Tips Penting Sebagai Persediaan Bagi Bakal Seorang Bapa

Tips Penting Sebagai Persediaan Bagi Bakal Seorang Bapa | Teringat waktu dulu, di awal perkahwinan saya dan hubby tak pernah bercakap pasal anak, entah la tak terfikir kot sebab kami kahwin di usia muda, saya berusia 22 tahun dan hubby pulak baru 25 tahun. Muda? tak jugak kot sebab di tahun 90an, usia macam tu memang patut kahwin tapi la ni kalau kahwin usia gitu memang orang kata muda agaknya la. Tak mau komen, sebab lain orang lain pandangan depa kan.





Kami? serba serbi tak mengerti dan cuma bak kata orang putih, just follow the flow. Diam tak diam usia perkahwinan kami dah menjengah hampir 27 tahun bulan November nanti, dengan 6 orang cahaya mata yang meningkat dewasa.

Banyak benda yang tak kami tahu, mujur ada orang tua yang membantu, adik beradik yang sentiasa ada sewaktu saya mengandung dan yang paling utama hubby yang selalu membantu, nak-nak pulak saya punya kerjaya sebagai setiausaha yang bangun pagi bersiap ke pejabat dan sampai rumah dah petang.  Syukur Alhamdulillah, saya tidak mengalami morning sickness, cuma evening sickness dan sesungguhnya Dia memudahkan kehamilan saya dari yang sulung sampai yang bongsu.

Tapi kalau tanpa bantuan dan sokongan seorang suami, mampu tak? TIDAK! tapi saya pasti ramai suami yang tidak bersedia walau teruja untuk menjadi seorang bapa.  

Tidak mudah tapi seorang suami harus belajar dan fahami apa yang isteri rasakan. Paling penting suami kena bertenang dan belajar untuk mengelakkan ketidakstabilan dalam perhubungan dan sekaligus menjadi pendorong dan penguat semangat siisteri yang akan mengalami proses peralihan dalam diri dan sekeliling.

Antara faktor yang perlu difahami dan diambil perhatian oleh suami adalah:


1. Ketahui apa yang bakal berlaku

Pastikan suami dan si isteri dapat memenuhkan dada dengan ilmu pengetahuan mengenai kelahiran bayi yang bakal di awal kehamilan.

Suami digalakkan mengikuti kelas antenatal bersama sama isteri. Kelas ini biasanya ditawarkan bila isteri mendaftar untuk melahirkan di hospital atau suami yang tiada kesempatan, pastikan mencari cari info berkenaan buat pengetahuan.  En Google kan ada disamping jangan malu bertanya dengan ibu atau bapa mahupun kawan yang telah ada pengalaman.  

Berkenaan kelas antenatal ni, bakal bapa dan bakal ibu akan diberikan pelbagai maklumat asas yang berguna untuk dipraktikan dan meluaskan minda supaya dapat menghadapi cabaran yang bakal timbul apabila tiba saatnya supaya psikologi dan emosi kita tak tak terganggu dan bercelaru.

Penting bagi suami dan isteri untuk sentiasa memantau pergerakan kontraksi dengan mencatat setiap kontraksi yang berlaku,  Ia memudahkan kita mengetahui apa yang sedang dan bakal berlaku.  Luangkan masa terakhir yang ada ini dengan memenuhi apa yang isteri mahu demi memastikan dia kekal selesa


2. Bersedia untuk melaluinya

Kebiasaanya ibu yang mengandung buat kali pertama ini akan melalui proses bersalin yang agak lama bermula dari fasa kelahiran (kontraksi awal) dan ada kalanya kontraksi tipu (false contraction) yang saya pernah lalui.
Pengalaman sewaktu melahirkan KY Amanda di bulan Ramadan, saya masih berpuasa tapi ke hospital dan bila doktor memberitahu lambat lagi malah diberi pilihan untuk duduk hospital atau balik sebab esoknya umat Islam akan menyambut Aidil Fitri..tak payah tunggu jawapan sesiapa, saya balik ke rumah dan buka puasa sambil minum air rendaman Kacip Fatimah¹. Menjelang petang balik ke hospital sebab kontraksi semakin kerap.

Sebagai suami, perlu tahu apa itu kontraksi ketika hendak bersalin.  Jangan panik dan kelam kabut sampai memaksa isteri cepat ke hospital kerana peringkat awal fasa kelahiran (kontraksi awal) sebaiknya biar di rumah TAPI pastikan ada yang membantu bukan isteri berkeseorangan di rumah.  Harus diketahui, kebanyakan hospital tidak menerima pesakit melainkan kontraksi yang dialami.adalah tetap dan berlaku setiap lima minit


3. Fleksibel

Tidak semua wanita hamil akan melalui pengalaman bersalin yang sama.  Pasangan perlu sama-sama berbincang mengenai kemungkinann yang bakal berlaku dan apakah pilihan yang ada bagi mengatasinya


4. Jangan terasa hati

Di saat akhir kehamilan, isteri memang cepat berubah sikap, emosi tak menentu terutama bila bayi dalam kandungan terkadang mengeras, bergerak hingga kekadang tu terasa sampai ke ari-ari hingga isteri merasa kurang selesa dan malah ada yang cepat naik angin hingga mengeluarkan perkataan kasar. Suami harus bijak dan bertenang dalam menangani situasi bila ini terjadi dan jangan cepat baran kerana perubahan emosi ini hanya sementara sehingga isteri selamat melahirkan.


5. Jangan malu bertanya

Memang ramai suami yang suka tunggu dan lihat samada mereka serahkan bulat-bulat kepada doktor atau mungkin takut lebih takut dari isteri yang bakal melahirkan.  Jangan ya! bukan semua doktor akan memberitahu dengan terperinci. Ringakan mulut bertanya supaya kita akan tahu sebarang masalah yang isteri hadapi serta sedikit sebanyak dapat membantu isteri menangani segala kesukaran dan kesulitan yang dihadapi.


6. Bantu kekalkan fokus

Mungkin mudah bagi suami yang telah menghadiri kelas antenatal di mana banyak perkongsian yang boleh didapati untuk menenangkan diri dan yang pastinya si isteri dengan mengaplikasikan teknik pernafasan, mengubah posisi atau mengurut bahagian tubuh isteri yang tidak selesa


7.  Siapakan keperluan diri

PENTING! pastikan isteri tersayang tu dah siapkan beg kelengkapan diri dan kelengkapan bayi sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum tarikh kelahiran (pengalaman saya atau boleh buat lebih awal).  Ada kehamilan yang proses kelahirannya cepat walau bagi anak pertama tapi persediaan ini penting supaya kita tak kelam kabut dan terus ambil beg tu untuk ke hospital.  Kalau suami boleh bermalam di hospital, sila bawa apa yang perlu untuk diri juga.

Antara kelengkapan adalah kad pengenalan isteri, set lengkap pakaian isteri, set baju bayi, lampin pakai buang, stokin, pekakas mandi, tuala, tuala pakai buang buat isteri dan bayi dan banyak lagi atau baca https://my.theasianparent.com/benda-wajib-ada-dalam-beg-sebelum-anda-ke-hospital-untuk-bersalin


8. Penguat Semangat

Tau tak bukan semua perempuan yang hamil tu kuat dari segi emosi dan fizikal, jadi sang suami la yang harus penguat semangat si isteri di waktu melahirkan zuriat jadi pastikan suami belajar dan memberikan kata-kata semangat untuk si isteri menghadapinya.


Baca : Pastinya ibubapa akan mencari nama anak lelaki yang menarik dan makna yang baik

Post a Comment

4 Comments

  1. betul... semua new parents memang akan lalui bermacam-macam dugaan. Dari mengandung, mengidam, kaki cramp semua dilalui. belum lagi si suami yang mengidam atau morning sickness teruk dari isteri hahaha

    ReplyDelete
  2. Perlu persediaan yg cukup dr segi mental n fizikal, yg penting seorang bakal bapa perlu tahu tanggungjawab dia...tq kak kongsi ilmu ni

    ReplyDelete
  3. Perlu persediaan yg cukup dr segi mental n fizikal, yg penting seorang bakal bapa perlu tahu tanggungjawab dia...tq kak kongsi ilmu ni

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!