejabat tapi tidak Emilia. Dhiya meraikan Zikrillah seperti raja sering mendahulukan Zikrillah walau masih beraku kau dengan Zikrillah namun cuba tidak meninggikan suara. Dhiya sentiasa sabar melayan karenah anak-anak tapi tidak Emilia yang kerap naik angin. Emilia pula sering mempertikaikan kelakuan anak-anaknya hingga membuat Zikrillah hampir hilang sabar. Dhiya pula akan segera meminta maaf sekiranya terkasar dengan Zikrillah.

Zikrillah pernah membuat perancangan melayani Dhiya seperti seorang isteri yang berhak dengan  mempunyai anaknya sendiri  tidak kesampaian bila dia terlupa Dhiya tiada di Bukit Jalil.  Malahan Zik sendiri tidak mampu bersama Dhiya tanpa melupakan Emi.
“Maksud Emi, mana tahu kalau dia jumpa lelaki lain dan ingin berhenti daripada menjadi ibu tumpang, kita patut lepaskan dia.” Emilia cuba membela diri. “Tak ada lelaki lain yang akan berkahwin dengan Dhiya’. Dhiya’ ada Zik dan Zik akan lindungi dia.
Dhiya melahirkan bayi yang ketiga dan buat pertama kalinya Zikrillah membantu membersihkan puting buah dadanya hingga Dhiya tertunduk malu namun tetap mengajar Zikrillah.
“Terima kasih sebab beri aku peluang. Banyakkah yang aku ketinggalan selain ni?” tanya Zikrillah. “Banyak juga,” jawab Dhiya’ perlahan-lahan. “Kau tak perlu malu, Dhiya’... aku suami kau,”
Membaca diari Zikrillah membuat Emilia semakin cemburu. Namun percutian ke London bersama Eizlan dan Esmeralda menggembirakan Emilia tanpa mengetahui Dhiya sendiri memang tidak mahu mengikut bimbang Emilia akan bertambah cemburu.
“Mama telefon Dhiya’. Kenapa tak bawa dia dan Eliza sekali?” tanya Kamalia menggenggam tangan Zikrillah erat.
Kembali dari London, Emilia kerap bertegang leher dengan Zikrillah. Hasratnya mahu Zikrillah menceraikan Dhiya tapi tidak terlafaz.
Emi nak sorang lagi anak,” luah Emilia. “Okey...” kata Zikrillah seperti orang mengeluh. Tentu sekali Zikrillah tidak boleh menceritakan rancangannya yang sudah basi tetapi masih belum terlaksana itu kepada Emilia.
Kesedihan dengan pemergian mamanya membawa Zik mencari Dhiya dan selama seminggu dia menyendiri di rumah Dhiya hingga membuat Emi bertambah marah dan api cemburu semakin membuak.
Kenapa Dhiya’?” tanya Emilia menggenggam tangan Zikrillah erat. Apakah Emi tak dapat tenangkan Zik? Zikrillah melepaskan genggaman Emilia dan terus keluar rumah tanpa sepatah kata. 
Dhiya masih tidak ambil peduli bila Emi menelefon memarahi tapi bila Eizlan menelefon meminta papanya pulang kerana menjadi mangsa kemarahan Emilia memukul Dhiya pasrah.
Kau nak suruh aku balik? Kenapa?” tanya Zikrillah sedikit tersinggung. “Adakah salah kalau aku tinggal di sini sekejap kerana di sini aku berasa tenang?” soalnya. “Bukan begitu, Zik,” kata Dhiya’. “Kau dah malas nak jaga aku?” hentam Zikrillah, sedikit meninggi. Dhiya serba salah. “Kau nak halau aku kalau aku tak nak balik?” tanya Zikrillah lagi. “Kau kena balik Zik. Kau kena balik,” ulang Dhiya’ berkali-kali. “Kenapa?” suara Zikrillah meninggi. “Kerana anak-anak perlukan kau!” jawab Dhiya’
Dalam masa dua tahun ini, pelbagai perkara telah Emilia lakukan untuk memastikan Zik tidak selalu berjumpa dengan Dhiya’. Hanya  anak-anak yang akan tidur di rumah Dhiya selepas dihantar Zikrillah. Lebih tragis Emi bertindak ingin membakar dirinya dengan menyimbah kerosin bila Zik berhasrat menghantar Dhiya pulang ke Bukit Bendera setelah mengetahui mama Dhia kemalangan.
“Lupakan aku kalau dia sebut soal aku. Kita dah janji sebelum ni, kan?” potong Dhiya’. 
Buat kali keempat Dhiya selamat melahirkan bayi lelaki. Hanya Eyad dipanggil namanya tidak seperti abang dan kakak-kakaknya Dhiya cuma memanggil dengan panggilan anak ibu.
“Eyad?” tanya Dhiya’ lagi. “Yang mengukuhkan,” jawab Zikrillah.
“Hesy! Geram betul dengan Si Dhiya’ ni...” rungut Zikrillah. Dia mula berlakon. “Kenapa? Apa yang tak kena?” tanya Emilia lembut. “Ah! Malaslah Zik nak cakap hal Dhiya’. Buat sakit hati aja,” lafaz Zikrillah dengan suara tinggi sedikit kemudian menghempas dirinya ke sofa. Jangkaan Dhiya’ tepat. Layanan Emilia berubah.
Ketika berada dalam pantang Emi menelefon Dhiya dan memainkan pita rakaman hubungan intimnya bagi menyakitkan hati Dhiya tapi dia sendiri sakit hati.
“Kau dengar tu?” tanya Emilia. “Ya. Dan aku ada komen?,” jawab Dhiya’.
Terkejut Zik bila memainkan pita rakaman dan Emi sendiri terkejut kerana Zik menjumpainya
“Nak cakap, cakap ajalah. Tak payah pegang- pegang. Kata nak bagi penjelasan, kan? Ha, cakaplah!” arah Zikrillah. Emilia terkedu. Seluruh tubuhnya terasa menggeletar. “Buat apa Emi buat rakaman ni?” tanya Zikrillah keras apabila Emilia kelihatan tidak mempunyai penjelasan. “Emi bagi siapa dengar? Tahu tak, kalau kita tutup semua pintu masa ‘buat’, lepas tu kita cerita pada orang begitu, begini, kita tak ubah macam dua ekor syaitan yang bersetubuh. Tahu?” bentak Zikrillah. Emilia menitiskan air mata. Pura-pura. Sekadar untuk mendapatkan simpati Zikrillah. “Kenapa nangis? Emi nak bagi siapa dengar ni!” jerkah Zikrillah. Sebenarnya dia sangat malu. “Dhiya’...” jawab Emilia perlahan. Zikrillah terpempan. “Buat apa bagi Dhiya’ dengar? Ha? Buat apa?”
“Emi nak Zik ceraikan Dhiya’!!!” jerit Emilia puas dan Zikrillah segera melepaskan cengkamannya. “Dengar sini, Emi. Zik takkan ceraikan Dhiya’. Dhiya’ akan terus jadi isteri Zik sampai bila-bila dan dia akan ada anak-anaknya sendiri!” tegas Zikrillah.
“Jangan ingat aku tak tahu bahawa manusia ‘bersama’ atas dorongan cinta yang kuat. Aku tahu, Zik... aku tahu. Aku pernah mimpi ‘bersama’ dengan kau ketika aku berusia lapan belas tahun. Oleh sebab tu aku tak berani menerima lelaki lain. Kau dah ‘sentuh’ aku, Zik... dan aku tahu bagaimana rasanya. Aku takut kalau aku terima lelaki lain... aku tak jujur menjadi isterinya sebab aku ‘sisa’ kau, Zik. Kau dah ‘jamah’ aku,” kata Dhiya’ lalu menepis lembut tangan Zikrillah. Muka Zikrillah kelihatan keliru. “Kau tak percaya? Aku tahu tempat kau paling suka dicium dan aku juga tahu caranya kau suka dicium,” tambah Dhiya’.
Peluang menghadiri mesyuarat di Pulau Pinang dimanafaatkan Zik untuk bertemu Dhiya
“Sejak bila pandai bohong?” sindir Dhiya’. “Sejak aku ada isteri sebaik kau!” Zikrillah melingkarkan tangannya ke bahu Dhiya’. Mereka jalan bersaingan menuju ke tengah-tengah kebun. “Jangan lupa Zik, aku cumalah seorang sahabat yang menolong kau dan isteri kau dalam proses mendapatkan anak,” kata Dhiya’ cuba menolak tangan Zikrillah yang berada di atas bahunya tetapi Zikrillah lebih cepat memaut jari-jemari Dhiya’ dengan tangannya. 
“Aku mahu kita ada keluarga kita sendiri. Seperti aku ada anak-anak dengan Emi, aku mahu kau ada anak-anak kau sendiri,” luah Zikrillah semakin rapat.
Semalam, mereka masih dibentengi persahabatan seperti dahulu. Dhiya’ tidak membalas tindakannya. Tiada reaksi langsung kecuali takut. Pucat muka Dhiya’ dibuatnya. 
“Berilah aku kasih sayang... bukan simpati,” kata- kata Dhiya’ rasanya bagai satu penampar kepada Zikrillah. 
“Itu adalah kasih sayang, bukan simpati,” jelas Zikrillah.

“Kau isteri aku, Dhiya’. Lebih daripada tu aku boleh tengok dan aku pernah tengok dan aku nak tengok lagi. Mana silapnya aku semalam sampai kau tak boleh bertindak balas? Di mana ‘suis’ kau sebenarnya? Itu yang aku fikir dan aku renungkan tadi. Kalau semalam kau terlepas, kau takkan terlepas lagi. Perasaan aku dah berubah dan perasaan kau pun dah berubah. Kalau tak, kau takkan terima ciuman aku semalam,” ulas Zikrillah panjang lebar. Dhiya’ terkedu. Malu.

Zik dan Dhiya menyusuri Pulau Pinang dan akhirnya berhenti di sebuah kedai untuk membeli buku untuk anak-anak atas permintaan Dhiya tanpa menyedari mereka diperhatikan
Dhiya’ menghulurkan satu per satu buku yang siap ditulisnya kepada Zikrillah.
Teristimewa untuk Eizlan bin Zikrillah, Seseorang boleh dijangka sifatnya daripada bahan bacaannya. Ibu harap anak ibu membaca bahan-bahan yang baik dan ingatlah bahawa sebaik-baik bacaan ialah al-Quran. Buku ini ibu hadiahkan semasa ibu sangat merindui anak ibu - seorang mujahid. - IBU -
Teristimewa untuk Esmeralda binti Zikrillah, Seindah nama yang diberi kepada anak ibu, ibu harap anak ibu akan menjadi seorang wanita setabah Maryam dan Mashitoh, sebijak Aishah dan mempunyai iman sekukuh Asiah. Bawalah bekalan yang cukup ke sana. Hadiah ini dibeli ketika ibu sangat merindui anak ibu - seorang wanita solehah. - IBU -
Teristimewa untuk Eliza binti Zikrillah, Ibu rindukan anak ibu. Hadiah ini pengganti diri ibu. Semoga cepat besar supaya sempat menyumbang untuk agama. - IBU -
Teristimewa untuk Eyad bin Zikrillah, Buku ini dibeli ketika Eyad masih belum berumur satu tahun kerana ibu rindukan Eyad. Suatu hari nanti Eyad bacalah buku ini dan tetaplah fi sabilillah. - IBU - Khas untuk suami tersayang, Zikrillah bin Ahmad. Daripada, Dhiya’ binti Sufian.
“Tak ada apa-apa untuk aku?” tanya Zikrillah melihat buku ‘The God of Small Things’ karya Arundathi Roy yang dihadiahkan kepadanya. “Perkataan tak cukup untuk menggambarkan perasaan aku pada kau,” ucap Dhiya’. Matanya berkaca. “Dhiya’...” Zikrillah kaget.
Zikrillah pulang ke hotel sementara Dhiya’ sendiri berkeras pulang menaiki bas awam. Emilia pula berkurung dengan penuh amaran di biliknya selepas pulang mengekori pergerakan mereka dan kemudian keluar dari hotel.  
Zik penipu! Sudah Emilia agak, Zik curang! Sampai hati Zik beli sari yang Dhiya’... Dhiya’ pilih untuk Emi. Cukuplah sampai di sini, Zik. Selama ni Emi tak ada alasan kerana Zik jujur. Tapi alasan Emi dah tak penting lagi. Zik dah sampai ke garis batasannya. Jangan menyesal dengan tindakan Zik sendiri. Penipu!!!
Kehadiran Emilia ke Bukit Bendera mengejutkan Dhiya dengan tidak bertudung dan memakai dress yang menampakkan pahanya. Kononnya dia ingin Dhiya membawanya bersiar-siar.
“Ingat Jib... dua puluh minit... kalau kakak tak balik... cari!” tekan Dhiya’.
“Zik suami kita... tentulah aku sayang dia,” jawab Dhiya’. “Aku?” tanya Emilia. “Kau isteri Zik, macam kawan aku. Aku hormat kau.” Senyuman Dhiya’ tetap terukir meskipun ada ragu dalam hatinya.
Emilia menumbuk muka Dhiya dan menghentak belakang Dhiya dengan paip besi hingga Dhiya terkulai kaku.
“Ini untuk menjadi sahabat yang terlalu setia,” Emilia melibas paip itu ke muka Dhiya’.
“Ini yang meminyakkan rambut anak-anak aku!” Emilia menghentak kedua-dua telapak tangan Dhiya’.
Muka Dhiya’ dikelarnya dua tiga kali. “Hati-hati, luka dengan pisau boleh diubati. Lecur terbakar, sepanjang hayat,” kata-kata pensyarah di kolej.
“Aku tak bakar banyak... aku bakar sikit aja...!” 
Najib tersedar dia tersalah congak bila Sufian tiba ke kebun mencari Dhiya. Dhiya dijumpai dengan tanpa tudung, kepalanya botak dan mukanya sukar dikenali hanya dikenali melalui pakaiannya.
“Jib, kau telefon abang kau. Beritahu dia supaya terus balik ke rumahnya. Jangan dia cuba datang sini. Aku bunuh dia!” keras arahan Sufian. Abang ialah Zikrillah. Dhiya’ telah pun dimasukkan ke bilik pembedahan. “Jadi betullah sangkaan Lea selama ni? Dhiya’ ibu tumpang? Macam mana Fi sanggup jadikan anak kita ibu tumpang? Fi kejam!!!” Lea menumbuk dada Sufian.
Zikrillah terkejut mendapat panggilan dari Najib malah Najib menyatakan bukan saja abah malah dia sendiri tidak teragak untuk membunuh Zikrillah sekiranya dia datang.
“Kenapa Lan kawal adik-adik begitu?” tanya Emilia keras selepas duduk.“Lan nak bohong mama? Hah? Nak cakap bohong?” tanya Emilia lalu menampar muka Eizlan bertubi-tubi. “Mama... jangan buat Lan!” jerit Esmeralda dan Eliza bertindih-tindih sambil memegang kaki Emilia. Tangisan Eyad menggamatkan lagi keadaan. “Diam!!!” jerkah Emilia. Eizlan, Esmeralda dan Eliza teresak-esak menahan tangisan tetapi Eyad terus meraung. Emilia merenung Eyad tajam. “Kau anak aku atau Dhiya’? Ha? He... he...” Emilia memegang leher Eyad. Semakin kuat Eyad menangis. “Mama, mama, jangan ma,” rayu Eizlan memaut lengan Emilia. “Lepas!” tepis Emilia. “Diam!” jerkahnya dengan suara yang serak lalu menghentak kepala Eyad ke dinding berkali-kali. Darah menghambur dari kepala lembut itu. Esmeralda dan Eliza sudah hilang kawalan. Masing-masing menjerit ngeri.
“Ha... kan dah diam... tengok ni... dah diam,” kata Emilia bersuara lembut kemudian menunjuk Eyad yang terkulai kepada Esmeralda dan Eliza. Jeritan kedua-duanya mengilai.
“Hei, Eizlan! Nak ke mana tu?” jerit Emilia apabila Eizlan cuba merangkak ke arah pintu. Emilia mencapai besi lampu lalu diayunnya dua tiga kali. “Lan pun nak lari macam Dhiya’? Ha? Nak lari macam ibu?” jerkah Emilia lalu menghentak kaki Eizlan dengan batang besi itu bertubi-tubi.
“Es suka bunga ros, kan? Biar mama lukis bunga ros untuk Es,” kata Emilia lalu mencarik baju Esmeralda. Pisau kecil digunakannya untuk mengelar bentuk bunga ros di atas muka Esmeralda kemudian ke atas perutnya. Isi yang lembut itu terkoyak membuakkan darah yang panas. Habis perut, dada, kaki, tangan dan muka Esmeralda dikelar bentuk mawar kembang. “ Hmmm , cantik anak mama,” kata Emilia.
“Liz? Liz suka apa?” “ Mmm , nanti mama fikir. Abstrak?” katanya duduk mencangkung sambil mengebam bibir dan bersungguh-sungguh mencarik-carik isi perut Eliza dengan pisau kecilnya. “
Zik kehairanan melihat jiran-jiran mengerumuni depan rumahnya dan usai masuk ke dalam rumah dilihatnya sebilah pisau tercacak di perut Eliza yang telah terburai.  Emilia menuduh Zik menipunya malah menuduh anak-anaknya adalah anak Dhiya.
Hati Zikrillah hancur ketika melihat buku-buku di tempat duduk belakang keretanya. Eizlan sedang terlantar di hospital dengan Esmeralda. Cabaran mujahid pertama untuk Eizlan ialah maut dan cabaran wanita solehah pertama untuk Esmeralda juga ialah maut.
Eliza tidak sempat membesar untuk menyumbang kepada agamanya, dia kembali kepada Tuhannya dan Eyad takkan pernah sempat untuk membaca coretan ibunya.
“Puan Emilia mengalami tekanan jiwa. Puncanya besar daripada rasa cemburu. Kecenderungannya menghancurkan kaki mungkin kerana Puan Emilia takut ditinggalkan... dia mahu menguasai mangsa
.
Sufian meminta Zikri menumpu perhatian kepada Emilia serta anak-anak sementara dia menjaga Dhiya dan Zikrillah hanya tahu Dhiya dalam keadaan koma. Setelah sebulan, Zikri mendapat panggilan telefon yang sukar dikenali.
“Helo,” suara itu terlalu asing bagi Zikrillah. Dia tidak kenal. Garau semacam. “Assalamualaikum,” kata suara itu. Salam itu Zikrillah sambut. Suara itu terlalu serak dan hampir tidak keluar, seperti seorang perokok dengan kanser peti suara.
“Siapa ni?” tanya Zikrillah rimas. Banyak perkara yang sedang mengganggu fikirannya kini. Hal Dhiya’ masih belum diketahui malah dia belum pun menjenguk Dhiya’ di hospital. Keadaan Emilia masih belum stabil. Eizlan dan Esmeralda masih antara hidup dan mati bahkan lebih cenderung ke arah kematian.
“Aku... Dhiya’,” jawab suara itu.
“Ha...!” Zikrillah menekup mulutnya supaya esaknya tidak sampai ke telinga Dhiya’. Zikrillah terus menangis dan terduduk ke lantai.
“Anak...” ucap Dhiya’. “Maafkan aku, Dhiya’... maafkan aku!” tangis Zikrillah teresak-esak.
“Eizlan dan Esmeralda masih tak pasti. Eliza dan Eyad... maafkan Zik, abah,”
Mulanya dia menggunting rambut. “Rambut pendek cantik... macam orang putih, he... he ...!” gelaknya. Kemudian dia menggunting kukunya yang panjang. Ketika itu matanya tertarik pada gelang pesakit yang dipakaikan padanya. Dia cuba menggunting gelang itu tetapi pergelangan tangannya yang terluka. “Ah... darah dah...” katanya perlahan. “Berhentilah...” suaranya memujuk darah itu supaya berhenti. “Aa... darah banyak-banyak... nanti Zik mesti balik tolong Emi,” katanya terus-terusan mencarik pergelangan tangannya.
Zik terpaksa berpatah balik dari perjalanan untuk menemui Dhiya apabila dikhabarkan kematian Emilia. Sufian turut datang ke Kelana Jaya untuk membantu urusan pengkebumian Emi. Akhirnya selepas 40 hari kematian Emilia, rumah di Kelana Jaya dijual dan Zikri menetap di Bukit Jalil dan dia pulang ke Bukit Bendera untuk menemui Dhiya. Zikrillah menjadi orang terakhir berjumpa Dhiya di bilik selepas Eizlan dan Esmeralda yang tampak biasa tapi dengan gerutan di wajah.
Debaran sama seperti kali pertama dia hendak naik ke bilik itu pada malam perkahwinan dengan sahabatnya itu.
Zikrillah menolak pintu. Dhiya’ sedang duduk atas kerusi roda menghadap tingkap yang dibuka luas supaya Dhiya’ dapat melihat pemandangan bukit dan angin sejuk dapat masuk ke bilik itu.
Zikrillah masuk perlahan-lahan dan duduk melutut di sisi Dhiya’.
“Aku nak duduk di luar, tapi banyak orang takut tengok aku dan... kena pakai tudung pula. Sebab tu aku duduk di atas aja,” suara itu benar-benar bukan suara Dhiya’! Garau. Pecah. Serak. Menyakitkan Dhiya’.
..
Zikrillah memandang rambut Dhiya yang baru mula tumbuh terpacak-pacak. Mukanya sudah ranap dibakar. Kakinya lumpuh akibat pukulan besi mengena saraf tunjangnya malah kedua-dua tangannya kudung sampai pergelangannya.
“Aku minta maaf...” rayu Zikrillah menyebamkan mukanya pada lengan Dhiya’.
“Bila kau nak ke UK? Aku tak boleh nak sambung belajar lagi buat masa ni,” tanya Dhiya’ selamba. “Aku takkan tinggalkan kau, Dhiya’,” jawab Zikrillah.
“Kaukan nak jadi doktor, tawaran dah sampai. Rezeki depan mata jangan ditolak,” kata Dhiya’. “Kau takkan boleh paksa aku pergi,” tegas Zikrillah.
“Jangan pergi kerana aku, Zik. Pergi kerana kau nak pergi... pergi kerana Allah... kerana nak mencari ilmuNya,” patah Dhiya’.
“Habis, kau?” “Ke manalah aku boleh pergi dengan keadaan cacat begini, Zik?” tanya Dhiya’ memandang Zikrillah sambil tersenyum.
Zikrillah segera memegang pipi Dhiya’. Terasa kulit yang melecur itu. Kasar.
“Kau tak cacat, Dhiya’... kau tak cacat. Sebalik semua kecacatan yang orang lain nampak ni, ada kesempurnaan, Dhiya’... kau ada hati yang baik... yang bersih,” ucap Zikrillah.
Dhiya’ memusing sedikit badannya ke arah Zikrillah. Dengan tangan kudungnya, muka Zikrillah disentuh.
“Bila kau tengok hati aku? Kau masuk masa doktor bedah aku?” gurau Dhiya’.
Zikrillah tidak mampu ketawa tetapi terus menangis dan memeluk Dhiya’. Kenapa kau sembunyikan air mata kau, Dhiya’? 

Dhiya’ mengusap belakang Zikrillah dengan tangan kudungnya. “Jadilah doktor yang baik... yang mampu berfikir dengan tepat bila berlaku kes-kes kecemasan yang serius seperti ni,” bisik Dhiya’, mengeratkan pelukannya. 
“Aku bawa anak-anak?” tanya Zikrillah.
“Kau dah bawa hati aku... tinggalkanlah cahaya mata kau untuk aku,” minta Dhiya’.
Tanpa sebarang perancangan, tanpa perlu berfikir dua tiga kali, Zikrilah ‘mengambil’ haknya dan Dhiya memberikannya kerana dia tahu dan sedar itu ialah kasih sayang dan bukannya simpati. Mereka bersatu dalam simpulan persahabatan yang dihalalkan dengan perkahwinan
“Tunggu aku di Bukit,” kata Zikrillah lantas mencium dahi Dhiya’ lama sebelum memeluknya erat. “Aku sayangkan kau,” bisiknya. 
“Papa!” laung Eizlan tiba-tiba. Zikrillah berpaling. “Ibu tanya, nak tunggu di Bukit Jalil atau Bukit Bendera?” jeritnya membuatkan Zikrillah tertawa kecil kemudian mengangkat jari telunjuk kepada Dhiya’ tanda ‘nakal’. Kau hanya tahu membahagiakan aku, sayang... dan aku akan belajar dan berusaha untuk membahagiakan kau pula, insya-Allah... itu sebaik- baik janji yang boleh aku berikan.
Selepas 9 bulan 10 hari, Anas lahir ketika Zikri masih belajar di UK dan di usia 2 tahun Anas, Dhiya, Eizlan dan Esmeralda pula mengikuti Zikri. Dhiya turut menjalani beberapa pembedahan di UK dan Amerika termasuk mendapat tangan palsu.  Kemudian lahirnya Aisyah dan Umar dan selepas 15 tahun di perantauan mereka kembali ke negara tercinta.



Pendapat saya
Jalan cerita yang cukup mengoncang jiwa dengan kesediaan seorang sahabat terhadap sahabat yang disayangi. Agak payah menafsir perasaan Dhiya tapi bila baca kali kedua saya faham Dhiya tahu Zik tidak mencintainya walau memerlukannya sebab itu dia membina tembok dan cuba mengajar dirinya untuk redha.

Saya cukup teruja dengan setiap tuturan Dhiya kepada Zik dan setiap perbualan mereka yang cukup santai, cukup jenaka tapi penuh kasih sayang.

Hubungan dan rumahtangga Sufian dan Lea yang cukup romantis dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi walau terpisah jauh dan sememangnya Dhiya mewarisi sifat kedua ibubapanya.

Antara ayat kegemaran saya
“Satu daripada resipi hidup ada menyatakan, kahwinlah dengan orang yang kau paling suka berbual dengannya kerana bila kau sudah tua, tak ada yang lebih bermakna melainkan perbualan pasangan kau.

Ya, sesiapa yang membaca novel ni pasti akan merasa hiba dan mengalirkan airmata tapi kegembiran di akhir cerita cukup membuat saya puas hati.

Post a Comment

6 Comments

  1. bookmark dulu.. nnti dah settle kerja sambung baca

    ReplyDelete
  2. Nampak macam menarik baca sinopsis tu bab drama nak g bayang la macam.mana lakonan amyra n amar hihihi kan mereka suami isteri mesti nampak real x kekoh kan bab sentuh2 ni

    ReplyDelete
  3. uwaaaa...tacing...tapi berpikir nak tgk sbb emo rasanya kalau layan drama ni..haha..sambil baca sinopsis, dh terbayang watak emi yang menyakitkan hati & mental tu...

    ReplyDelete
  4. Touching nya.. ni baru baca sikit belum semuanya lagi. Pasni bertalu-talu la air mata keluar tengok drama pula

    ReplyDelete
  5. Sedihnyaaaa... Mcm ni ke drama nnti?? Yg kat drama baru sikit dah emosi.. Lailah kalau sebijik novel boleh darah tinggi semua penonton.. Terima kasih review nya🤗🤗

    ReplyDelete
  6. Pernah bacanovel ni semasa saya belajar..tahun 2003. Dah lama cari tajuk novel ni sebab dah lupa. Terima kasih sebab share novel ni..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!