Memang tak terlintas di fikiran ada ahli keluarga yang berminat dengan sukan bina badan ni apatah lagi anak sendiri. Bila Ayong Azmer bagitau yang dia akan menyertai pertandingan Mr Enrich 2019 kami agak blur la jugak tapi bila dia update status di FB, kami turut teruja la juga.
Sebenarnya dia mula berjinak dengan Gym ni sejak waktu di kolej tapi tak nampak serius dan bila dia dah grad dia semakin serius dan tiap-tiap hari ke gym dan makan sampai jadi gemuk la..takut tengok dia makan..rupanya untuk naikkan otot. Memang payah untuk dia naikkan badan sebenarnya sebab dia sejenis yang kurus dan tinggi tapi memang dia serius walau agak payah rasanya.
Seawal jam 11:30 pagi kami dah keluar rumah untuk bagi sokongan moral pada Ayong..tup tup Ayong whatsapp kata giliran dia jam 2 petang..ala tak kan nak patah balik kan jadi kami pun teruskan perjalanan dan berkira-kira untuk bersantai-santai dan makan tengahhari di tempat pertandingan je la nanti.
Agak jauh la juga Star Avenue Lifestyle Mall yang terletak di Subang ni. Waktu kami sampai pun dah ramai ambil tempat duduk dan kedengaran arahan untuk para peserta mengambil no giliran. Kalau diikutkan aturcara jam 11:30 pagi dah bermula pertandingan Junior bawah 23 tahun tapi entah dalam jam 2 lebih baru acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa, ucapan pengacara majlis serta sumbangan cenderamata kepada penaja dan pengadil.
Sementara di belakang pentas kesemua peserta dicatkan badan dan Ayong pun dibantu oleh kawan-kawan dari gym yang sama yang sado-sado belaka. Patutla dia tak mandi sehari sebelum tu sebab nak bagi badan kering dan tau tak dia minum air bercatu sebab badan tak boleh lembab..kalau tak tak nampak la ketul-ketul fuhhh.
Ayong dah mula diet menggila selama 3 bulan sebelum pertandingan jadi 2 - 3 hari sebelum pertandingan dia dah buat permintaan untuk kuih seri muka untuk dia makan. Craving giler la kuih kesukaan dia tu. Kalau tengok kat badan dia memang tak ada lemak langsung sebab selain tak makan berlemak, dia tak makan makanan bergula dan bergaram dan memang tasteless giler makanan yang dijamah setiap hari dari pagi hingga malam. Kos? memang tinggi kos dia untuk dia pastikan protein mencukupi dan dia makan ikan talapia, ikan toman!
Fuhh ramai jugak budak-budak muda bawah 23 tahun ni yang pastinya cara pemakanan diaorang sama macam Ayong. Apa yang kelakarnya saya dan semua nampak peserta macam muka Ayong dari kejauhan mungkin berdasarkan ketinggaan, warna kulit tapi yang pasti sebab diaorang ni nampak sama sebab pipi tu dah kepop dek kerana kurus..hehe
Tiba-tiba seorang peserta tu pitam dan hampir di angkat dengan pengusung tapi kemudian nampak dia bangun dan sambil mengunyah sesuatu..ye la dah tak makan makanan bergula tambahan pulak cuaca panas. Agak risau jugak kot jadi yang sama kat Ayong...
Walau Ayong berharap mendapat top 10 tapi bukan rezeki dia malah dia yang patut masuk 2 kategori tapi cuma ambil satu jer sebab memang dah dehyrated sangat sampai katanya dia dah macam naik angin
Ni la kawan-kawan dari gym yang membantu dan memberik sokongan buat Ayong. Okay...kita tunggu tahun 2020 untuk Ayong sertai pertandingan yang mungkin lebih teratur dan mungkin dia boleh mencipta nama dalam bidang yang diminati ni. InsyaAllah
Kot ada sesiapa yang berminat dalam sukan bina badan ni boleh la cuba nasib untuk Mr Enrich 2020 atau Mr Police Enrich ni.
2 Comments
eh kita ingat ayong tu perempuann.. anak lelaki rupanya. heheh salam kenal kak. terima kasih sudi drop komen kat entry saya.
ReplyDeletekalau ikut orang Perak, ayong tu memang utk perempuan tapi dari kecil Tok Mak yang menjaga dia sejak dalam pantang dah memanggil dia Ayong atau Bang Yong...gitu ler kisahnyaa heee
DeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!