Jalinan Kerjasama KPJ Healthcare Ampang Puteri Dan Antabax Untuk Tingkatkan Kesedaran Tentang Kebersihan Tangan

Jalinan Kerjasama KPJ Healthcare Ampang Puteri Dan Antabax Untuk Tingkatkan Kesedaran Tentang Kebersihan Tangan | Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), pencegahan dan kawalan terhadap jangkitan perlu untuk kekal sihat. Di seluruh dunia, seramai 30,000 wanita dan bayi maut setiap tahun akibat jangkitan yang biasanya disebabkan oleh kekurangan air, sanitasi dan amalan membasuh tangan yang tidak sempurna.

Jalinan Kerjasama KPJ Healthcare Ampang Puteri Dan Antabax Untuk Tingkatkan Kesedaran Tentang Kebersihan Tangan

Menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC), kira-kira 80 peratus penyakit berjangkit disebarkan menerusi sentuhan. Kanak-kanak perlu dididik mengenai kebersihan untuk mengurangkan risiko mereka menyebar dan mendapat penyakit berjangkit daripada batuk, selsema, Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut, Influenza serta banyak lagi.

Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri dan Antabax, jenama rangkaian penjagaan diri antibakteria Halal nombor satu menjalin kerjasama untuk mengadakan kempen demi meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan tangan dalam kalangan murid pra-sekolah di kawasan Ampang.

Jalinan Kerjasama KPJ Healthcare Ampang Puteri Dan Antabax Untuk Tingkatkan Kesedaran Tentang Kebersihan Tangan

Kempen dengan tema Antabax Always Be Clean (ABC) for Health yang akan bermula dari Oktober hingga November itu bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kebersihan tangan dalam kalangan murid pra-sekolah.

Enam buah sekolah di Ampang dengan anggaran 600 orang murid dan ibu bapa dijangka mengambil bahagian dalam bengkel amali yang dijalankan oleh pasukan perubatan profesional KPJ Ampang Puteri. Ia memberi fokus kepada langkah-langkah membasuh dan membersihkan tangan dengan betul. Antabax pula akan menyumbang produk-produk seperti krim mandian, sabun tangan dan pembersih tangan kepada murid serta guru.

Jalinan Kerjasama KPJ Healthcare Ampang Puteri Dan Antabax Untuk Tingkatkan Kesedaran Tentang Kebersihan Tangan
"Kami percaya bahawa mendidik tabiat kesihatan yang baik perlu bermula dari usia muda. Objektif kami menerusi acara ini adalah untuk mencipta satu budaya dalam kalangan kanak-kanak dan berharap apa yang dipelajari hari ini akan diamalkan sepanjang hidup mereka. Ini merupakan sebahagian daripada program jangkauan komuniti dan kami berbangga kerana Antabax turut sama dalam usaha ini dengan menyediakan produk-produknya,” kata Pengarah Perubatan Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Dato Dr Abdul Wahab Abdul Ghani.
Jalinan Kerjasama KPJ Healthcare Ampang Puteri Dan Antabax Untuk Tingkatkan Kesedaran Tentang Kebersihan Tangan

Pengurus Kanan Produk Isi Rumah dan Penjagaan Peribadi Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Mandy Lee memberitahu jenama ini komited untuk membantu meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan tangan dalam kalangan masyarakat melalui program interaktif.

"Antabax mendidik tentang amalan kebersihan yang baik menerusi pelbagai kempen yang kreatif. Kami dapati asas mengenai amalan kebersihan perlu dipupuk sejak kecil kerana kanak-kanak ini akan mengamalkannya sehingga mereka dewasa. Kempen Antabax Always Be Clean (ABC) for Health dibangunkan untuk membuatkan konsep kebersihan tangan lebih mudah buat kanak-kanak, terutama kenapa dan bagaimana mereka patut membasuh tangan. Kami berbangga kerana dapat bekerjasama dengan KPJ Healthcare serta melibatkan pelatih dan jururawat mereka untuk sama-sama mendidik kanak-kanak tentang teknik membasuh tangan yang betul,” kata Mandy Lee.

Mengenai Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd
Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd (Lam Soon) merupakan pengeluar produk makanan, isi rumah dan penjagaan diri di Malaysia sejak tahun1950-an.  Dalam kategori barangan isi rumah dan penjagaan diri, pilihan produk berkualitinya terdiri daripada rangkaian produk May, sabun, buih mandian dan rangkaian minyak zaitun Fruitale FairWhite, sabun anti bakteria Antabax, pembersih tangan, bedak berubat dan tisu pembersih, rangkaian basuhan feminin Orchid, rangkaian produk penjagaan rumah ZIP yang terdiri daripada cecair cucian pinggan, pembersih lantai, mangkuk tandas dan pembersih krim. Di samping cecair cucian pinggan dan pes Labour serta pembersih multi kegunaan dan rangkaian cucian pinggan Bio-home.

Sebagai satu jenama isi rumah yang terkenal dan dipercayai oleh pelanggan, Lam Soon komited untuk mengeluarkan produk berkualiti demi gaya hidup lebih sihat dan rumah yang lebih bersih.

About KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital
KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital (KPJ Ampang) is governed by KPJ Healthcare Berhad (KPJHB), the healthcare division of Johor Corporation driven by its core values of Safety, Courtesy, Integrity, Professionalism and Continuous Improvement. KPJ's integrated network consists of more than 25 specialist hospitals located throughout the nation. With its expansion abroad, the Group currently has two hospitals in Indonesia, a sizable share in a hospital in Bangkok and a hospital in Bangladesh. In addition, KPJ has investments in a retirement and age-care resort in Australia and in Sibu, Sarawak, as well as its own Senior Living Care (SLC) centre in Tawakkal Health Centre (THC) in Kuala Lumpur. KPJ APSH is the 7th hospital in the group.

KPJ Ampang is built on a 5.35-acres land with a total build-up area of 330,000 square feet.  Its construction began in November 1993 and handed over to the management of KPJHB in March 1995. It was designed by an international architect to bring quality healthcare nearer to our clients.  KPJ Ampang is strategically located with easy access from Kuala Lumpur and Selangor. KPJ Ampang was opened to public on June 15, 1995 and officially launched on March 30, 1996.

KPJ Ampang has a reputable team of 71 residents, sessional and visiting medical consultants who are well qualified and experienced in their respective fields. The consultant teams are backed and supported by more than 800 staff which comprised of dedicated nursing and paramedical staff in all disciplines of medicine areas such as cardiac and neurosurgical services and supporting staff from various areas. All the Medical Consultants, nurses and paramedical staff are carefully selected for their professional expertise and commitment to deliver personalized services. With over 200 beds, patients can enjoy the privacy and comfort of a premier specialist hospital run by expert managerial and medical staff committed to the well-being and recovery of patients.

KPJ Ampang is fully accredited by Malaysian Society for Quality in Health (MSQH), designed to bring quality healthcare closer to public and is the 1st private hospital to achieve full accreditation status by MSQH for the 6th consecutive 4-year term 2016-2020. 
In addition, KPJ has earned accreditation from Joint Commission International (JCI), the worldwide leader in improving the quality of healthcare. The checklist includes over 350 standards covering from surgical, hygiene, and anaesthesia procedures to the system in place to credential medical staff and nurses.  KPJ Ampang was first accredited in September, 2012 for 3 years and currently on the third cycle of accreditation until 2021. KPJ Ampang is also certified by SIRIM QAS International for ISO 18001:2015, ISO 14001:2015 and OHSAS 9001:2007 as well as a Baby Friendly Hospital (BFH) by Ministry of Health since July 2006. In 2018 KPJ Ampang managed to get Planetree Gold certification from Planetree International for excellence in person-centered care.

Post a Comment

1 Comments

  1. Menariknye program macam nie, kanak-kanak dapat pendedahan berkaitan penjagaan kebersihan

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!