Terlaksana Hasrat Makan Mee Udang Di Pantai Bagan Nakhoda Omar BNO

Terlaksana Hasrat Makan Mee Udang Di Pantai Bagan Nakhoda Omar BNO | Kali pertama ke Pantai BNO hanya untuk bergambar dan menatap matahari jatuh dan kali kedua ke sini untuk mencuba mee udang tapi mee udang dah habis. Mujur tak mengidam, kalau tak memang meleleh air liur baby..hahaha

Akhirnya dapat merasa mee udang di Pantai BNO ni dengan udang yang not bad besar dan ada dalam 6 -7 ekor. Expectation saya dan hubby agak meleset sebab mee udang yang kami makan di Kuala Sepetang memang terbaik. Tapi sesiapa nak cuba boleh la sebab citarasa kita tak sama kan.  

Jangan komen pasal presentation hidangan ya sebab tu bukan mencerminkan rasa hidangan.

Terlaksana Hasrat Makan Mee Udang Di Pantai Bagan Nakhoda Omar BNO
Nasi goreng ayam pilihan cikapplepie yang biasa-biasa aje..bukan saya cakap tapi cikapplepie ya. Mungkin sebab ramai pengunjung kot jadi hidangan tak mengikut specs...Wallahualam

Terlaksana Hasrat Makan Mee Udang Di Pantai Bagan Nakhoda Omar BNO
Ni dia Len Chi Kang ala kadar, boleh la tapi yang pelik saya mintak ABC si tukang ambil order cakap tak ada kacang tapi kat LCK ni ada pulak. Dari segi rasa boleh bayangkan macam minum sirap tapi adanya selasih, buah laici, cincau.  Lain tempat, lain kedai lain citarasa si tukang jual kan.

Terlaksana Hasrat Makan Mee Udang Di Pantai Bagan Nakhoda Omar BNO
Ada 3 kedai yang terdapat di Pantai BNO tapi cuma kedai ni saja yang agak padat dengan pengunjung sampai agak payah juga kami nak dapatkan tempat duduk.  Dari segi perkhidmatan dan penghantaran makanan, saya kira akan perlahan sebab hidangan agak lambat sampai.

Terlaksana Hasrat Makan Mee Udang Di Pantai Bagan Nakhoda Omar BNO
Dah memang kaki novel kan, pergi mana pun mesti bawa novel untuk dibaca sementara menemani encik pemandu..hehe


Antara layang-layang yang dipamerkan untuk jualan.  Mujur cikapplepie ni dah besar kalau tak memang harus la dia nak satu.

Terlaksana Hasrat Makan Mee Udang Di Pantai Bagan Nakhoda Omar BNO
Selesai makan kami terus hantar Cik Meya balik ke PSIS dan gini la keadaan di sekitar PSIS selepas ribut melanda.  Tak hairan la sebab PSIS ni terletak dekat dengan laut tapi mujur sewaktu ribut tu semua pelajar pulang bercuti seminggu. 

Lokasii : Ban Channel
Kali ni kami berkesempatan untuk berhenti sebentar kat Pasar Petang kat sini.  Sewaktu bertanya pada seorang budak penjual tu dia sebut tempat ni namanya Ban Canal dengan pelat Jawa..adoi jenuh nak faham sampai dia kena ulang 2, 3 kali dan mujur juga sewaktu melalui jalan ni awal tadi ada ternampak papan tanda. Fuhh
Lokasi : Ban Channel
Serius memang kami teruja dan membeli sakan sebab sangat murah dan segar. Bayangkan kalau limau kasturi seplastik besar cuma berharga RM3! dengan sayuran kampung yang baru dipetik, cili api yang segar dan ikan masin jeruk buatan orang kita yang tidak terlalu masin dan bersih.
Takoyaki Abe
Ni hasil belian kudapan di Pasar Petang Ahad di Terusan Utama atau dikenali sebagai Ban Canal untuk di makan dalam kereta sebagai lapik perut.  Mujur kami sempat masuk ke kereta sebab hujan rintik yang mulai turun semasa kami sibuk membeli dah semakin lebat.

Jadi selepas ni kami pasti akan singgah lagi.

Post a Comment

11 Comments

  1. Mee udang tu ya Allah. Sedapnyaa 🤤🤤

    ReplyDelete
  2. Mungkin ain bukan peminat mee udang, jadi bagi ain mee dkt kuaal sepetang tu pun biasa2 ja. Sedap tapi bukan lah wow sedap. huhuhu

    ReplyDelete
  3. Nampak menggiurkan sangat mee tu. Udang dia besar2.. Yummy..

    ReplyDelete
  4. Pernah singgah sekali ke BNO ni. Puas pekena mee udang. Tp nk ke sana balik jauh nau kak. Bila lah ada rezeki lagi tu.

    ReplyDelete
  5. Nasi goreng tu tak mcm.kat Along Tomyam

    ReplyDelete
  6. tringt mee udang banjir kuala sepetang tuuhh.. huhuhu

    ReplyDelete
  7. pernah gak lepak makan sini Fuzy okay je kan menu depa :)

    ReplyDelete
  8. Salam kenal kak! Kita jumpa kat foodreview haritu!

    Sedapnyaaa mee udang tu, saya pernah jugak try, kampung pak metua dekat2 sabak jugak :p

    ReplyDelete
  9. Sedapnya mee udang tu.. Sambil menunggu bolehlah membaca kan sis..

    ReplyDelete
  10. Nak kena try jgk mer udang kat pantai bno tu...mcm best jer

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!