5 Landskap Pagar Sesat DiDunia Yang Cukup Unik

Ternampak artikel pasal landskap sewaktu berkebun dengan KC Iman lama dulu, terperam entri ni dalam draf.  Alkisah kami nak menanam pokok seakan pagar tapi mana mampu nak buat sebab kerajinan senipis kulit bawang..ahahaa. Kami bukan bertangan sejuk atau bertangan hijau, kerajinan tu hanya seketika jer..selalunya. 

Antara lima landskap pagar sesat serata dunia yang cukup unik termasuklah:


1. Ladang Nenas Dole Plantation
Ia pernah mendapat pengiktirafan sebagai Pagar Sesat Kekal Terbesar di dunia pada 2008. Ladang yang terletak di Hawaii, Amerika Syarikat ini milik Dole Plantation yang mempunyai reka bentuk paling unik iaitu imej seperti buah nanas di bahagian tengah ladang. Lebih 14,000 spesies tumbuhan terdapat di pulau itu ditanam di sini. Lapan laluan rahsia dibentuk untuk memberi jalan menuju tengah kawasan tanaman berkenaan.


2. Ashcombe Maze and Lavendar Gardens
Taman pagar tertua di Victoria, Australia ini antara rangkaian jalan berselirat yang kini menjangkau usia 40 tahun. Lebih 1,000 pokok sipres ditanam sepanjang laluan beribu meter, ketinggian pokok melebihi tiga meter dan ketebalannya ialah dua meter membentuk laluan berliku. Selain itu ia terkenal dengan keindahan taman lavender dan pagar sesat taman ros yang berbentuk bulatan di lokasi sama.




3. Taman di Muzium Nasional Villa Pisani
Taman di Stra, Itali ini antara lokasi wajib dikunjungi buat peminat cabaran pagar sesat kerana ia pernah dilawati Napoleon satu ketika dulu. Laluan berselirat ini dibina pada 1720 dan pernah dinobatkan sebagai pagar sesat paling mengelirukan. Terdapat menara kecil di tengah taman membantu pengunjung mencari jalan keluar.



4. Ladang Richardson
Bagi mereka gemar bermain di ladang jagung dan sesat sebalik tanaman ini, ladang Richardson di Illinois Amerika Syarikat antara lokasi boleh dikunjungi. Rekaan pagar sesat ladang berkenaan cukup unik dan pernah dibentuk menjadi potret besar kumpulan Beatles pada 2013. Ladang seluas 13.4 hektar (33 ekar) menjadikan ia landskap pagar sesat jagung terbesar di dunia dan rekaannya berubah setiap tahun.


5. Longleat Hedges Maze
Pagar sesat di England ini direka pada 1975 oleh Greg Bright. Pagar ini meliputi kawasan seluas 0.6 hektar (1.5 ekar) dengan panjang keseluruhan laluan 2.7 kilometer. Tidak seperti binaan pagar sesat konvensional yang lain, ia sebenarnya datang dalam rekaan tiga dimensi dengan enam jambatan kayu yang menawarkan pandangan ke arah pusatnya yang sukar difahami reka bentuknya.




sumber : Harian Metro 



Post a Comment

3 Comments

  1. Seram nak masuk sini walaupun pasti cantik untuk ootd. Takut tersesat pula nanti

    ReplyDelete
  2. ok in Malay nama dia pagar sesat. comeynya.
    tapi macam sseram kan tempat cemni. rasa macam sesak nafas xdak jalan keluar..

    ReplyDelete
  3. takut plk nak mask..kan xdapt kluar..:)

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!