Salam Jumaat : Syirik Dalam Berselawat

Kita selalu mendengar  petua orang tua-tua yang masyhur sewaktu mahu mengambil (makan)ubat, maka perlu bersalawat terlebih dahulu. Membaca salawat ketika basuh ikan, sayur dan lain-lain. Ia juga amalan dukun dan bomoh perubatan alternatif, sebelum merawat pesakit, mereka akan berselawat terlebih dahulu.



Semua perbuatan tersebut tidak sahih dan tidak pernah dianjurkan oleh Nabi SAW.

Tapi mereka tak faham makna selawat, bila tok tok lebai, ustad, ustazah kata baik, bagus, mudah orang ikut, nak cari pahala kononnya.

Ini salah, bukan macam tu. Allah perintah untuk berselawat di beberapa tempat khusus.

Jadi kita hamba Allah, wajib ikut perintah Allah saja, jangan ikut perintah sesama manusia dalam beribdah kepada Allah.

Selawat pada Nabi adalah ibadah, istilah biasa ialah ibadah sunat. Buat boleh pahala, tak buat tak dosa. Betul la.

Tapi jika salah buat, itu yg berdosa dan boleh jadi syirik.

Maka kena hati-hati.

Anjuran dari Nabi saw adalah dengan membaca basmallah bila nak buat sesuatu.

Dalil hadith:

أَذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَذْكُرِ اسْمَ اللَّهِ تَعَالَى فَإِنْ نَسِىَ أَنْ يَذْكُرَ اسْمَ اللَّهِ تَعَالَى فِى أَوَّلِهِ فَلْيَقُلْ بِسْمِ اللَّهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ

“Apabila salah seorang di antara kamu makan, maka hendaknya ia menyebut nama Allah Ta’ala. Jika ia lupa untuk menyebut nama Allah Ta’ala di awal, hendaklah ia mengucapkan: “Bismillaahi awwalahu wa aakhirohu (dengan nama Allah pada awal dan akhirnya)”
(HR. Abu Daud no. 3767 dan At Tirmidzi no. 1858. 

Imam at Tirmidzi rhm  mengatakan hadith tersebut berstatus  hasan sahih.

Dalil hadith:

كُلُّ أَمْرٍ ذِيْ بَالٍ لاَ يُبْدَأُ فِيْهِ بِـ : بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ فَهُوَ أَبْتَرُ

"Setiap perkara penting yang tidak dimulai dengan ‘bismillahirrahmanir rahiim’, amalan tersebut terputus berkahnya.”
(HR. Al-Khatib di dalam kitab Al-Jami’


Persoalan:
Kenapa mereka menyarankan membaca selawat sebelum mengambil ubat?

Ianya berkaitan  bertawassul dengan Nabi SAW dan berkeyakinan Nabi SAW adalah penyembuh kepada  penyakit. Maksudnya Nabi mempunyai kuasa macam Allah juga.

Itulah Syirik yang ramai tak sedar

Maka ini adalah jarum halus untuk mensyirikkan manusia dengan Allah SWT.

Ingat memberi atau menyembuh penyakit hanya kuasa Allah Sahaja.

Manusia cuma boleh ikhtiar. Ikhtiar jangan guna cara yang syirik.


Ada 13 tempat sahaja disarankan bersalawat:

1. Ketika tasyahud/tahiyyat.

2. Menjawab azan.

3. Pada hari jumaat.

4. Setiap pagi dan petang.

5. Ketika berada didalam suatu majlis pengajian.

6. Ketika menyebut nama Nabi saw.

7. Ketika berdoa.

8. Apabila memasuki  dan keluar dari  masjid.

9. Ketika solat jenazah.

10. Ketika berada di pusara Nabi saw.

11. Ketika selesai qunut witir.

12. Ketika solat ied, dua hari raya.

13. Ketika meninggalkan majlis.

Maka, tidak terdapat saranan untuk bersalawat ketika mahu mengambil ubat atau sewaktu  berdukun, atau membasuh ikan, memasak nasik dan nak buat benda- benda lain.

Ini terkenal dengan istilah * Cucur Air.

Tinggalkan semua perkara tu.

Allah SWT berfirman:

وَمَا يَتَّبِعُ أَكْثَرُهُمْ إِلَّا ظَنًّا  ۚ إِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِى مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا  ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌۢ بِمَا يَفْعَلُونَ
Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan."
(QS. Yunus 10: Ayat 36)

Begitulah kebanyakan orang Melayu, mereka kerana jahil wahyu Allah banyak bersangka² sahaja dalam setiap amalan yang mereka buat tanpa dinilai dengan neraca Al Quran.

Post a Comment

4 Comments

  1. terima kasih untuk perkongsian yang berguna...

    https://yamanaimy.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. perkongsian yg baik. salam jumaat sis.

    ReplyDelete
  3. Bagus ni..kadang anak jatuh pun orang suruh selawat.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!