Apakah Yang Boleh Dilakukan Sementara Menanti Tawaran Sambung Belajar

Apakah Yang Boleh Dilakukan Sementara Menanti Tawaran Sambung Belajar | Rasanya anak-anak dah fikirkan dan dah ada perancangan untuk membuat apa usai tamat peperiksaan SPM ataupun STPM yang lalu. Mungkin ada yagn sedang bercuti di luar negara, mungkin ada yang hendak rehat seminggu dua atau sebulan selepas penat bertungkus lumus mengulangkaji sejak awal tahun.  Apa pun sementara menunggu keputusan dan sementara menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, kita perlu ada perancangan jangka pendek atau jangka panjang supaya apa yang kita buat memberi faedah dan menguntungkan diri kita selain dapat membantu meringankan beban kewangan ibu bapa selain menjadi remaja yang berdikari.



Ok saya nak kongsi tip dan beberapa peluang untuk korang fikirkan dan semoga ianya bermanafaat untuk diambil kira.


Cari pengalaman kerja
Ada yang lepas tamat pelajaran dan habis periksa je terus cari kerja  dan ada yang dalam dok dalam peperiksaan dah mula cari kerja macam book tempat dulu sebab tak nak buang masa melepak kerana teringin nak pegang duit sendiri kan.  Memang bijak kalau macam tu kerana selain memperolehi pendapatan boleh juga dapat pengalaman.  Mungkin boleh jadi jurujual di pasaraya, pelayan di restoran makanan segera atau mungkin agen pemasaran jenama Coway atau Cuckoo

Belajar Memasak
Pasti ada yang berminat untuk belajar memasak dan kini adalah masanya untuk mendapat ilmu dari ibu sekiranya ibu korang seorang surirumah.  Tak mustahil seorang anak lelaki turut berminat jadi diharap  si ibu dapat membantu sebab chef terkenal dunia dan dalam negara pun orang lelaki juga kan.  Kalau dah minat boleh teruskan boleh la cuba mengambil bidang kulineri di pusat pengajian dan mana tahu bintang di bidang kulineri cerah dan boleh menggantikan Chef Wan, Chef Ismai, Chef Nabila dan lain-lain Chef sering muncul di kaca televisyen.

Berniaga secara dalam talian
Ramai juga anak sekolah dah mula berniaga dalam talian dengan menjadi dropshipper atau agen barangan kecantikan dan ada yang membuat stiker untuk dijual.  Mungkin bagi yang tidak mencuba, ianya kedengaran macam tak memberi hasil yang lumayan tapi kalau ada kesungguhan ini boleh bertukar menjadi perniagaan yang serius.  Sekarang ni orang ramai lebih suka membeli belah secara dalam talian jadi kalau dengan perancangan, usaha gigih yang berterusan tak mustahil.  Pasal modal, jangan risau bukan nak ada pejabat pun, hanya pastikan ada data dah mencukupi serta kesabaran yang tinggi

Menjadi Pencetus Pengaruh di Media Sosial
Mungkin ramai yang tidak tahu individu yang menjadi pencetus pengaruh ni mampu menjana pendapatan lebih RM10k sebulan! Mana taknya dia dibayar untuk mempromosi jenama produk dan dapat produk percuma.

Sekiranya dilahirkan cantik atau kacak, pandai bercakap dan boleh edit video, memang tu pakej yang baik tapi pastikan produk yang nak di promosi tu produk yang bersesuaian dengan usia dan bukan yang lucah ya


Apa pun semoga anak-anak bijak memilih dan merancang kehidupan dan tidak terjebak dengan perkara dan pergaulan yang akan merosakkan masa depan dan diri sendiri.

Post a Comment

4 Comments

  1. Kalau saya..saya amek lesen..lepas habis SPM..huhu

    ReplyDelete
  2. saya dulu lepas habis spm, stpm dan ijazah memang kerja dulu sementara. yalah, nak dapat duit sendiri kan ^_^

    ReplyDelete
  3. Kalau buat part time pun okay.. Dapat pengalaman dan duit untuk persedian sambung belajar..

    ReplyDelete
  4. good ideas tu.
    belajar masak.
    bisnes online.
    lelebih lagi kalau jual makanan :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!