Sedap Sambal Belimbing Buluh Rupanya Banyak Khasiat Dan Kegunaannya

Siapa tak kenal pokok belimbing? Bila berbuah memang meriah sampai tak tahu nak  buat apa. 2 hari lepas saya menjengah ke belakang rumah..mak aihh merimbun buahnya tapi tunggu la kot bila free boleh la pergi kutip. Kot ada yang dekat boleh la singgah rumah, boleh saya kutip dan bagi.


Sedap Sambal Belimbing Buluh Rupanya Banyak Khasiat Dan Kegunaannya

Pokok belimbing buluh atau nama saintifiknya Averrhoa belimbi linn dan berasal dari keluarga Oxalidaceae dan mempunyai nilai yang tinggi dari segi perubatan. Buahnya boleh digunakan untuk berbagai-bagai tujuan.

Patut La Buah Sambal Sedap Rupanya Buah Belimbing Banyak Khasiat Dan Kegunaannya


Mengikut kajian saintifik, buah belimbing buluh mengandungi kandungan oksalat yang tinggi. Kandungan oksalat yang terlalu tinggi di dalam badan boleh menyebabkan penyakit karang pada saluran kencing.  Ekstrak metanol daun pokok ini mempunyai sifat antibakteria terhadap Pseudomonas aeruginosa dan Staphylococcus aureus serta sedikit kesan terhadap Bacillus subtilis . Bagaimanapun, ekstrak itu langsung tidak berkesan terhadap bakteria lain seperti Staphylococcus aureus, Bacillus subtilis, Escherichia coli, Pseudomonas aeruginosa dan Klebsiella pneumonia. Sebaliknya, pokok ini peka terhadap bakteria-bakteria ini.

Patut La Buah Sambal Sedap Rupanya Buah Belimbing Banyak Khasiat Dan Kegunaannya

Nak resepi Sambal Belimbing Ikan Bilis citarasa mak saya, klik pada gambar

Perubatan Tradisional Dengan Buah Belimbing


Ubat Demam Panas
ambil beberapa helai daun belimbing buluh yang masih segar, masukkan ke dalam besen berisi air dan ramas hingga lumat.  Setelah lumat, letakkan di atas sehelai kain bersih, demahkan kain tadi pada kepada orang yang demam dan ulangi hingga panas berkurangan


Penyakit Darah Tinggi
Ambil beberapa biji buah belimbing segar, bersihkan dan kisar hingga lumat.  Tapiskan dan ambil jusnya.  Minum air tapisan belimbing sekali sehari samada waktu pagi atau waktu petang.  Rasanya memang masam dan boleh diletakkan sedikit madu atau gula batu.

Ada juga yang mengatakan ambil 3 biji buah belimbing buluh, dipotong kecil-kecil dan direbus.  Minum air rebusannya selepas sarapan pagi setiap hari

Patut La Buah Sambal Sedap Rupanya Buah Belimbing Banyak Khasiat Dan Kegunaannya


Nak resepi Sambal Hitam Pahang yang sedap (ikut selera saya), klik pada gambar


Ubat Jerawat
Daunnya digiling halus dan dilumur pada wajah bagi menghilangkan jerawat dan melembutkan kulit muka.


Ubat Batuk
Ambil segengam bunga belimbing buluh dengan sedikit jus pegaga yang telah ditumbuk, 2 biji bawang merah dan 1 batang kulit kayu manis sebesar jari kelingking.  Direbus dan ditapi air rebusan. Campurkan sedikit madu dan di minum sekurangnya segelas untuk tiga kali sehari


Penyakit Kuning
Untuk bayi yang diserang penyakit kuning, mandikan dengan air rebusan daun belimbing untuk meredakannya


Nota : mungkin buat sesetengah orang petua di atas tidak sesuai jadi sebaiknya berjumpa dengan doktor sekiranya penyakit masih berlanjutan.

Banyak lagi khasiatnya sebenarnya tapi ini yang telah ramai cuba. Selamat mencuba

Post a Comment

3 Comments

  1. Yesss... tolong buatkan samballll

    ReplyDelete
  2. belimbing buluh nih sedap kalau buat masak lemak udang
    nyum nyum pergi dia

    ReplyDelete
  3. 7cara mengunakan belimbing buluh.masakan ubatan.air belimbing buluh boleh jadi kan asit permakanan basuhan.3 serpeti clorok.basuk ikan jus..tempat saya ada 3 tempat pokok belimbing.buah berterabur.musim pkp sambal hitam kurang sambutan.buah belimbing ni boleh atasi stres yang kuat.amalkan 3 bijik makan.memberi tenaga dan daya ingatan mentel kembali normel 0 semula..2 bakul kutib buang.2 bakul buat sambal hitam.hasilnya 0 lagi.munkin xada rezeki 3 tempat belimbing berterabur

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!